Showing posts with label Sekolah Ku. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Ku. Show all posts

June 26, 2011

Edwin Ho Tak Pernah Jemu Berkarya


Mr. Edwin Ho antara empat bekas guru yang hadir Reunion kedua. Beliaulah guru yang aku tak sabar2 nak jumpa dalam majlis tu. Mana kan tidak. Selain sebagai guru kelas, beliau macam mentor ku untuk dua mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia dan Lukisan. Kedua duanya aku dapat destinctions atau A1 dalam MCE. Banyak tips berguna diajar untuk score dalam dua subjects tersebut. Memang tak dapat  dicari dalam buku masa tu. Sungguh istimewa cara dia mengajar.


Wajah dan susuk badannya tak banyak berubah. Aku pula yang ditegurnya bila bersalam. 'Last time you were very slim.' katanya. Umurnya dah hampir mencecah 75 tahun. Minat beliau dalam seni lukis tidak pernah luntur. Selepas bersara awal, beliau melanjutkan pelajaran ke London dan USA. Kini beliau memiliki PhD dalam bidang Fine Arts. Ateler (Studio Gallery) terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka merupakan galeri seni miliknya. Ada satu cawangan di USA. Pengunjung datang dari pelbagai negara. Dah jadi macam salah satu produk pelancongan di Melaka. Sesekali dia dijemput ke luar negara untuk  memberi syarahan dan mempamerkan hasil2 seninya yang tinggi.

Selepas bersalam kami berdakap mesra. Tanda kasih dan penghargaan. Simple je nasihatnya pada ku di akhir majlis Reunion, 'You have to keep doing something Zul.' Aku cukup faham maksudnya. Apa yang dibuat dan kejayaan2 yang dicapainya selepas bersara sebagai guru membuktikan kata2nya itu.

June 23, 2011

Juan Cukup Seronok Kalau Hujan


Masih kisah reunion pertama. Kali ni nak cerita pasal Juan (duduk kiri sekali). Kawan sekolah yang ni memang petah dan nakal sikit masa sekolah dulu. Suka bersembang. Selalu kena marah dengan cikgu. Kalau dia ada, pasti meriah. Samalah masa reunion dulu. Tak kering gusi dibuatnya semua.

Antara cerita lama dia yang paling melucukan ialah bila hari hujan. Dia cukup seronok. Tak payahlah pergi sekolah. Ibu bapanya pun macam menyokong. Takut anak kesayangan ni demam nanti kalau berbasikal dalam hujan. Berehat dan enjoylah Juan kat rumah. 'Kalau boleh tiap2 hari hujan lagi bagus'. Fikir Juan dalam hati.

Malangnya keseronokan Juan tak lama. Kali ni bila hujan je, akan ada hon kereta berbunyi depan rumah. Jengok kat luar, nampak kereta Mr. Siow. Principal sekolah. Duduk tak jauh dari rumah. Pelawa Juan naik kereta untuk ke sekolah. Punyalah bengang Juan. Ia jadi rutin bila hari hujan. Dah tak ada lagi alasan nak ponteng.

Berkat jasa guru, Juan kini jadi orang berguna. Berpangkat tinggi dalam angkatan tentera. Dah masuk Islam pun. Kini dia dikenali sebagai Juan Abdullah.

June 21, 2011

Kalau Dah Ketua Darjah


Kalau ada masa teruang, antara gambar2 yang aku suka tengok ialah berkaitan dengan reunion. Ia mengingatkan kisah2 nostalgia bersama kawan2 zaman sekolah dulu. Banyak kisah pahit manis. Dari Remove Class hinggalah ke Form 5. Enam tahun bersama. Lepas MCE semuanya hilang. Mencari haluan masing2. Dulu tak ada handphone maupun internet. Tidak ada ruang untuk berhubung selepas berpisah.

Nasib baik ada kawan macam Yahya dan Tony. Sentiasa berusaha mencari kawan2 lama. Walaupun ada yang nampak kurang berminat. Dengan alasan2 sendiri. Namun nombor telefon mereka2 ni Yahya dan Tony ada. Kawan2 aku yang dua ni sentiasa memujuk. Kadang2 bunyi macam memaksa. Mungkin kalau tak sekarang, satu masa nanti mereka sudi juga bersama.

10 orang berjaya dikumpulkan untuk Reunion yang pertama. Kelvin, Razak, Jamil, Tony, Joseph, Zul, Juan, Yahya, Razali dan Razak Bakar. Yang seronoknya, bila belek2 foto ni, Jamil (sekarang dah berpangkat Dato' Timbalan KSU) mesti duduk di tengah2 dan di barisan hadapan. Maklumlah masa sekolah dia Ketua Darjah.  Bila sesi berfoto mesti duduk sebelah cikgu di barisan hadapan. Dah tua2 ni pun tabiat tu tak hilang. Automatik. Tak payah di susun2. Ketua darjah tetap duduk depan dan tengah2. Rasa hormat kawan2 pada ketua tu masih ada. 'Murid2' yang lain duduk tepi dan belakanglah.

June 20, 2011

'Reunion' Menyambung Semula Tali Yang Putus


Walaupun tak semua yang dapat dihubungi hadir, namun majlis reunion tetap meriah. Majlis kedua ni dihadiri 24 bekas pelajar Gajah Berang Secondary English School (GBS) batch 1977/78 di Hotel Equtorial Melaka pada 18 Jun 2011. Berbanding hanya 10 orang pada majlis pertama Januari lalu. Memang telah dirancang untuk bertemu semula selepas enam bulan. Yang istimewanya kehadiran empat orang bekas guru kali ini.

Terpaksa buatkan name tag untuk mengenali nama kawan2 lama ni. Maklumlah lebih 34 tahun tak jumpa. Ada yang dah gemuk. Ramai yang dah beruban. Dan tak kurang juga yang dah tak banyak rambut lagi di kepala. Masing2 amat ceria bila dapat bertemu. Riuh rendah dengan gelak ketawa. Mengimbau kisah2 lama. Kiranya Coffe House hari tu kami conquer lah.

Ramai dah berjaya. Ada yang jadi CEO syarikat, Rektor IPTA, Doktor Pakar, Timbalan KSU Kementerian, pakar perunding, ahli2 perniagaan, pegawai polis, pegawai tentera dan sebagainya. Kadang2 tak sangka. Masa sekolah ada di antara kawan2 ni  bukan main nakal. Bak kata Mr. Edwin Ho 'Macam Malauun !' Akhirnya jadi 'orang' juga mereka.

4 jam bertemu dan bersembang rasanya teramat singkat. Pertukaran nombor telefon dan busines cards menjanjikan tali persahabatan yang dah lama putus akan bersambung semula. Dengan izin Allah s.w.t ikatan persahabatan ini kekal sehingga akhir hayat. InsyaAllah.

January 12, 2011

34 Tahun Yang Lalu


Memang ramai insan2 dalam foto di atas yang aku tak ingat namanya lagi. Daripada 42 orang kawan sekelas hanya beberapa nama boleh diingat. Yahya, Jamil, Omar, Md Noor, Sani, Khalil, Sufian, Adnan, Razak, Zainal, Razali, Lan, Isa dan Peter. Yang lain2 memang lupa dah. Ia menjadi kesilapan ku selama ni kerana tak pernah cuba berhubung atau mencari mereka selepas habis Form 5 pada tahun 1977. Walhal kami semua memang rapat sepanjang belajar di Gajah Berang Secondary English School (GBS) Melaka selama 5 tahun.

Walaubagaimana pun, sejak menyenjak berfacebook ni, dengan izin Allah s.w.t usaha mencari kawan2 sekolah akhirnya berjaya. Sebelum ni beberapa nama ada aku cuba search tapi tak berhasil. Cuba nama Yahya rupanya ada dalam facebook. Yahya dan kawan2 memang mencari aku dan yang lain2 selama ni. Tapi tak ada rezeki. Kebetulan mereka nak adakan GBS Old Boys Dinner bulan ni. Kata Yahya dah 30 orang berjaya ditemui. Aku kira yang terbaru. Mereka selama ni sentiasa berhubung dan kadangkala berkumpul untuk merapatkan semula hubungan.

InsyaAllah pada 21 Januari ni kami akan berjumpa. Ada juga yang dah maklumkan tak dapat hadir. Tapi tak apa yang penting contact no dan e mail  rakan2 sekolah GBS 1977 dah ada pada Yahya. Semoga perjumpaan ini nanti dapat mengimbau nostalgia GBS 1977 selain merapatkan semula siratulrahim antara kami.

July 9, 2010

Rasa Macam Golongan 'Second Class'

 

Lepas tamat darjah 6, Abah suruh aku masuk sekolah Inggeris. Sekolah Menengah Inggeris Gajah Berang kat Bandar Melaka. Perlu masuk Remove Class setahun, baru boleh naik Form 1. Tak apalah, dah sistemnya macam tu. Walaupun rasa agak rugi setahun kalau dibandingkan masuk terus ke sekolah menengah Melayu. Kena belajar asas2 bahasa Inggeris secara intensif dulu. Ada lebihkurang 80 orang  murid Remove Class yang dibahagi kepada dua kelas. 

Selepas setahun, kami pun dikira layaklah masuk Form 1. Yang tak berapa seronok tu, murid2 dari sekolah rendah Inggeris terus dimasukkan ke kelas Form 1A hinggalah Form 1D. Yang balancenya puak kamilah. Masuklah aku dalam kelas Form 1E. Tak sedap bebenau nak cerita kat orang duduk dalam kelas mana. Tak apalah dia orang tu budak2 dari sekolah Inggeris. Buat bersabau aje le. 

Dok pulun punya pasal, ramai daripada murid2 Form 1E dapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan penggal terakhir. Kebanyakan mereka berada di dalam kedudukan atau ranking 30 terbaik (termasuk aku le) daripada keseluruhan murid Form 1. Punya la seronok kami. Yalah, dapat mengalahkan murid2 dari sekolah Inggeris terutama dalam Form 1A. Puak ni nampak ek sikit sebelum ni.

Bila masuk Form 2, sistem yang sama dipakai. Puak kami masih berada di kelompok yang sama. Naik Form 2E dan 2F. Sampailah Form 3 begitulah jugak. Tak ada chance nak sekelas dengan 'budak2 pandai' dari sekolah Inggeris tu. Mungkin kami ni tua sikit daripada mereka kot. Tak sesuai digabungkan. Walaubagaimana pun ramai murid2 Form 3E cemerlang dalam peperiksaan LCE. Turut bangga juga dapat mengharumkan nama sekolah.

July 8, 2010

Dulu Dipanggil Sepak Raga













Sukan paling popular selepas bola sepak ialah sepak raga. Dipanggil sepak raga mungkin bahan yang digunakan untuk buat bola. Iaitu rotan. Sama macam buat bakul rotan atau bakul raga. Cara bermainnya lebih banyak menyepak. Sebab tu dipanggil sepak raga. Agaknya begitu le.

Ia merupakan permainan orang Melayu. Mana ada orang Cina atau India main sukan ni masa tu. La ni baru ada dengar depa mula minat kat sukan ni. Itu pun masih boleh dibilang dengan jari.

Pada tahun 1971 masa tu aku Darjah 6. Satu peristiwa bersejarah telah tercatat. Buat pertama kali, Sekolah Kebangsaan Lereh menjadi johan pertandingan sepak raga MSSM Zon Tengah. Negeri Melaka ada tiga zon aje. Semua orang Kg. Lereh tumpang rasa bangga dan seronok. Macam menang World Cup.

Dah tak berapa ingat nama kawan2 dalam team ni. Maklumlah dah hampir 40 tahun lalu. Yang masih boleh ingat termasuklah : Zaid Omar, Azol Abdullah, Zul Md Hashim, Abu Bakar Debab, Ali, Adib, Shaari dll. Kat mana agaknya mereka sekarang ? Guru dan kakitangan yang masih ingat ialah : Haji Ismail (Guru Besar), Cikgu Dollah, Cikgu Aziz dan En. Hussin (kerani sekolah). Difahamkan ramai dah kembali ke rahmahtullah. Al-Fatihah.