December 30, 2011

Cerita Ikan Goreng


Masa zaman kanak2 dulu, ikan goreng macam dah jadi menu harian tetap kami sekeluarga.  Ikan kembong atau ikan gelama yang selalu digoreng Emak. Maklumlah 8 orang adik beradik. Jarang sungguh nak dapat makan lauk ayam atau daging. Abah dan Emak sesekali jamu  juga anak2nya lauk2 special tu. Selalunya  time Abah baru dapat gajilah. Abah pulak sekali sekala kalau free pergi menjala ikan di laut.  Kalau ada rezeki dapatlah makan ikan2 fresh. Memang lazat dan manis rasanya. Terutama kalau dapat ikan sembilang. Mak buat masak asam lada hitam. Fuhhh... memang terangkat.

Biasanya selain lauk lain, akan terhidang 2 ekor saja ikan goreng di atas pinggan. Sudah tentu ia menjadi lauk yang amat 'berharga' kepada kami adik beradik. Menjemunya hanyalah dengan mencubit isi ikan berselang seli ikut giliran. Penuh disiplin. Tak perlu berebut. Semua berpeluang merasa. Hingga tinggal tulanglah ikan2 tu dibuatnya. Tanda kami semua sudah puas menikmati masakan Emak pada hari tu.

Bila bercerita tentang ikan goreng ni teringat satu peristiwa agak melucukan. Kami dikunjungi keluarga abang Abah dari Singapura. Mereka datang berdua sahaja. Ayah dan anak perempuan sebaya kami. Kira budak perempuan tu sepupu kamilah. Nampak ramah dan lincahnya dia. Bila bercakap sleng Singapuralah. Puji saja negara dia. Kami adik beradik pangkat layan sajalah. Tetamu katakan.

Bila sampai time makan, Mak hidangkan dua ekor ikan kembong goreng sebagai salah satu menunya. Seronoknya dapat makan bersama sepupu yang pertama kali berjumpa. Dengan penuh sopan kami menjemputnya makan. Alangkah terkebil-kebilnya kami semua bila tetamu ni ambil seekor ikan goreng ke pinggannya. Diikuti lauk2 lain yang terhidang. Selamba je dia 'membedal' ikan goreng tu sorang2. Tinggal  seekor ikan tu pakat sharelah kami ramai2. Merungut juga adik2 kecil ku. Apa nak buat. Dia dah biasa gitu. Anak perempuan tunggal katakan. Tak ramai adik beradik pulak. 'Sabau aje le..' bak kata orang Melaka.

December 23, 2011

7 Pertemuan


Umur 12 tahun dah pandai nak bermak we
Anak Syed Ghani, Jalillah namanya
Berkawan tak lah lama
Tiba2 pindah sekolah pulak dia
Hilanglah dia entah ke mana

Masa sekolah menengah berkenan pulak kat Azizah
Jumpa masa pergi rombongan sekolah
Sempat berutus surat sekali sekala
Sayang Azizah disambar teruna sekampungnya
Melepaslah lagi

Masuk Form 6 sekelas dengan mak2 we
Kawan2 recomend pula kat Kamariah
Gadis manis, pemalu, sedap mata memandangnya
Bila dapat masuk ITM berpisah juga 
Putus hubungan tak dengar2 berita dia

Di ITM jatuh hati pulak kat Fazidah
Gadis manis tapi pendiam orangnya
Ramai pulak rivals yang sama2 mencuba
Akhirnya Fazidah pilih kawan sekampung perkenan ibu bapa
Frust tonggenglah kami semua

Assignment kat Jitra berjumpa Si Mawar pula
Gadis putih gebu lembut sungguh orangnya
Antara Shah Alam dan Jitra bukan dekat jaraknya
Sama macam cerita lama
Mawar tah ke mana aku pun makin lupa
Terputuslah lagi jawabnya

Masa bekerja sempat berkawan dengan Si Aishah
Buat praktikal sekejab kat office sebelah
Ajak lunch bersama diterima dia
Rupanya tu 'dating' terakhir kami berdua
Aishah maklumkan dia tunangan Si Dia
Eloklah tak payah jumpa2

Rohana pula dikenalkan kawan serumah
Orangnya lincah, ramah dari Kedah
Mungkin jodoh kami dah ditentukanNya
Tak sampai sebulan terus temu keluarga
Bersatulah kami sampai dah dapat anak 3
Syukurlah, Alhamdulillah..........

December 7, 2011

Serumah Dengan Jin (Part 4)


Diharapkan, ini bahagian terakhir yang perlu diceritakan mengenai kisah ku serumah dengan jin. Walaupun tak nampak dengan mata kasar. Kehadiran Syafie dan orang2nya boleh dirasa. Nampak sejadah terbentang  di sudut rumah memang menimbulkan rasa kurang enak dan menyeramkan. Walaupun Ustaz menyakinkan kami sekeluarga supaya jangan takut. Mereka ni Jin Islam. Makhluk yang baik. Memang tak dinafikan sepanjang kehadiran mereka tidak ada perkara2 yang pelik dan buruk berlaku. Tidur kami sekeluarga tak pernah terganggu. Bayi dan anak2 kecil yang berkunjung ke rumah tidak pernah terjaga atau menangis di tengah malam.

Walaupun diminta izin 2 ke 3 bulan untuk membereskan urusan. Rupa2nya hanya lebihkurang satu bulan setengah saja diperlukan. Ustaz memaklumkan Syafie dan orang2nya dah pindah sepenuhnya. Sejadah tu tak perlu lagi dibentang. Lega rasanya. Memang dah tak lagi rasa yang pelik2 selepas itu. Bau kemyan belakang rumah pun dah tiada.

Ustaz memaklumkan bahawa tapak rumah ku dulu ada pokok berangan yang besar. Di pohon itulah Syafie dan pengikut2nya menginap. Ia juga tapak surau Jin Islam ni. 'Pada malam  'berdamai' tu mereka datang dengan berpakaian cantik. Ada yang berbaju Melayu lengkap bersampin. Ada yang berjubah.' cerita Ustaz. 'Syafie seorang yang kacak, cerah kulitnya macam Syeikh Arab.' tambah Ustaz.

Bila fikirkan semula, terasa sayang pulak dengan mereka. Maklumlah, tempat beribadah. Banyak keberkatan. Mereka dipimpin pula oleh seorang yang hafaz Al Quran pula. Tapi apa kan daya. Mereka hidup dalam alam yang berbeza. Orang biasa seperti aku tak mungkin faham dan berupaya untuk berkongsi tempat tinggal dengan makhluk Allah swt ini. Mudah2an Syafie dan orang2nya gembira di tempat baru mereka. Wallahualam.

December 5, 2011

Serumah Dengan Jin (Part 3)


Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1.00 pagi. Botol2 yang telah berisi jin2 ni dimasukkan ke dalam kereta. Separuh di dalam bonet. Selebihnya di kerusi belakang. Pakai kereta Kelisa aje. Kami bertiga menuju masjid yang diminta Syafie. Sepanjang perjalanan tak terasa apa2. Kata orang, kalau jin2 jahat. Kenderaan boleh terasa berat atau riuh rendah di dalam botol.  Tapi Safie dan pengikutnya adalah Jin Islam. Golongan baik2. Terasa sunyi dan nyaman saja malam tu.

Sampai di masjid, suruh kawan jumpa dan bersembang dengan Pak Guard. Strategi kami untuk mengalih pandangan dia. Aku dan anak lelaki ku turunkan botol2 dari kereta dan buka penutupnya. Maklumlah, hampir 30 botol. Lamalah juga kerjanya. Pak Guard masjid menghampiri kami. 'Apa tu ?' tanya dia. 'Botol2 ni banyak semut.' jawabku, berbohong sunat. Dia nampak termakan muslihat kami. Urusan perpindahan Syafie dan pengikut2nya berjalan lancar. Baliklah kami ke rumah dengan perasaan lega.

Tiba2 pagi esoknya dapat panggilan telepon dari Ustaz. 'Urusan belum selesai' katanya. Ustaz maklumkan, subuh tadi Syafie berjumpanya dan minta izin untuk balik ke 'rumahnya'. untuk 2-3 bulan lagi.  Katanya ada lagi beberapa urusan yang perlu dibereskan. Mungkin proses perpindahan malam tadi berlaku secara 'short notice'. Fikirku dalam hati. Kata Ustaz, Syafie sempat tambah, 'Nak bantu2 juga tuan rumah.' Ustaz minta dibentang sejadah di mana2 sudut dalam rumah untuk mempermudahkan urusan Syafie. Sempat Ustaz bergurau,' Kalau nak berkomunikasi dengan Syafie, berwiridlah atas sejadah tu.' (bersambung....)

December 1, 2011

Serumah Dengan Jin (Part 2)


Melalui kawan dapat cari seorang Ustaz yang dikatakan boleh berurusan dengan makhluk2 halus. Seperti dipersetujui, Ustaz tu berkunjung ke rumah selepas solat Isya'. Berubah  sikit wajah Ustaz bila pertama kali masuk ke rumah. Nampak serius aje. Walau apa2 pun, kami jamu Ustaz dululah.  Maklumlah dah hampir pukul 10.00 malam. Tentu semua orang dah lapar. 

Sambil makan sempat Ustaz bagi sikit maklumat. 'Kat luar tingkap tu ada yang asyik menjengok. Tu je kerja dia.'  Patutlah setiap kali ke tingkap tu memang terasa seram dan naik bulu roma. 'Kalau nak Ustaz boleh panggil dia.' gurau Ustaz. 'Tak payahlah Ustaz' jawab aku ringkas. 'Selalu ada bau kemyan kan kat belakang rumah ?' tanya Ustaz. Kami sekeluarga mengangguk tanda mengiakan. Ustaz minta kami sediakan lebihkurang  20-30 botol  kosong. 'Nanti minggu depan Ustaz datang. Jangan takut. Kita berdamailah dengan mereka ni.' kata Ustaz sebelum beredar.

