April 29, 2013

Bila Ruang Udara Pun Jam


Trip ke Jakarta kali ni naik KLM. Airline milik negara Belanda. Memilih airline ni sebab tambangnya murah sikit bila dibanding dengan yang lain. Isteri yang buat perbandingan2 ni semua. Biasalah orang perempuan. Cukup cekap part2 survey dan banding harga. 

Aku bukanlah suka sangat ke Jakarta ni. Tapi terpaksa. Kena temankan isteri mencari barang2 bisnes dia. Tempat2 membeli belahnya kebanyakan di kawasan2 lama yang sesak. Macam Pasar Senen, Tanah Abang, Mangga Dua dan lain2 lagi. Ke kawasan2 macam ni perlu berteman atau berkumpulan. Faktor keselamatan. Apatah lagi orang perempuan.

Yang aku paling tak berkenan ketika di Jakarta tu ialah macetnya. Atau trafik jam. Masa kita banyak terbuang di atas jalan. Memang letih dan menjemukan duduk lama2 dalam kereta. Walaupun kita hanya  duduk sebagai seorang penumpang.

Rasa seronok bila sampai kat airport untuk balik ke KL. Dah tak perlu mengalami kebosanan berada di atas jalanraya Jakarta yang sentiasa macet. Tapi keseronokkan ku rupanya sekejap saje. Nak take off pun lebih 40 minit lambat. Queue panjang. Pilot announced ada 8 kapalterbang sedang menunggu giliran di hadapan. Akhirnya  pukul 7.30 malam baru boleh terbang. Berbanding pukul 6 50 petang masa sepatutnya. Seperti dimaklumkan pilot lagi, penerbangan ni akan mengambil masa lebihkurang 1 jam setengah. 'Insya Allah pukul 9.30 malam sampailah tu.' bisik ku pada isteri.

Tapi, bak kata orang 'Kita boleh merancang, Allah juga yang menentukan.' Sampai ruang udara KLIA, kapalterbang ni tak boleh nak mendarat. 'Trafik udara sesak di KLIA'  kata pilot. Lama juga kapalterbang berlegar-legar di udara. Akhirnya, dimaklumkan terpaksa landing kat Subang. Minyak dah nak habis. 'Pulak dah.' merungut aku. Tersadailah kami semua kat Subang Airport. Tak dibenarkan turun pulak tu. Urusan isi minyak dan paper work agak lama juga. Ditambah ada sikit kerosakan pada penutup tangki minyak kapalterbang. Lamalah lagi masa diperlukan untuk memperbaikinya.

Tunggu punya tunggu, pukul 3 pagi baru semua settled. Masa penerbangan dari Subang ke KLIA hanya 20 minit je. Penerbangan pulang ku dari Jakarta kali ni mengambil masa lebih 8 jam. Rupa2nya bila ruang udara sesak, kesannya lebih teruk dari macetnya jalanraya.


April 2, 2013

Peluang Dari RM1.16 juta


Tak sangka kos pembinaan surau ni sampai satu juta lebih. Atau lebih tepat RM1.16 juta. Pada awalnya hanya agak2 sekitar RM700 ribu jer. Betullah kata seorang akitek ni, bila lihat pelan bangunan surau. 'Lebih sejuta kos bina surau ni !!!'. 'Hebat design surau ni. Tak ada lagi macam ni kat sekitar Sepang.' komen seorang pegawai tinggi di Majlis Perbandaran Sepang pula.

Mula2 rasa banggalah juga dengan komen2 mereka tu. Tapi bila fikirkan kosnya, agak membimbangkan. Mana nak cari RM1.16 juta ni ?. Komuniti taman ni asyik dok tanya tentang surau. 'Bila nak bina ?', 'Alaa..start ajelah dengan duit yang ada !!!'. 'Kami nak solat tarawikh kat surau tahun ni !!'. Antara pertanyaan dan gesaan yang dihadapi kami. Jawatankuasa.

Pelbagai cara untuk mencari dana dibuat. Edaran borang sedekah dan wakaf dibuat ke seluruh taman. Semua saudara mara, sahabat handai juga dirayu. Panggillah ustaz2 yang terer2 dan popular berceramah di taman permainan kami. Dengan harapan dapat menarik crowd. Seterusnya, menyumbang kepada dana pembinaan. Pejabat2 kerajaan berkaitan pun dicuba. Alhamdulillah. Ada yang berjaya. Ada juga yang tidak.

Aku bukanlah ustaz. Nak berceramah pasal fadhilat atau pahala sedekah bina surau ni. Tapi seperti yang semua tahu, memang banyak ayat Al Quran dan hadis berkaitannya. Atas kesedaran nilah, kos RM1.16 juta tu tidak lagi dilihat sebagai 'beban'. Yang sebenarnya, ia lebih merupakan peluang terbentang luas untuk komuniti taman khususnya menambah saham akhirat. Tak perlu cari jauh2. Di depan mata peluang dah ada. Lebih tinggi kosnya, lebih banyak peluang menambah pahala yang disediakanNya.

Apa2 pun, InsyaAllah, matlamat siapkan surau sebelum Ramadhan ni masih dipegang. Walaupun jumlah dana  masih tak mencukupi sepenuhnya (setakat nilah). Keutamaan diberi pada bangunan utama surau. Kalau duit tak cukup. Yang lain2 tak perlu dibina lagi. Dengan harapan peluang2 yang masih ada ini akan direbut oleh mereka2 yang terbuka dihati untuk tidak melepaskannya. Yang pasti, buka kecil fadhilat  membantu membina Rumah Allah ini. Wallahualam.