August 17, 2013

Biasiswa PNB


Rasa amat lega dan bersyukur kepada Allah swt bila anak ku ditawar biasiswa PNB untuk belajar di UK dua tahun lalu. Selain dah dapat sponsor belajar, InsyaAllah lepas tamat nanti dah ada kerja menunggu. Mentaliti lama ni masih tak dapat dibuang dari kepala ku. Hanya 11 pelajar sahaja yang menerima biasiswa ini pada tahun itu daripada 23 tempat yang disediakan. 

Memang dah jadi cita2nya selama ini. Nak belajar di luar negara. Sebelum tu kena ambil A Level di Kolej KYUEM di Lembah Beringin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dah tamat dengan keputusan yang melayakkannya memohon universiti di UK.

Apa yang aku nak highlightkan ialah bilangan universiti yang pihak PNB benarkan pemegang biasiswanya memohon. Cuma 6. Cambridge, Oxford, LSE, UCL, Imperial dan Warwrick. Hebat2 belaka. Dah menjadi polisi PNB untuk memastikan pegawai2nya keluar dari universiti2 ternama. Sudah tentu kualiti kerja nanti tinggi. Memang tak dapat dinafikan. Ini membuatkan pelajar2nya perlu tekun dan berkerja keras semasa membuat A level lagi.

Aku bukan nak tegur PNB. Cuma beri pandangan je. Alangkah elok kalau senarai universiti diperbanyakkan ?. 6 universiti di atas amat competative. Tumpuan pelajar2 seluruh dunia. Menunggu peluang untuk permohonan kedua tak kan ada. Sponsor2 yang lain (tak payah sebutlah) selalunya memberi sekurang2nya 10 universiti terbaik di UK untuk dipilih. Peluang kepada pelajar lebih luas. Kursus2 yang sesuai pada bidang kerja PNB pun banyak. Taklah nanti pelajar2 terpaksa mengambil kursus yang 'kurang sesuai' dengan core bisnes PNB hanya untuk memastikan mereka boleh fly dan dapat masuk ke salah satu 6 universiti yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun ada bagusnya mendapat biasiswa PNB. Kalau tak dapat tempat di UK, pelajar2 diberi peluang ke universiti ternama di Australia atau di Malaysia. Biasiswa mereka tidak akan ditarik balik sekali pun gagal ke UK.Taklah seperti sesetengah sponsor yang menarik balik tawaran biasiswa kalau gagal mencapai keputusan A Level yang cemerlang. Walaupun pelajar2 tersebut dah dapat tempat universiti2 yang sponsor tersebut tetapkan di UK. Kes aniayalah jawabnya.

August 12, 2013

Anjung Sayang


Balik raya ke kampung kali ni terpaksa cari penginapan alternatif. Anak2 dan anak2 saudara semua dah besar2. Tak macam 5 ke 10 tahun dulu. Boleh tidor bersepah2 atau di mana2. 'Pakat dan' kata orang Kedah. Bila dah besar, masing2 nak tidor dalam bilik. Maklumlah. Tak kan dah jadi anak dara, kena tidor kat ruang tamu. Malu kat cousins lelaki mereka.

Satu hal lagi, 'first come first served basislah.'  Sape balik dulu, dapatlah bilik. Rumah Mak ada 2 bilik + 1 bilik bujang. Kami yang balik dari KL ada 5 keluarga. Setiap family dah ada 3 ke 6 orang anak. Ditambah dengan 3 keluarga lagi menunggu di Melaka. Semua anak2 dah besar2 belaka. So, yang lambat kenalah tidor di ruang tamu atau dapur. Tu yang anak2 tak syok. 'Nak salin baju pun payah' rungut mereka. Paling tak tahan time nak ke bilik airlah waktu pagi. Kena beratur panjang. Macam filem P.Ramlee dahhh...

Anjung Sayang jawapan terbaik terhadap isu ini. Homestay 3 bilik.  Baru siap dibina Abang Ipar di halaman rumahnya. Lokasi pun terbaik. Dekat rumah Mak. Senang nak bersembang dengan Mak dan adik beradik lain sebelum balik tidor. Tak jauh juga dari Pantai Puteri. Restoran dan tempat makan pun banyak terdapat di sekitarnya. Kamilah jadi pelanggan pertama homestay ni. Sewa bilik pun kira harga adik beradiklah.

Nak ambil peluanglah promote homestay ni. Kalau2 ada yang memerlukan penginapan di sana. Butir2 ada seperti di bawah :

Homestay 'Anjung Sayang' 
Area Tanjung Kling Melaka (Pantai Puteri) 
hanya 20minit ke Bandar Melaka...
Bilik untuk di sewa harian atau bulanan..
Harga RM120 (SAHAJA) utk satu malam..
Terdapat 3 bilik untuk di sewa..

Kemudahan yang di sediakan:
1. FREE WIFI
2. FREE + SAFETY CAR PARK
3. WITH AIR CONDITIONING
4. REFRIGERATOR
5. TV
6. VILLAGE ENVIRONMENT 

Untuk membuat tempahan sila hubungi:
ENCIK MAZLAN BIN MOHD AMIN
013-6300853 / 
06-3510570

Boleh juga rujuk terus ke blognya iaitu :
http://anjungsayangchalet.blogspot.com/