Selang seminggu, lebihkurang pukul 10.30 malam Ustaz pun datang. Kami mula dengan membaca Surah Yaasin dan Solat Hajat. Setelah selesai sambil duduk berhampiran pintu, Ustaz minta botol2 kosong tu dibuka penutupnya. Lepas tu Ustaz suruh aku buka pintu rumah. 'Sila masuk' kata Ustaz ringkas ke arah pintu. Masa tu satu rumah berbau harum dan wangi yang amat sangat. Kami memang tak nampak apa2. Cuma berpandangan antara satu sama lain.

Ustaz pun mulakan sesi 'berdamai'. Kata Ustaz, 'Yang datang ni  ketua dia, namanya Syafie seorang Al Hafiz dan orang2nya'. 'Ini tuan rumah' sambil berpaling ke sebelah aku. Aku cuma mampu mengangguk, buat2 macam nampak tetamu yang datang. Ustaz kata sambil tersenyum 'Dia kata, dah kenal.' Kami semua memang tak dengar apa yang disebut Syafie. Sambung Ustaz, 'Tuan rumah ni takut nak tinggal sama2. Pindahlah ye.' Keadaan sunyi sekejab. Ustaz seolah-olah sedang mendengar sesuatu dengan tekun. Tiba2 Ustaz memandang ke arah ku. 'Mereka minta dipindahkan  ke masjid yang ada kolam.' Aku mengangguk, faham dan bersetuju. Selang beberapa minit, Ustaz pun suruh menutup semua botol yang ada di depannya. 'Cuba ambil botol dan dengar' kata Ustaz kepada kami semua. Masing2 pakat ambillah dan letakkan di telinga. Tak dengar apa2. Cuma macam bunyi berdengung di dalam botol. (bersambung...)

November 28, 2011

Serumah Dengan Jin (Part 1)


Memang bosan dan serik membeli rumah baru hendak dibina. Masa promosi, janji pemajunya bukan main manis. Confident, dalam masa dua tahun boleh siap. Tapi dah masuk 5 tahun menunggu. Habuk pun tak ada. Akhirnya, aku dan isteri buat keputusan cari rumah lain. Kali ni pilih rumah contohlah. Senang sikit, rumah pun dah nampak. Walaubagaimana pun kena tunggu bersama dengan pembeli2 lain. Nak duduk seorang2 takut pulak. Terlalu sunyi. Macam2 boleh jadi nanti.

Alhamdulillah, pemaju yang ni memang efisyien. Cukup 2 tahun kunci rumah diserahkan. Punyalah seronok kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Lebih selesa dari rumah yang dulu. Suasananya pun nyaman dan lalulintas tak sesibuk mana. Jauhlah sikit dari Kuala Lumpur dan Shah Alam. Tapi berbaloi. Buatlah majlis doa selamat. Tanda kesyukuran, selamat masuk rumah baru.

Dipendekkan cerita, masa awal2 duduk tak terasa apa2. Cuma suasana kawasan baru.  Biasalah, sunyilah sikit. Ramai pembeli masih belum pindah. Lama kelamaan, keadaan dalam rumah dirasakan sedikit berbeza. Ada tempat dan sudut2 tertentu, kalau dihampiri akan naik bulu roma. Seram semacam. Terutama pada waktu malam. Sesekali berkemas di belakang rumah pula, bau haruman kemyan jelas. Terutama bila menghampiri waktu maghrib. Keadaan yang sama ini disedari semua ahli keluarga. Pernah anak perempuan ku mendengar suara menyebut namanya ketika duduk di luar dekat2 masuk maghrib. Kelam kabut  dia masuk ke rumah.

Untuk kepastian, tanya2kan jiran sebelah. Kebetulan dia tuan tanah projek perumahan ni. Cuma nak tau kalau2 dia pun mengalami perkara yang sama. Nak tau juga latarbelakang tapak taman perumahan ni. Katanya, kawasan ni dulu banyak buniyan. Dikatakan ada yang pernah terserempak dengan perempuan tua berjubah hitam berjalan keluar setiap kali waktu subuh. Lepas tu ghaib. Pak guard yang bertugas dan duduk sementara di rumah contoh ni pun kadang2 mendengar orang memberi salam di luar.  Bila buka pintu tiada sesiapa di depan.

Nampaknya sesuatu perlu aku dilakukan. Cuma untuk dapatkan kepastian dari orang2 yang mahir tentang makhluk2 halus ni. Tak kan nak hidup dalam keadaan sebegini sampai bila2. Kacaulah nanti.   (bersambung......)

November 22, 2011

Dosa dan Airmata Sang Garuda


Ibu pingat yang diidam-idamkan sejak 20 tahun lalu terlepas lagi. Sebelum perlawanan, ia nampak  pasti. dan mudah. Dengan sokongan padu lebih 90,000 penyokong fanatiknya. Bermain di kandang sendiri pula. Ditambah, ramai  ayam2 tambatan sang Harimau Muda yang sudah tempang. Dendam kesumat akibat kekalahan abang2 mereka dalam AFF Suzuki Cup ingin dibalas segera. Kepedihan ini mesti diubati. Tiupan wisel permulaan tak sabar dinantikan mereka. Mau diratah anak2 harimau ini.

Sang Harimau Muda bertarung bagaikan dalam stadium kosong. Riuh rendah sorakan ribuan penyokong Garuda sikit pun tak menganggu mereka. Walaupun kita yang berada di luar dan jauh, cemas dibuatnya. Cengkaman, patukan dan sambaran hebat Sang Garuda berjaya ditangkis sepanjang 90 minit. Peluang 30 minit lagi diberi pada Sang Garuda. Tapi ia masih gagal menundukkan Harimau Muda. Tak sangka Sang Garuda gemuruh dan  mengiggil mengambil sepakan2 penaliti. Mereka kecundang di hadapan penyokong sendiri.

Sang Garuda mungkin lupa. Kita boleh merancang. Allah s.w.t saja yang menentukan. Walau sehebat mana pun kita. Kalau rezeki tu tak ada kataNya. Maka janganlah diharap. Keangkuhan dan kebiadapan penyokong Sang Garuda kepada kontigen Malaysia sepanjang SEA Games kali ini adalah dosa. Malaysia menjadi mangsa dan dianiaya. Dikeji, dicemuh, dibuli, dihina dan macam2 lagi. Menyirap darah setiap rakyat Malaysia melihat dan mendengarnya. Dosa itu pasti ada balasannya. Semua rakyat Malaysia hanya mampu berdoa.  Mereka percaya doa orang yang dianiaya tiada hijab. Ia ternyata dimakbulkan. Kali ini dosa penyokong2 Sang Garuda dibalas 'tunai' olehNya. Menangis dan merataplah mereka atas kekalahan yang menimpa. Wallahuallam

October 29, 2011

Teringatkan Norhashima


'Norhashima' gabungan dua nama. Norah dari nama Emak dan Hashim arwah Abah. Kami adik beradik mencadangkan nama ini. Disambut baik Abah dan Emak.  Masa tu Norhashima masih dalam kandungan. Tak tau lah macam confident aje nak dapat adik perempuan. Langsung tak terfikir nama lelaki. Padahal zaman tu tak buat scan. Dok pakai petua orang tua2. Masing2 tak sabar menunggu kelahirannya. Bakal jadi anak kesembilan dalam keluarga.

Norhashima amat kecil masa dilahirkan. Tak macam bayi biasa. Nampak macam tak sihat. Asyik menangis. Kerap berulang alik ke klinik. Akhirnya kena masuk hospital. Doktor sahkan Norhashima mengidap penyakit jantung berlubang. Masa tu penyakit ni jarang didengar. Usianya tak sampai dua bulan. Allah s.w.t. lebih menyayanginya. 

Hancur luluh hati kami sekeluarga. Teringat lagi bagaimana jenazahnya dikendung Abah hingga ke pusara. Tak puas menatap  wajah Norhashima.  Apatah lagi mendukung, mendakap dan membelainya. Kalau umurnya panjang, mungkin dah berkeluarga dia. Dia ahli keluarga terakhir. Tiada lagi adik lepas tu. 

Sebagai pengubat duka. Bayi dan anak2 kecil yang meninggal dunia ini diceritakan Nabi s.a.w. akan berkumpul di pintu syurga. Menunggu ibu bapa mereka. Anak2 ini tak akan masuk selagi tidak bersama ibu bapa masing2. Semoga Norhashima juga akan memimpin tangan Abah dan Emak di pintu syurga. Wallahualam.

October 22, 2011

Beratur depan Tandas Yang Kosong


Bila tiba musim haji, pasti teringatkan beberapa kisah masa di sana dulu. Banyak cabaran dan pengajaran. Salah satunya tentulah bila menghadapi detik cemas nak melepaskan hajat. Terutama pada waktu pagi lepas sarapan. Time nilah kemudahan awam ni paling sibuk. Kalau tak bernasib baik kena beratur panjang. Masa tulah 'ketahanan dan kesabaran' luar dan dalam diuji. Doa sentiasa diminta pada Allah s.w.t. 'Moga dipermudahkan segala urusan'. Sudah tentulah termasuk bab yang ni. Pemakanan memang sentiasa dijaga, Untuk mengelakkan perut meragam. 

Nasib baiklah pagi tu keadaan perut ni okey. Untuk mendisplinkan diri, sama-samalah beratur tunggu turn. Alhamdulillah, tak perlu terburu-buru atau cemas. Boleh tunggu giliran dengan tenang. Yang tak seronok tu, line aku ni tak bergerak-gerak. Jiran2 sebelah lama dah silih berganti penghuninya. 'Apa hal ?' Mulalah masing2 pandang satu sama lain. Dah mula gelisah dan merungut nampaknya semua. Kawan depan sekali nampak dah hilang sabar. Diketuknya pintu tandas. Mula2 pelahan. Tak ada respond langsung orang di dalam. Lama2 naik anginlah kawan. Diketuknya kuat2. Terkeluarlah juga kata2 yang tak sedap didengar. 

Salah sorang kawan dapat idea. Panjat dan jengok. Takut2 dah tertidur atau pengsan penghuni di dalammya. Kami pun bantu membantulah mengangkat kawan yang paling kecil badannya untuk meloloskan diri dari ruang atas pintu tandas. Pakat tersenyum dan tergelaklah masing2. Bila kawan yang memanjat tadi  berjaya buka pintu dari dalam. Rupanya tandas ni tak berpenghuni sejak mula lagi. Hairan juga macamana tandas ni boleh terselak dari dalam. Ini semua salah-satu ujian NYA pada kita. Nampak kecil  saje. Tapi kesabaran tu sentiasa diuji di tempat2 dan keadaan yang kadang2 kita tak sangka. Wallahualam.

October 10, 2011

Tak Bangkit2 Selepas Lebih 30 Tahun


Rasanya sekarang ni tak ada lagi nak diborakkan pasal bolasepak negara. Selepas menonton perlawanan Malaysia dan Jepun. Diikuti game persahabatan Malaysia dan Australia. Kita bagai dikejutkkan dari mimpi. indah. Aduhhh... betapa jauhnya standard bolasepak negara dibandingkan kedua-dua team tersebut. Depa main macam pakai gear 2 dan 3 je. Gol keeper lawan pun boleh terlena. 'Chasing shadows' kata orang putih dibuatnya pemain2 kita.

Ngauman Harimau Malaya hanya terdengar takat Asia Tenggara nampaknya. Dipuji dan dipuja  selepas memenangi pingat emas Sukan SEA dan AFF  Suzuki Cup. Taring harimau langsung tak digeruni di peringkat Asia. Apatah lagi lebih tinggi dari itu. Dah jadi macam anak kuching pulak aku tengok.

Era kegemilangan bolasepak Malaysia tahun 1972 dan 1980 masih disebut dan dibelek-belek. Walaupun ia dah jadi sejarah. Sekadar mengubat luka dihati. Pingat gangsa Asian Games 1974, Sukan Olimpik 1972 dan 1980. Hebat team negara masa tu. Masih teringat dan terbayang-bayang 'live telecast' tv hitam putih Malaysia lawan Germany di Sukan Olimpik 1972. Walaupun kalah 3-0, ia tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Semua team dalam Asia hormat dan gerun kat kita.

Tak taulah bila bolasepak kita akan menyinar semula di persada yang lebih tinggi. 'Kita perlu bersabar.' komen Datuk K. Rajagopal ringkas sebaik tiba dari Australia. Bila tengok tahap skuad Olimpik yang menjadi pelapis Harimau Malaya. Rasanya lama lagilah menunggu.

September 21, 2011

Ramai Melayu Dari Yang Lain




Lepas raya ni tak dinafikan ramai yang kering. Terpaksa berbelanja lebih. Tambah pulak harga barang dah naik. Sekarang ni nak bagi duit raya pun, dah tak boleh bagi duit syiling lagi. Buat dikutuk dan diumpat budak2 lah. Yang makan gaji tu, perpeluh-peluhlah menunggu cukup bulan. Sebelum boleh bernafas semula.

Tengah2 sesak ni kereta pula buat hal. Terpaksalah bawa ke workshop. Malas nak pergi service center di Pusat Bandar Puchong. Kerosakan kecil. Carilah kedai dekat rumah je. Pertama kali ke kedai baru ni. Sebelahnya ada kedai  jual nombor ekor. Sambil tunggu foreman buat kerja, dapatlah tengok pengunjung2 ke kedai judi tu. Dalam lebihkurang sepuluh kereta yang berhenti depan kedai, tak kurang tujuh pengunjung  Melayu. Selamba je mereka masuk keluar kedai. Sikit pun tak rasa segan dengan orang2 sekeliling. Terdesak dan mungkin nak cover balik lepas raya agaknya. Itupun kalau nombor naiklah.

Sedih juga rasa hati. Tak sampai sebulan Ramadhan meninggalkan kita. Suasana biasa mula berlaku semula. Kata foreman India yang baiki kereta, 'Bang, hari Rabu dan Ahad kedai tu lagi sibuk. Sampai pelanggan nak baiki kereta pun tak boleh masuk.' Memang tak tau malu dan menyusahkan.

September 1, 2011

Rahsia Berumur Lebih 100 Tahun


Suasana kampung hari raya kali ni nampak lain sikit. Jalan2 dan lorong2 dah banyak dibubuh papan tanda. Ada macam2 nama. Semuanya ikut nama individu. Rata2 sempena nama anak2  kampung yang dikenali dan dihormati. Setengahnya dah meninggal dunia. Dengan papan tanda ni mudahlah sikit orang luar nak cari rumah. Kerja posmen hantar surat pun jadi lebih mudah.

Tak sangka juga nama nenek pun dipilih. Lorong Margina. Papan tanda yang terpacak di laluan kecil muat sebuah kereta menuju ke rumahnya. Dia lebih dikenali di kalangan orang kampung sebagai Mak Nah atau Nek Nah. Mungkin boleh dianggap orang paling tua di kampung kini. Umurnya lebih 100 tahun. Nak dapat angka tepat, agak sukar. Semua dokumen berkaitan dah hilang. Kawan2 sebaya dah tak ada. Termasuk pangkat anak2 saudaranya pun ramai yang telah kembali ke rahmatullah.

Ramai yang bertanya rahsia nenek. Mampu bertahan. Ingatan masih baik. Boleh berjalan  jauh walaupun dengan bantuan tongkat. Setahu aku masa nenek masih kuat dia selalu disuruh jadi Tukang Jemput. Kalau ada kenduri kahwin dia akan diminta jadi wakil tuan rumah menjemput orang kampung. Masa tu tak pakai kad jemputan. Tak ada sms atau e mail. Kerja neneklah round sekeliling kampung. Sampai ke kampung2 jiran. Yang berbatu jauhnya. Dari rumah ke rumah. Menyampaikan hajat tuan rumah. Selain tu nenek suka makan sireh.  Merah bibir dan mulutnya dek benda tu.

Rasanya itu saja 'rahsia' nenek. Memang tak dinafikan berjalan merupakan senaman paling mudah dan berkesan untuk jaga kesihatan. Bak kata pakar kerap berjalan kaki baik untuk jantung. Boleh juga mengurangkan risiko hypertensi. Selain daripada itu sireh juga mempunyai pelbagai khasiat. Cuma orang sekarang dah tak reti makan daun ni.

August 26, 2011

Malam ke 27 ?


Malam yang ditunggu dan dicari. Ia hanya ada pada bulan Ramadhan. Ia disebut dalam Al Quran. Itu janji Allah s.w.t. Kelebihan beramal di malam ini bukan sedikit. Lebih baik dari 1,000 bulan amalan.  83 tahun tu. Tak ramai yang mampu berusia sebegitu. Terutama umat Nabi Muhammad s.a.w. di akhir zaman ini. Rata2 sekitar 60, 65  tahun atau lebih sedikit.

Selalunya benda yang hebat dan besar tidak mudah diperolehi. Tapi Nabi s.a.w. ada memberi petunjuk atau hints. Carilah pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ditambah lagi. Terutama pada malam2 ganjil. Malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Tazkirah malam tadi agak direct tentang hal ini. Ustaz mentafsirkan dari Surah Al Qadr. Kata dia ada 30 kalimah dalam surah ini. Pada kalimah ke 27 disebut atau dimaksudkan secara khusus malam Al Qadr. Malam yang amat diberkati. Turunnya Jibril a.s. dan ribuan malaikat ke bumi. dengan izin Allah s.w.t. Menyaksikan manusia yang beramal. Jadi, adakah ia bermaksud malam ke 27 ? 

Teringat pulak ada Ustaz seorang ni agak mudah caranya. Sesiapa nak bertemu Lailatul Qadar senang je. Beramallah tiap2 malam pada bulan Ramadhan. Jangan miss. InsyaAllah dapatlah dia jadi antara insan dipilihNya untuk beramal dalam malam yang istimewa ini. Wallahualam.

August 19, 2011

Usaha 1 Tahun Jadi Sia2


Iblis dan syaitan dikatakan meraung di pagi raya. Segala usaha dan penat lelah mereka sepanjang tahun jadi sia2. Kesan2 dosa hasil dari menghasut, membisik dan macam2 lagi kerja buruk mereka ke atas manusia dipadamkan oleh Allah s.w.t sekelip mata. Puak2 jahat ini tak boleh buat apa2. Mereka diikat. Hanya mampu melihat. Bagaimana satu persatu dosa manusia dibersihkan oleh amalan mereka.

Itulah kelebihan bulan Ramadhan. Satu bulan dalam setahun yang disediakan ruang2 keampunan yang teramat luas. Terutama dalam fasa kedua puasa. Manusia yang berusaha InsyaAllah akan mendapat ganjaran ini.

Seloroh Ustaz, 'Semua cuti dibekukan pada Hari Raya !!!!' arahan Iblis pada kuncu2nya. Setelah tersungkur di bulan Ramadhan. Bulan Syawal dijadikan mereka sebagai titik permulaan untuk berusaha semula. Untuk mengotorkan jiwa2 manusia. Tambah Ustaz, 'Lihatlah cara manusia beraya. Kita boleh lihat kesan2 awal ini.' Wallahualam.

August 13, 2011

Jadi 'Luar Biasa' Pada Bulan Ramadhan


Perkataan 'luar biasa' di sini bukan bermaksud nak jadi macam superhero. Yang ada extraordinary power. Dak. Cuma nak ambil sikit point Ustaz pada tazkirah malam lepas. Dia kata, 'Ramadhan bulan latihan. Bulan mendidik insan mengamalkan cara hidup 'luar biasa'. Rata2 jemaah malam tu nampak macam boring sikit. Mungkin perkara2 yang disebut Ustaz dah banyak kali didengar. Mulalah masing2 lentok je kepala. Pejam rapat mata. Cuma part 'luar biasa' ni jadi interesting sikit.

Yang dimaksudkan 'luar biasa' ialah mengamalkan ibadah dan aktiviti yang tak biasa atau jarang2 dibuat dalam kehidupan harian. Antaranya : 

i.  Tak makan dan minum siang hari dan lain2 berkaitan. Biasanya bolehlah pulun semua.

ii.  Ke masjid bersolat berjemaah khususnya Isyak dan Tarawih. Biasanya orang solat sendiri2  je kat rumah.

iii. Baca dan tadarus Al Quran. Biasanya agak payah nak buka kitab suci ni.

iv. Berqiammulai, Tahajjud dsb. Biasanya boleh jamin lah tak bangun punya.

v. Bersedekah. Biasanya payah juga nak buat yang ni.

Itulah antara yang disebut Ustaz. Ramadhan melatih kita menjadi 'luar biasa'. Matlamatnya hanya satu. Mudah2an dapat jadi orang yang bertaqwa seperti dijanji oleh Allah s.w.t.  Seterusnya, yang 'luar biasa' tu  bertukar jadi biasa pulak pada kita untuk hari2 seterusnya. Tanda2 mereka yang berjaya dan lulus dalam latihan Ramadhan. Wallahualam.

August 9, 2011

Report Card Ramadhan


Malam tadi tazkirah selepas 4 rakaat solat Tarawih boleh dikira special sikit. Ustaz reka  format report card amalan sepanjang Ramadhan. Salinannya diedarkan pada jemaah. Tapi dia photostat tak banyak. Rezeki yang duduk depanlah. Yang dok belakang terkebil kebillah. Tak ada bahan rujukan bila Ustaz explain cara nak guna.

Tujuannya nak mendisplinkan diri. Bukan nak tunjuk2 pada orang. 'Nanti jadi riak pulak.' katanya. Kolum pertama disenaraikan ibadah2 sunat yang digalakkan. Ada 31 row. Maknanya 31 amalan sunat. Siap pakai sistem Kod amalan lagi. Kelas gitu. Row pertama pulak tarikh dari 1 hinggalah 30 Ramadhan. Ustaz kata tick lah mana2 ibadah harian yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadhan ni. Nanti hujung Ramadhan boleh check pencapaian kita. Sendiri mau nilailah. Bagus ke tak, performance tahun ni nanti.  Nasihat Ustaz, 'Kalau tak boleh buat semua, janganlah tinggalkan semuanya.'  Ia boleh digunakan untuk tahun2 akan datang. Kalau ada umur lagi. InsyaAllah.

Main eventnya, sudah tentulah amalan2 10 malam terakhir. Iaitu malam2 mencari Lailatul Qadar. Ganjarannya serupa 1,000 bulan beribadah. Rugilah kalau terlepas kali ini. Ustaz kata, 'Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terasa dingin badannya kerana dihampiri oleh para Malaikat (sebentar saja). Dingin di sini bermaksud nyaman dan amat menyeronokkan. Apabila terasa begitu disarankan membaca doa2 tertentu yang diajarnya. Mudah2an diizinkan Allah s.w.t. bertemu malam yang istimewa ini. Aaminnn.

August 3, 2011

Mohon 10 Hari Dalam Setahun


Tak dinafikan ramai juga orang yang pergi ke tanah suci tiap2 tahun. Bila ada kelapangan dan kemampuan je mereka pergi. Ada yang sampai tak ada orang menghantar ke airport. Dah selalu sangat. Sampai anak2, keluarga dan sahabat handai pun macam dah tak kisah. Tambahan pulak nak buat ibadah haji kena queue panjang. Kalau daftar sekarang, 2032 baru boleh pergi. Kalau yang dah berumur 50an tu, takut2 tak sempat nanti. Jadi buat ibadah umrah lebih mudah. Bila2 masa boleh pergi.

Bila terlihat image2 tanah suci di kaca tv.  Hati pasti tersentuh. 'Bila agaknya dapat ke sana lagi'.  Rasa rindu pada Kaabah dan Makam Nabi s.a.w. Terdengar dengar kemerduan suara imam2 Masjidilharam dan Masjid Nabawi memimpin solat. Suasana ibadah sungguh meriah. Tak kurang juga tarikan aktiviti 'melontar' ke kedai2 yang banyak terdapat di sekeliling masjid.

Semasa di tanah suci sempat juga jumpa jemaah yang pergi tiap2 tahun. Itu pun secara kebetulan. Jemaah Malaysia mudah dikenali. Beg sandang dan baju Melayu jadi trademark. Lepas solat sunat sembang2 ringkas aje. Maklumlah. Bila berada di rumah Allah s.w.t. kita patut lebih banyak 'bersembang' denganNya. Kalau boleh kurangkan berbual dengan orang. Kawan ni sempat beri tip. Dia tiap2 tahun datang ke sini. Katanya 'Berdoalah bersungguh sungguh di depan Kaabah mohon diberi peluang oleh Nya  untuk beribadah di sini sekurang kurangnya 10 hari dalam setahun. InsyaAllah diperkenankanNya.' 'Tak dapat setiap tahun. Lima tahun sekali pun ok'. Bisikku dalam hati. InsyaAllah.

August 2, 2011

Bila Imam Umum Tarawikh 8 Rakaat


Dah jadi fenomena biasa malam pertama bersolat Tarawikh. Semangat jemaah memang hebat. Parking masjid penuh dan sesak setelah confirm puasa esok. Ramai yang datang awal. Semua tidak mahu ketinggalan. Nak booking dalam ruang solat utama. Sejuk sikit sebab berair-con. Kat luar agak panas. Tak berapa selesa. 

Seperti biasa solat Tarawikh 20 rakaat 3 Witir. Lepas 8 rakaat ada juga yang mula melangkah keluar. Beberapa jemaah mula menoleh belakang. Cuma nak perhatikan jemaah2 yang buat 8 rakaat sahaja. Agak selamba dan tersipu sipu juga mereka. Yang kenal tu senyum2 perli aje. Walaubagaimana pun malam pertama agak membanggakan. Saf2 masih banyak yang menghabiskan 20 rakaat. Mungkin semangat dan tenaga masih kuat. Siang hari tadi masih belum berpuasa. Lebikurang 10.40 malam selesai solat.

Masuk malam kedua. Lepas solat Isyak, Imam umum malam ni buat 8 rakaat. Lepas 4, tazkirah. Kemudian sambung 4 lagi. Semua faham sangat tujuannya. Siapa makan cili dia rasa pedas le. Geng2 yang buat lapan tak kan nak balik lepas 4 rakaat pulak. Terpaksa tunggulah sambil mendengar tazkirah.

Antara intipati berkaitan tazkirah yang disampaikan oleh Imam 2 masjid malam tadi ialah kiasan reaksi dua golongan bila berada di masjid. Golongan pertama seperi ikan di akuarium. Sentiasa seronok di dalamnya. Kalau dikeluarkan pasti mengelumpur dan lemas. Gologan ini lagi lama di masjid lagi seronok. Golongan kedua pulak umpama burung dalam sangkar. Sentiasa gelisah di dalamnya. Ingin cepat dilepaskan dan dapat terbang jauh dan bebas.

Bagi sesetengah orang sudah tentu ia satu tazkirah yang sinis. Tapi tujuannya teramatlah baik. Cuma menasihat dan mengingatkan kepada mereka2 yang sememangnya telah arif dalam hal ini. Bulan nilah masa terbaik untuk merebut peluang yang dihidangkan. Pendek kata, lagi lama berada dan beramal di rumah Nya peluang mendapat keberkatan itu lebih luas. Wallahualam.

July 29, 2011

2 Kesibukan di Bulan Ramadhan


Suasana Ramadhan dah mula terasa. Khutbah Jumaat hari ni pun khatib cakap pasalnya. Masih ada yang mengadakan majlis kenduri doa selamat sempena Ramadhan. Bahan2 makanan yang sinonim dengan Ramadhan seperti kurma dah berlambak kat pasar2raya sejak beberapa minggu lalu. Kebetulan Ramadhan tahun ini disambut pada awal bulan. Selepas dapat gaji, orangramai  mengambil peluang untuk membeli belah stok makanan yang diperlukan sepanjang bulan ini. Pasaraya lebih sibuk berbanding hujung2 bulan yang biasa.

Islam menasihatkan umatnya supaya bersibuk-sibuk dalam bulan Ramadhan. Yang dimaksudkan bersibuk beramal. Satu bulan istimewa yang penuh keberkatan. Setelah berpuasa di siang hari, kita digalakkan supaya lebih aktif beribadah pada malamnya. Maklumlah siang lapar dan letih. Solat tarawikh, tadarus Al Quran, qiammulai dan bersahur. Antara empat ibadah sunat yang digalakkan. Dikatakan juga bulan ni bulan latihan. Untuk mendidik atau 'polish' semula iman yang mungkin terdapat karat dan kotoran di mana2.

'Godaan' hebat juga terdapat di bulan Ramadhan. Punca rezeki memang melimpah. Permintaan  keperluan untuk berbuka hinggalah ke hari raya amat tinggi. Peluang berniaga terbuka luas. Ramai yang tidak mahu terlepas peluang keemasan yang datang sekali setahun ini. Maka bersibuk-sibuklah mereka mencari rezeki. Kadang2 hingga ke malam hari. Mungkin ini adalah antara nikmat Allah s.w.t. kepada hambaNya di dalam bulan Ramadhan.

Mengeksploit dengan bijak antara dua peluang ini amat penting. Supaya kemanisannya dapat dirasa sepenuhnya di akhir Ramadhan. Ibadah2 sunat tidak ditinggalkan walaupun sibuk berniaga. Berpada-padalah mencari wang. Yang penting peluang memperolehi pahala besar yang ditawarkanNya tidak disia-siakan. Walaupun rezeki yang disediakanNya juga tidak patut dibiarkan berlalu begitu saja bagi yang rajin berusaha. Wallahualam.

July 25, 2011

Jangan Ulangi Kesilapan Sama


Hati ni agak berdebar juga bila lihat ada objek dilontar ke bahagian pertahanan Malaysia selepas gol keempat Singapura. Kalau tak silap benda tu datang dari kumpulan penyokong negara. Adakah penyokong kita telah berpaling tadah ? Disebabkan bengang dan tak berpuas hati melihat betapa rapuh dan lembiknya barisan pertahanan negara. Semuanya gol2 mudah. 

Stail bertahan masa lawan Arsenal dan Liverpool diperlihatkan semula di Stadium Jalan Besar. Kesilapan2 sebegitu tak akan dapat diterima peminat dalam perlawanan sebenar. Apatah lagi bila berlawan dengan seteru utama seperti Singapura. Maruah negara memang betul2 tercabar kalau kalah dengan team ini. Kalah pulak disebabkan pertahanan yang kelam kabut dan tak bermaya. 

Mujurlah Safi Sali dan Hadi Yahya ada. Terubat dan semangatlah sikit hati ni. Gol2 mereka memberi harapan. Bagai sinar terpancar semula. Tengah2 dok seronok. Gol kelima Singapura pulak masuk. Lagi sekali. Pertahanan standard budak2 sekolah ditunjukkan. Penyerang Singapura yang dah tua tu nampak lebih lincah dari pertahanan muda negara.

5 - 3 bila wisel penamat ditiupkan. Walaupun kalah, harapan Malaysia masih ada. Perlu menang  sekurang-kurangnya 2 - 0 untuk meneruskan cabaran ke Piala Dunia 2014. Kali ini bermain di Bukit Jalil. Sudah tentu sokongan padu diberikan kepada pasukan negara. Pasukan  ini sentiasa dipuja sejak memenangi Sukan SEA dan Piala AFF Suzuki Cup. Kekalahan teruk kepada Arsenal dan Liverpool diterima peminat sebagai sekadar aksi pertunjukan dan hiburan. 

Tapi tidak bila berlawan Singapura. Kesilapan2 pada liga pertama diharap tidak berulang. Sebagai peminat sukan, menang atau kalah adat perlawanan. Kalau kalah dengan bermaruah sudah tentu semua boleh menerimanya. Sanjungan tetap akan diberi. Rakyat Malaysia sentiasa berada di belakang. Sorakan padu di Stadium Bukit Jalil akan mewakili 26 juta rakyat Malaysia. Mudah2an kemenangan yang diidamkan dapat dikecapi. InsyaAllah.

July 22, 2011

Macam Menjamu Selera Di Tanah Suci


Makanan Arab atau Timur Tengah memang popular di negara kita. Asalkan sedap. Pasti ramai yang mengunjungi. Tapi restoran ni lain sikit. Restoran Al Diafah. Terletak di Sri Petaling. Tak jauh dari dari Hotel Sri Petaling yang nampak macam tak beroperasi lagi. Tingkat bawah kedai kurma dan cenderhati. Restoran terletak di tingkat atas.

Suasana dalam restoran betul2 macam restoran mewah di Tanah Suci. Audio bacaan Al-Quran oleh Imam Masjidilharam menghidupkan suasana. Staff semua warga Arab. Bolehlah berbahasa Melayu dan Inggeris Difahamkan dah lebih 14 tahun restoran ni beroperasi di negara ini. Taukehnya orang Jeddah. Setahun sekali, bila musim haji baru balik ke negaranya.

Lebih 100 hidangan disediakan. Semuanya makanan Arab original.  Perrgghhh.... Harga boleh tahan. Sepinggan nasi Arab berlauk ayam RM35.00. Jus minuman antara RM8 ke RM15. Jiran setaman nak belanja. Ikut saja. Bak kata orang. 'rezeki jangan ditolak'. Hari tu tiga orang makan order hidangan yang simple aje. Bilnya RM117.00. Rasanya, kena betul2 bersedia kalau berhajat nak belanja kawan atau keluarga di restoran ini. Terutama untuk berbuka puasa Ramadhan nanti.

July 16, 2011

Kena Ada RM500,000 Kalau Nak 'Berpisah'


Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga cari penaja untuk anak ku belajar ke luar negara selepas tamat Tingkatan 5. Telah menjadi cita2nya melanjutkan pelajaran ke sana selepas SPM. Semua tawaran belajar di dalam negara ditolak. Apa nak buat. Ikutkan sajalah kemahuannya. Benda baik. Ayah Ibu kena sokonglah.

Nak hantar pakai duit sendiri seperti di UK memang tak mampu. Ada juga peluang di Mesir. Kosnya agak berpatutan. Sambil2 tu terus berdoa agar ada penaja yang sudi menawarkan kemudahan biasiswa. JPA, Mara, Zakat Selangor, Bank Negara dsbnya semuanya tak berjaya. Akhirnya, di saat2 akhir dengan izin Allah s.w.t PNB sudi. Kalau dah rezeki, pasti ada punya. Bagai pucuk dicita ulam mendatangah. Begitu teruja nampaknya anak ku. Ceria dan berseri seri sungguh dia. Termasuk Ayah Ibu sekali le.

Majlis penyampaian tawaran biasiswa di adakan di Menara PNB pada 11 Julai 2011. Daripada 21 yang ditawarkan, hanya 16 yang hadir. Yang tak hadir dah dapat tawaran lain katanya. Kena buat A Level dua tahun di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin. Ada juga dihantar ke MCKK bagi yang buat program International Baccalaureate (IB). Lepas tu kalau semua OK, boleh lah meneruskan pengajian peringkat Ijazah di universiti2 terkenal di UK, USA atau Australia.

Dalam seronok2 tu, PNB ada berpesan. Kena berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun dengan mereka selepas tamat pengajian. Itu bond perjanjian yang dikenakan. Kalau rasa tak seronok kat PNB dan berangan-angan nak cari kerja tempat lain. Sila sediakan RM500,000. Jumlah dikenakan untuk 'berpisah' kata mereka.

July 4, 2011

Bila Tak Ada Orang Nak Pimpin Tahlil


Setiap kali nak sambut Ramadhan pasti akan diadakan majlis bacaan Yaasin dan tahlil. Semua anak2 disuruh balik ke kampung pada tarikh yang telah ditetap dan dipersetujui. Tiada kompromi. Ia semacam kehadiran wajib. Tak kira jauh atau dekat. Tiba masanya, semua perlu berkumpul untuk majlis ini.

Yang pasti, tahun demi tahun akan terdapat bilangan kehadiran yang berkurangan. Terutama di kalangan bapa dan emak saudara yang tinggal di kampung. Yang sentiasa bersama dalam majlis sebegini. Satu demi satu mereka pergi. Pergi yang pasti tidak kembali. Kadang2 terasa sayu di hati. Hanya doa  dan pahala bacaan Yaasin mampu disedekahkan untuk roh2 mereka.

Bila orang2 tua dah tiada, masalah timbul nak cari pemimpin majlis. Nak tunggu Pak2 Imam masjid atau surau di kampung kadang2 agak lambat. Mereka selalunya sibuk dengan hal2 lain. Tak larat nak menunggu. Sejuk nasi dan lauk dibuatnya.

Mulalah pakat suruh menyuruh dan tolak menolak antara orang2 muda. Semuanya pakat geleng kepala. Tak sanggup. Pada hal yang ada ni bukanlah muda lagi. Rata2 dah lebih separuh abad umurnya. Perasan je muda lagi. Akhirnya Abang Long lah volunteer. Pimpin bacaan Yaasin dan tahlil. Usaha pertamanya boleh dikira berjaya walaupun kadang2 tersekat sekat  juga bacaan doanya.

Bila difikirkan semula, dah tiba masanya majlis sebegini dipimpin oleh 'generasi baru'. Apatah lagi oleh orang rumah atau anak2 arwah yang telah pergi. Lebih afdhal. Kalau tak mula, sampai bila tak yakin. Kena belajar dan berlatih. Lama2 pandailah. Tak kan sampai tua nak jadi tukang amin aje.

June 29, 2011

Nak Karier Yang Boleh Kaya


Anak2 sekarang lain. Kalau tanya nak jadi apa bila dewasa ? Rata2 jawapan mereka, 'Yang boleh jadi kaya.' Tak macam kita dulu. Orang tua2 zaman kita selalu menasihatkan, 'Belajarlah bersungguh sungguh. Janganlah jadi macam kami. Hidup susah.' Memang orang dulu2 ramai yang kurang mendapat peluang pendidikan. Ada yang tak sekolah langsung. Atau tak tamat sekolah. Selalunya disebabkan oleh kesempitan hidup atau kurang galakkan.

Kalau ada anak orang kampung masuk universiti. Itu dah kira hebat. Cerahlah masa depan. Selalu di sebut2 sebagai contoh pada anak2 yang masih bersekolah. Jurutera dan doktor adalah antara jawatan yang berprestij bagi mereka pada masa tu. Bangga sungguh ibu bapa dan orang2 kampung bila ada yang berjawatan begitu.

Suasana sekarang dah berubah. Peluang melanjutkan pelajaran banyak. Dah tak jadi satu kebanggaan sangat kalau ada anak yang masuk universiti. Yang ditanya pada kita sebelum memilih karier mereka, contohnya, 'Jadi doktor tu boleh kaya tak ? Jadi jurutera tu banyak duit ke ? Sekarang ni buat satu filem je dah boleh jadi jutawan.' kata mereka. Faktor pendapatan jadi penentu karier nampaknya.

Tak salah anak2 kita bercita cita nak jadi orang kaya. Itu petanda positif. Agama pun menggalakkan. Mereka dah sedar betapa wang amat penting untuk hidup senang. Keadaan, maklumat, pergaulan, media masa semasa membuatkan mereka terdedah dan jadi begitu. Kebanyakan kita yang bukan orang kaya ni tak berapa pandailah nak cerita kat mereka macamana nak jadi kaya. Tak pernah berada di tahap itu. Yang boleh kita nasihatkan pada anak2 ni, belajar dan berusahalah bersungguh-sungguh. Rezeki tu di tangan Allah s.w.t. Asas agama mesti sentiasa kukuh. Jangan sampai nanti semuanya mereka kira boleh. Asalkan jadi kaya.

June 26, 2011

Edwin Ho Tak Pernah Jemu Berkarya


Mr. Edwin Ho antara empat bekas guru yang hadir Reunion kedua. Beliaulah guru yang aku tak sabar2 nak jumpa dalam majlis tu. Mana kan tidak. Selain sebagai guru kelas, beliau macam mentor ku untuk dua mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia dan Lukisan. Kedua duanya aku dapat destinctions atau A1 dalam MCE. Banyak tips berguna diajar untuk score dalam dua subjects tersebut. Memang tak dapat  dicari dalam buku masa tu. Sungguh istimewa cara dia mengajar.


Wajah dan susuk badannya tak banyak berubah. Aku pula yang ditegurnya bila bersalam. 'Last time you were very slim.' katanya. Umurnya dah hampir mencecah 75 tahun. Minat beliau dalam seni lukis tidak pernah luntur. Selepas bersara awal, beliau melanjutkan pelajaran ke London dan USA. Kini beliau memiliki PhD dalam bidang Fine Arts. Ateler (Studio Gallery) terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka merupakan galeri seni miliknya. Ada satu cawangan di USA. Pengunjung datang dari pelbagai negara. Dah jadi macam salah satu produk pelancongan di Melaka. Sesekali dia dijemput ke luar negara untuk  memberi syarahan dan mempamerkan hasil2 seninya yang tinggi.

Selepas bersalam kami berdakap mesra. Tanda kasih dan penghargaan. Simple je nasihatnya pada ku di akhir majlis Reunion, 'You have to keep doing something Zul.' Aku cukup faham maksudnya. Apa yang dibuat dan kejayaan2 yang dicapainya selepas bersara sebagai guru membuktikan kata2nya itu.

June 23, 2011

Juan Cukup Seronok Kalau Hujan


Masih kisah reunion pertama. Kali ni nak cerita pasal Juan (duduk kiri sekali). Kawan sekolah yang ni memang petah dan nakal sikit masa sekolah dulu. Suka bersembang. Selalu kena marah dengan cikgu. Kalau dia ada, pasti meriah. Samalah masa reunion dulu. Tak kering gusi dibuatnya semua.

Antara cerita lama dia yang paling melucukan ialah bila hari hujan. Dia cukup seronok. Tak payahlah pergi sekolah. Ibu bapanya pun macam menyokong. Takut anak kesayangan ni demam nanti kalau berbasikal dalam hujan. Berehat dan enjoylah Juan kat rumah. 'Kalau boleh tiap2 hari hujan lagi bagus'. Fikir Juan dalam hati.

Malangnya keseronokan Juan tak lama. Kali ni bila hujan je, akan ada hon kereta berbunyi depan rumah. Jengok kat luar, nampak kereta Mr. Siow. Principal sekolah. Duduk tak jauh dari rumah. Pelawa Juan naik kereta untuk ke sekolah. Punyalah bengang Juan. Ia jadi rutin bila hari hujan. Dah tak ada lagi alasan nak ponteng.

Berkat jasa guru, Juan kini jadi orang berguna. Berpangkat tinggi dalam angkatan tentera. Dah masuk Islam pun. Kini dia dikenali sebagai Juan Abdullah.

June 21, 2011

Kalau Dah Ketua Darjah


Kalau ada masa teruang, antara gambar2 yang aku suka tengok ialah berkaitan dengan reunion. Ia mengingatkan kisah2 nostalgia bersama kawan2 zaman sekolah dulu. Banyak kisah pahit manis. Dari Remove Class hinggalah ke Form 5. Enam tahun bersama. Lepas MCE semuanya hilang. Mencari haluan masing2. Dulu tak ada handphone maupun internet. Tidak ada ruang untuk berhubung selepas berpisah.

Nasib baik ada kawan macam Yahya dan Tony. Sentiasa berusaha mencari kawan2 lama. Walaupun ada yang nampak kurang berminat. Dengan alasan2 sendiri. Namun nombor telefon mereka2 ni Yahya dan Tony ada. Kawan2 aku yang dua ni sentiasa memujuk. Kadang2 bunyi macam memaksa. Mungkin kalau tak sekarang, satu masa nanti mereka sudi juga bersama.

10 orang berjaya dikumpulkan untuk Reunion yang pertama. Kelvin, Razak, Jamil, Tony, Joseph, Zul, Juan, Yahya, Razali dan Razak Bakar. Yang seronoknya, bila belek2 foto ni, Jamil (sekarang dah berpangkat Dato' Timbalan KSU) mesti duduk di tengah2 dan di barisan hadapan. Maklumlah masa sekolah dia Ketua Darjah.  Bila sesi berfoto mesti duduk sebelah cikgu di barisan hadapan. Dah tua2 ni pun tabiat tu tak hilang. Automatik. Tak payah di susun2. Ketua darjah tetap duduk depan dan tengah2. Rasa hormat kawan2 pada ketua tu masih ada. 'Murid2' yang lain duduk tepi dan belakanglah.

June 20, 2011

'Reunion' Menyambung Semula Tali Yang Putus


Walaupun tak semua yang dapat dihubungi hadir, namun majlis reunion tetap meriah. Majlis kedua ni dihadiri 24 bekas pelajar Gajah Berang Secondary English School (GBS) batch 1977/78 di Hotel Equtorial Melaka pada 18 Jun 2011. Berbanding hanya 10 orang pada majlis pertama Januari lalu. Memang telah dirancang untuk bertemu semula selepas enam bulan. Yang istimewanya kehadiran empat orang bekas guru kali ini.

Terpaksa buatkan name tag untuk mengenali nama kawan2 lama ni. Maklumlah lebih 34 tahun tak jumpa. Ada yang dah gemuk. Ramai yang dah beruban. Dan tak kurang juga yang dah tak banyak rambut lagi di kepala. Masing2 amat ceria bila dapat bertemu. Riuh rendah dengan gelak ketawa. Mengimbau kisah2 lama. Kiranya Coffe House hari tu kami conquer lah.

Ramai dah berjaya. Ada yang jadi CEO syarikat, Rektor IPTA, Doktor Pakar, Timbalan KSU Kementerian, pakar perunding, ahli2 perniagaan, pegawai polis, pegawai tentera dan sebagainya. Kadang2 tak sangka. Masa sekolah ada di antara kawan2 ni  bukan main nakal. Bak kata Mr. Edwin Ho 'Macam Malauun !' Akhirnya jadi 'orang' juga mereka.

4 jam bertemu dan bersembang rasanya teramat singkat. Pertukaran nombor telefon dan busines cards menjanjikan tali persahabatan yang dah lama putus akan bersambung semula. Dengan izin Allah s.w.t ikatan persahabatan ini kekal sehingga akhir hayat. InsyaAllah.

June 16, 2011

Pilihanraya Masjid : Mengundi Angkat Tangan Lebih Mudah


Tak dinafikan apabila berlaku pertukaran kerajaan, masjid adalah antara institusi yang menjadi rebutan. Terutama masjid yang terletak di lokasi strategik. Kutipan solat Jumaat pun lumayan. Jawatankuasa masjid sediada sedar bahawa lambat laun akan terpaksa melepaskannya kepada kumpulan yang baru. Berkhidmat pun secara sukarela. Samada secara pilihanraya masjid atau perlantikan terus. Semuanya berserah dan percaya ini qada dan qadar dari Allah s.w.t.

Idea pilihanraya masjid nampak amat demokratik dan profesional. Walaubagaimana pun, pengalaman yang dialami untuk menguruskan pilihanraya kariah masjid sendiri yang terletak di Selangor beberapa tahun lalu memberikan beberapa rumusan. Antaranya :

i.  Jawatankuasa Tiada Pengalaman dan Berkeupayaan

Jawatankuasa Masjid bukan SPR. Tugas mendaftar dan menyiapkan senarai serta butir2 peribadi ahli2 kariah yang layak mengundi terutama bagi saiz kariah antara 5,000 - 10,000  penduduk amat membebankan. Apatah lagi jangkamasa yang diberi untuk tugas ini amat singkat.

ii.  Sikap Ahli Kariah

Bukan mudah nak dapatkan balik borang pendaftaran dari kebanyakan ahli kariah. Seperti biasa, majoriti ambil sikap tak kisah atau 'last minute'.

iii.  Jawatankuasa Sediada Tak Minat Nak Bertanding
 
Boleh dikatakan semua ahli jawatankuasa sediada tak berhasrat untuk mengekalkan jawatan. Semua mereka sedar, tak perlu nak berebut-rebut jawatan untuk mengurus rumah Allah s.w.t ni.

iv.   Peratus Mengundi Kecil

Yang datang mengundi pun amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah sebenar ahli qariah yang layak mengundi. Berapalah sangat 200 ke 300 orang yang datang daripada 5,000 - 10,000 ahli kariah.

v.  Proses Mengundi Terlalu Lama

Pengalaman lepas menunjukkan bahawa  proses mengundi terlalu lama. Maklumlah untuk mengundi  banyak jawatan seperti Nazir, Timbalan Nazir, Setiausaha, Bendahari, Siak dan AJK. Sampai pukul 2.30 pagi baru habis kira undi.

Berdasarkan pengalaman ini, rasanya memilih cara lama lebih mudah. Angkat tangan saja kalau sokong calon yang disebut. Lepas tu kira bilangannya. Yang terbanyak dialah menang. Sebelum pukul 11.00 malam boleh selesai proses pemilihan. Lagi pun banyak jawatan tidak ditandingkan. Taklah perlu timbul macam2 isu dan polimik. Tak menguntungkan sesiapa. Yang  jelas rugi nya orang Melayu. Tak pasal2 bergaduh dan berterusan berpecah belah untuk sedikit jawatan.

June 13, 2011

Jawatankuasa Dapat Dikawal Dengan 'Recorded Briefing'


Tak dinafikan sesi pembentangan laporan merupakan saat yang paling mendebarkan bagi mana2 perunding. Masa untuk mendapatkan kelulusan jawatankuasa perlu dilalui setelah semua analisis dan cadangan  disiapkan dalam bentuk laporan. Tugas Ketua Perundinglah membentangkannya. Kawan2 perunding yang lain hanya stand by sajalah. Kalau2 ada isu dan soalan khusus ditanya ahli2 jawatankuasa nanti.

Kelancaran sesi pembentangan banyak bergantung kepada Pengerusi. Kalau yang berpengalaman lebih senang sikit. Mudah control crowd. Kalau yang asyik nak tanya soalan. Payahlah sikit. Asyik terhenti sahaja pembentangan. Kadang2 meleret leret jadinya mesyuarat.

Untuk mengatasi masalah ini, idea merekodkan briefing dibuat, Percubaan pertama masa pembentangan Rancangan Struktur Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak  kepada Jawatankuasa Pemandu pada tahun 1996. Maklumkan tiga daerah digabungkan di bawah satu kajian. Banyaklah benda nak dibentangkan. Ahli mesyuarat pun ramai. Masa tu Ketua Pengarah JPBD pun hadir.

Sebagai Ketua Perunding, rasa teramatlah relax menghadiri mesyuarat. Hanya perlu maklumkan saja pada ahli mesyuarat yang taklimat akan mengambil masa lebihkurang 40 minit. Lepas tu biar taklimat yang telah dirakam dimainkan. Jawatankuasa macam menonton siri dokumentari lagaknya. Bila diperhatikan mereka nampak fokus mendengar dengan penuh minat. Segala isikandungan taklimat difahami tanpa gangguan. Mesyuarat berjalan lancar. Tepat pukul 12.30 tengahari, tamat.

Yang seronok tu, selang seminggu Ketua Pengarah JPBD panggil ke pejabat. Suruh tunjukkan staff JPBD macam mana nak buat 'recorded briefing'. Rasa bersyukur dan bangga kaedah pembentangan sebegini diterima dan mula diamalkan oleh rakan2 perunding yang lain selepas itu.

June 8, 2011

Berebut Beri Pandangan, Lepas Tu........


Dah hampir 27 tahun terlibat dengan penyediaan dokumen2 perancangan seperti Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Dokumen2 ni mempunyai kekuatan perundangan dengan backing daripada Akta 172. Bukan calang2 dokumen. Bukan dibuat suka2. Serious matters ni.

Salah satu step yang perlu diikut ialah mendapatkan pandangan orang ramai sebelum, semasa dan selepas penyediaannya. Kira dokumen yang paling demokratiklah. Semua pandangan diambilkira. Segala masalah, isu dan potensi kawasan setempat perlu dicatat secara live atau  terus dari mulut rakyat. Macam PM kata '..untuk mendengar dan merasai denyutan nadi mereka'.

Sesi road show perlu dibuat. Tak dapat dinafikan sesi mendengar nilah yang paling seronok dan mencabar. Macam2 gelagat dan gaya. Para pemimpin politik, ketua masyarakat dan orang ramai semua dijemput. Mereka diberi peluang memberi pandangan dan cadangan. Mereka juga diberi peluang mengulas draf2 cadangan yang dibuat di dalam dokumen ni. Kadang2 berapi api dan emosional sungguh. Walaupun ada yang tak relevan atau tak berkaitan. Terpaksa layankan juga.

Yang tak berapa seronok tu bila kerja dah siap dan diwartakan. Semua pandangan dan cadangan dah diambilkira dan dimasukkan di dalam dokumen perancangan. Ia sepatutnya menjadi bahan rujukan semua pihak dalam aspek perancangan. Tapi tak sampai beberapa tahun, benda lain yang dibuat. Semua cadangan, zoning dan garispanduan macam tak pernah wujud. Kawasan rumah jadi kedai. Kawasan lapang jadi rumah. Cerun curam dibangunkan dan sebagainya. 

Dokumen2 perancangan tinggal tersimpan rapi di atas rak2 pejabat dan pusat sumber jabatan dan PBT. Walhal banyak cadangan dan garispanduan ada di dalamnya. Antara kandungannya adalah mendokumentasikan nadi dan hasrat rakyat. Nampaknya mereka seolah olah cepat lupa apa yang telah diluahkan.

June 4, 2011

Bersiap sedia Menghadapi Fasa 3 Membesar Anak2


Membesar dan mendidik anak2 ni pun ada fasa2nya. Macam membangunkan sebuah projek pembangunan pulak. Dari mula lahirnya dia, kita bertanggungjawab membesarkan mereka. Itu kira fasa pertamalah. Lepas  tu masuk fasa 2. Cukup seronok bila lihat anak2 pertama kali pakai uniform sekolah.  Sungguh segak dan cute. Yang ini masuk fasa menyekolahkan pula atau memberi pendidikan formal. Sampailah ke universiti kalau ada rezeki dan tengok macamana rajinnya mereka belajar. 

Kedua dua fasa ni memberi keseronokan, kepuasan dan tak kurang juga cabaran pada kita, ibu bapa. Yang anak2nya berjaya dalam pelajaran tu, bersyukurlah kita. Mana yang kurang berjaya pulak, mungkin anak2 ni boleh maju cara lain. Yang penting cara yang betul dan halal. Peluang dan ruang untuk  mereka menjadi 'orang' tu luas. Ibu bapa hanya perlu terus membimbing, menyokong dan berdoa.

Fasa ketiga bermula, bila mula terima kad jemputan kahwin dari kawan2 sebaya. Rata2 nak mengahwinkan anak sulung masing2. Perasaan nervous tu ada pada mereka. Persediaan bermula bila tarikh majlis ditetapkan. Kadang2 lebih setahun. Maklumlah, pertama kali mengadakan kenduri kahwin. Sokongan keluarga dan kawan2 terdekat ditagih untuk membantu mana yang boleh. Walaupun majlisnya mungkin sehari dua sahaja tapi persediaannya cukup lama dan mencabar.

Cuma satu saja dapat ku pegang sebagai panduan untuk menghadapi Fasa 3 ni. Bertanyakan pada orang2 yang berpengalaman. Katanya, 'Abang dah kahwinkan 3 anak. Tak kiralah besar mana pangkat atau gaji anak yang nak kita kahwinkan ni. Semua kos majlis kenduri, Mak Bapak lah juga kena sediakan.'

June 1, 2011

Bila Maklumat Yang Lebih Dicari Bukan Dasar


Pengalaman pertama bertugas sebagai Perancang Bandar bersama pasukan perunding untuk Pelan Struktur Klang memberi banyak pengajaran. Bertuah rasanya dapat melibatkan diri dari mula hingga akhir penyediaannya. Apatah lagi bekerja dengan perunding asing. Masa tu tak ramai perunding tempatan. Sebagai pegawai muda memang teringin sangat mempelajari teknik dan cara Mat2 Salleh ni buat kerja. 

Pasukan kajian ditempatkan di Tingkat 5 Bangunan SUK Shah Alam antara tahun 1984 dan 1986. Bersebelahan JPBD Selangor. Masalah di sini bila perlu kerja hingga lewat malam. Memang payah bila tiba bab nak makan. Terpaksa keluar ke Seksyen 2 atau 4 Shah Alam. Sampai berkampunglah hingga beberapa minggu kat Bangunan SUK terutama bila time nak sediakan bahan2 pameran dan seranta.

Pelan Struktur Klang antara dokumen perancangan terawal dipamerkan di bawah Akta 172. Dua kali pameran dan seranta. Laporan Pemeriksaan dan Draf Pelan Struktur. Pada masa tu waktu pameran memang meriah. Ramai pemimpin, agensi dan stakeholders datang. Puas juga nak melayan mereka ni. Terutama geng2 parti politik. Perunding2 Mat Salleh dah lama balik ke negara mereka. Kitalah terpaksa menghadapnya.

Feedbacks dari pengunjung2 di kedua dua sesi pameran ni memberi sedikit maklumat yang penting. Rata2 mereka berpendapat Laporan Pemeriksaan lebih berguna. Banyak data dan maklumat di dalamnya. Data penduduk, ekonomi, fizikal dan sebagainya yang terkandung di dalam Laporan Pemeriksaan  amat berguna kepada mereka. 

Yang tak berapa seronok tu, public tak berapa minat kat Draf Pelan Struktur. Katanya penuh dengan teks, penyataan dasar dan sebagainya. 'Tak berapa nak faham' kata mereka. Cuma Gambarajah Utama sahaja yang menarik hati mereka. Sebab ada sedikit maklumat berkaitan zoning. Terutama kepada pemilik tanah dan pemaju. Ulasan2 diterima pun tak banyak. Sesi Bantahan Awam Draf Pelan Struktur pun mudah. Tak banyak karenah.

Sebagai antara Pelan Struktur terawal disediakan di negara ini banyak juga feedbacks boleh digunakan untuk penambahbaikan masa hadapan. Terutama untuk Pelan2 Struktur lain. Cabarannya ialah agar orang ramai baca dan faham dokumen yang penting ini. Terutama bahagian cadangan dan dasar yang akan menentukan corak masa hadapan kawasan dan perbandaran mereka.

May 26, 2011

Konsep 'Walkonomics'


Dua hari lepas sempat menonton sikit siri Wawancara Astro Awani yang antara tetamunya Yg Bhg Dr. Dahlia Rosly. Topiknya berkaitan dengan Sustainable City. Terpaksa berselang seli menonton Berita TV3. Sebab masa siarannya sama. Jadi tak dapat menonton sepenuhnya apa yang dibincang oleh Dr. Dahlia.

Walaupun begitu, antara yang sempat dikutip ialah mengenai 'Walkonomics'. Suhaimi Sulaiman, host rancangan ni ketawa kecil bila mendengar berjalan pun boleh menyumbang ekonomi. Mungkin istilahnya pertama kali didengarnya. Termasuk akulah. Agak menarik. Terus buat search di internet mengenai perkara ni.

Dalam pusat bandaraya tidak dinafikan berjalan kaki adalah cara paling mudah untuk ke mana2 destinasi. Dengan kesesakan jalanraya, masanya lebih panjang dan kos lebih tinggi untuk memandu kenderaan atau menaiki pengangkutan awam. Banyak manaafat kepada ekonomi dengan menggalakkan orang ramai berjalan kaki. 

Contohnya, kajian di luar negara membuktikan nilai hartanah meningkat lebih tinggi di kawasan2 yang menyediakan ruang pejalan kaki yang selesa dan digemari pengunjung atau penduduk. Dikatakan mereka menghabiskan masa di situ  40% ke 50%  lebih lama berbanding pengunjung yang datang dengan kenderaan sendiri atau rel. 

Konsep 'healthy city is walking city' juga menyumbang kepada ekonomi secara keseluruhan. Berjalan adalah senaman paling mudah dan berkesan terutama di kalangan penduduk bandar yang majoritinya kesentukan masa untuk beriadah. Pekerja yang sihat sudah tentu menyumbang produktiviti yang lebih tinggi kepada syarikat atau organisasi.

Tidak dinafikan bukan mudah untuk menggalakkan orangramai berjalan kaki. Banyak cabarannya. Terutama di negara ini yang kerap hujan atau panas. Sememangnya menjadi peranan jururancang bandar untuk merekabentuk ruang2 pejalan kaki yang efektif, selamat dan selesa.

Keberkesanan perlaksanaan konsep 'walkonomics' perlu mendapat sokongan semua yang terlibat. Termasuk pihakberkuasa dan golongan swasta. Kajian2 dan penyelidikan secara khusus berkaitan 'walkonomic' ni untuk membuktikan sumbangan sebenar kepada ekonomi perlu dipergiatkan. Maklumlah, hanya dengan data dan statistik sahaja akan dapat menyakinkan mereka2 yang berkuasa untuk meluluskan  budget perlaksanaan projek2 pembangunan berkaitan.

May 23, 2011

Bila 'Bom Jangka' Meletup Lagi


Terasa amat sedih bila melihat mayat2 anak yatim terkujur dan diusung keluar dari runtuhan bukit. Ia berlaku sekelip mata. Tiada yang dapat menyelamatkan diri. Dari suasana kegembiraan dan riuh rendah  anak2 muda ini membuat persediaan untuk sebuah majlis keraian, tiba2 bertukar menjadi trajedi. Satu lagi kisah hitam  bakal tercatat dalam lipatan sejarah negara.

Petempatan2 dan kediaman di lereng bukit yang curam dikategorikan sebagai kawasan amat berisiko. Dalam istilah teknikalnya, ia di dalam Kelas IV. Sepatutnya tiada pembangunan dibenarkan. Garispanduan dan peraturannya ada dan sudah jelas. Kawasan seperti ini sepatutnya berada di dalam Zon Penampan. Atau ruang pemisah antara kawasan berbukit dan kawasan yang dibenarkan untuk pembangunan.

Berada di dalam zon penampan ini umpama berdiri di atas bom jangka. Bila2 masa boleh meletup dan memusnahkan. Apatah lagi mendiami di atasnya. 'Bom2' ini banyak yang sudah meletup dan mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda. Antaranya, tragedi Highland Tower, Kg. Pasir, Bukit Antarabangsa dan beberapa lagi. 

Kata pakar cerun yang membuat tinjuan awal tragedi di Hulu Langat, banyak lagi 'bom jangka' terdapat di sekitar kawasan ini.  Hujan lebat berterusan dan penerokaan tanah tidak terkawal menjadi penyumbang kepada risiko tanah runtuh. Pemasangan alat pengesan dikatakan antara langkah perlu diambil untuk memberi amaran awal. Yang pasti langkah ini tidak akan mematikan 'bom2' tadi. Risikonya masih ada walaupun mungkin dapat menghindarkan kehilangan nyawa lagi.

May 19, 2011

Terharu Jugak Bila Nama Masih Diingat


Seperti biasa tiap kali ada kelapangan akan balik ke kampung. Menjenguk emak yang masih ada. Dapatlah hilangkan rasa sunyi emak walaupun seketika. Kali ni bermalam di kampung kerana cuti agak panjang.

Bila time nak breakfast mesti keluar untuk mencari juadah pagi. Tak mahu menyusahkan emak. Nak suruh dia rehat. Round2lah di sekitar kampung mencari makan. Kedai dan warung makan memang banyak. Tak ada masalah untuk mencari. Masa nak keluar emak sempat berpesan tentang warung baru ni. Katanya banyak juadah dijual. 

Bila sampai, ramai juga pelanggan di warung tersebut. Macam2 juadah dan kuih dijual. Betullah apa yang dikatakan emak. Tiba2 ada yang menegur. 'Hei Zul, apa kabar, bila balik ?' Terkebil kebil juga dibuatnya. Sebab antara kenal dan tak kenal orang yang menegur tadi. Berkopiah dan berumur sekitar 70an. Terpaksa cover malulah sebab langsung tak ingat nama dia. 'Semalam' jawab ku ringkas sambil menghulur tangan bersalam. Wajahnya memang aku kenal sangat. Tapi dah lebih 30 tahun tak jumpa. Langsung tak ingat nama orang tua ni.

Sampai rumah terus tanya emak. Ceritakan sedikit latarbelakang wajah dan ciri2 fizikal orang tua tadi. Emak kata dia tu imam kampung sebelah. Memang ada bau2 bacang dengan keluarga kami. Bila disebut nama dia baru aku ingat. Hebat juga Pak Imam ni. Ingatannya  masih kuat walaupun dah berusia. Orang lebih muda macam aku langsung tak ingat nama dia. Agak memalukan. Walaubagaimana pun rasa terharu pun ada. Mana kan tidak. Nama kita masih diingat orang. Apatah lagi Pak Imam yang dah lama tak jumpa.

May 10, 2011

Masa Paling Sesuai Untuk Memajukan Tanah Rezab Melayu


Ramai yang teruja bila kerajaan mengumumkan Skim Rumah Pertamaku. (SRPK). Atau dikenali juga sebagai program rumah mampu milik yang berkualiti yang akan dilancarkan oleh PM Julai ini. Terutama anak2 muda yang dah bekerja dan juga keluarga2 muda yang sedang mencari-cari rumah sendiri setelah sekian lama dok menyewa. Harga rumah antara RM100,000 dan RM220,000 ditawarkan dengan pinjaman 100 peratus selama 30 tahun. Kerajaan akan bantu jelaskan deposit 10 peratus kepada bank bagi mereka yang layak. Banyak institusi kewangan telah bersedia menawarkan kemudahan pinjaman untuk skim ini. Kepada pemaju pula, dikatakan kerajaan akan sediakan tanah. Pemaju hanya bina saja. Faktor keuntungan bukan keutamaan. 

Walaubagaimana pun, para pemaju nampak macam berhati-hati  untuk melaksanakan skim ini. Terutama bagi projek yang terletak di kawasan2 utama seperti Lembah Klang. Dengan harga bahan binaan tidak mudah dikawal, risikonya memang ada untuk melaksanakan projek sebegini. Sasaran mereka sudah tentu unit2 kediaman yang lebih mahal. Seunit apartment berkualiti boleh dijual melebihi RM250,000. Sambutannya amat baik. Margin untungnya sudah tentu lebih besar.

Antara penyelesaian munasabah dan berkesan mengenai lokasi untuk SRPK ialah mencari tanah atau kawasan yang lebih murah atau kompetatif.  Pilihan yang ada sudah tentulah Tanah Rezab Melayu (TRM). Banyak TRM yang terletak di lokasi2 strategik di Lembah Klang boleh dimaju atau dimajukan semula untuk SRPK. Contohnya,  sekitar KLIA, kawasan2 pinggir bandar dan juga petempatan2 kampung tradisional sediada di tengah2 pusat bandar. 

Lokasi2 TRM yang berpotensi ditunjukkan dengan jelas dalam dokumen2 perancangan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas yang disediakan oleh pihak JPBD dan pihak berkuasa tempatan. Tindakan2 pro aktif dan berani oleh tuan2 tanah dan pemaju perlu untuk mengambil kesempatan daripada peluang2 yang dihidangkan daripada SRPK  Peruntukan RM568 juta untuk membina 87,300 unit SRPK dalam fasa pertama skim ini bukan sedikit. Inilah masa dan peluang paling baik bagi meningkatkan nilai TRM untuk berada di dalam arus perdana pembangunan.