April 19, 2015

Apa Yang Tak Ada Di China ?

Tiada apa yang dicatat pada bulan lepas (Mac) sebagai kenangan. Tak ada yang menarik. Trip ke China bulan ni diharap dapat mengutip sedikit catitan untuk post bulan ni. Nama tempat yang nak dituju ni walaupun pendek agak susah nak disebut. Yiwu ? Sebutannya ialah EE YUU. Ikut lidah orang China sana lah. Trip kali ni bukan melancong. Temankan isteri survey2, cari barang.

Untuk ke sana, kena ambil flight Air Asia X ke Hangzhou. 5 jam penerbangan. Lepas tu naik bas selama 2 jam ke Yiwu. Perjalanan dengan bas agak selesa. Trafik pun ok tak jam. Tak ada yang menarik di sepanjang perjalanan. Sekali sekala kelibat keretapi laju dapat dilihat berulang alik antara Yiwu dan Hangzhou. Tak berpeluang menaiki keretapi ni kerana stesyennya agak jauh dari airport. Berbanding bas yang disediakan di dalam bangunan airport. 

Sampai di stesyen bas Yiwu tak ada sebuah teksi kelihatan. Tiba2 sekumpulan lelaki berlari-lari atau berlumba satu sama lain ke arah bas. Mereka ni kalau ikut istilah kita, Teksi Sapu. Agak agresif. Berebut-rebut cari penumpang. Nasib baik ada couple Melayu ni boleh berbahasa China. Share lah teksi dengan mereka untuk ke hotel. Sampai hotel dah hampir 5 petang. Rihat saja lah di bilik.

Yiwu International Trade City tempat dituju. 5 Blok atau dipanggil District, lebih 70,000 ruang kedai dan 10 juta produk dijual secara borong di sini. Pagi2 kami dah bersiap. Ambil breakfast awal, Jarak antara hotel dan komplek borong ni hanya 500 meter. Jalan kaki saja lah. Kalau naik teksi, lambat, Trafik jam. Lagi pun bukan senang dapat teksi.



Komplek borong ni atau dipanggil Market agak selesa. Ruang laluan pengunjung luas. Barang2 yang display disusun kemas. Rambang mata dibuatnya. 3 hari round market hanya dapat survey District 1 dan 2 sahaja. Setiap satu district pun tak habis pusing. Barang2 sini semua dijual secara borong dan boleh dicustommade. Ikut kuantiti. Ada yang minimum 500, 1,000 bahkan sampai berpuluh ribu. Kalau bernasib baik, kena cara memujuk penjualnya. Dapatlah beli satu untuk dijadikan sampel. Kualiti barang2nya memang baik dan memuaskan.

Agak mencuit hati juga bila produk2 cenderhati dari hampir seluruh dunia ada dibekalkan di sini. Contoh, barangan cenderhati yang pernah kami beli atau terima seperti dari Tanah Suci Mekah dan Madinah, Turki, Paris, UK dan sebagainya, semuanya boleh didapati di Yiwu. Patutlah ramai Pak2 Arab, Mat2 Saleh. warga Afrika, India dan Indonesia ramai berkunjung ke sini. Mereka semua adalah pemborong produk Yiwu untuk dipasarkan di negara mereka. 



Impak yang ketara ramainya kehadiran mereka ialah mudahnya mendapat restoran halal di Yiwu. Restoran makanan Arab, Turki dan India paling banyak. Bahkan menu yang disediakan hotel penginapan kami juga banyak makanan halal. Bab makanan halal ni Yiwu terbaik berbanding Beijing, Guangzhou dan Guilin yang pernah aku pergi. Banyak pilihan dan enak2 belaka.



Yang mengecewakan di Yiwu ialah tiada cenderhati yang boleh dibeli secara runcit. T-Shirt, miniature atau apa2 yang berkaitan dengan imej Yiwu memang tak ada. Pasar malam adalah. Sama jer macam kat Malaysia. Tak ada apa yang menarik.


Yiwu memang syurga bagi mereka yang ingin membeli produk secara borong. Harganya jauh lebih murah. Jenis barangannya pun banyak dan pelbagai. Selepas ke Yiwu baru aku faham bila ada yang buat joke 'Apa yang tak ada Kat China ? Semua boleh didapati. Cuma Mak dan Ayah jer yang tak ada.'