July 29, 2010

Sukan Dapat Menarik Remaja Ke Masjid


Tidak dapat dinafikan remaja sekarang lain. Tidak seperti kita dulu. Maklumlah zaman senang. Buka  aje mata semuanya ada. Walaupun masjid sekarang besar2 dan cantik, langsung tak dapat menambat hati mereka. Skrin komputer, tv dan handphone lah menjadi kawan2 karib. Tak jemu2 menghadapnya.

Langkah Badan Dakwah Daerah Petaling, JAIS  bersama Masjid Negeri boleh dipuji. Bermula 2007, Karnival Sukan Masjid dianjurkan di perkarangan Masjid Negeri Selangor. Sebagai permulaan 12 masjid dipilih di dalam Daerah Petaling untuk menyertai karnival ini. Setiap masjid mempunyai lebihkurang 40 perserta yang terdiri daripada remaja. Acara sukan yang dipertandingkan termasuklah : futsal, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, ping pong dan tarik tali.

Menang atau kalah bukan matlamat utama Karnival Sukan Masjid yang pertama ini. Yang penting lebihkurang 500 remaja dapat dikumpulkan di perkarangan masjid dari pagi hinggalah petang. Bila masuk waktu sahaja, aktiviti dihentikan dan semua remaja akan bersama bersolat jemaah.

Dari pemerhatian ku, anak2 remaja amat berbangga menyarung jersi masjid masing2. Acara sukan dapat berlangsung dengan baik tanpa insiden pergaduhan atau kekasaran. Tiada jeritan atau sokongan2 yang melampau di kalangan penyokong. Nampaknya mereka faham tatasusila bersukan atau bertanding dalam kawasan masjid. 

Karnival sukan ni diharap dapat dianjur di peringkat kariah masjid. Mungkin dengan menganjurkan pertandingan antara surau2 pula. Barulah usaha menarik remaja ke masjid melalui sukan dapat diperluaskan. Bantuan peralatan, teknikal dan kewangan sentiasa ada. Pengurusan masjid dan surau kenalah berusaha dan kreatif untuk menjayakannya. Usaha yang baik itu sudah tentu akan dibantu Allah s.w.t.

No comments: