January 26, 2011

Memahami Bandar DiRaja Kuala Kangsar


Ramai pasti bertanya mengapa sebuah jet fighter jenis McDonnell Douglas A-4 Skyhawk diletakkan di tengah2 Bandar DiRaja Kuala Kangsar ? Apa kaitannya dengan status Bandar DiRaja dengan objek ni ? Ini bukan bandar tentera. Selalunya, bila disebut Bandar DiRaja sudah pasti benda2 berkaitan dengan Kesultanan Melayu lebih ditonjolkan. Seperti istana, galleri, muzium dan mercutanda2 yang lebih sesuai dipersembahkan. Termasuk jugalah ciri-ciri senibina bangunan serta landskapnya lebih mirip ke arah kesenian Melayu. Maka ada yang mula memberi komen atau pandangan secara sinis bila pertama kali berkunjung ke bandar ini. Betapa jet pejuang ni boleh dikatakan 'salah tempat' atau tak sesuai dengan imej Bandar Kuala Kangsar.

Persoalan ini terlerai bila berbincang dengan YDP MPKK. Katanya jet pejuang ni merupakan hadiah yang diterima oleh Sultan Perak pada tahun 2004. Sebagai Sultan, baginda berhasrat untuk berkongsi kegembiraan menerima hadiah ini bersama rakyat dan bandar Kuala Kangsar khususnya. Justru itu, diletakkanlah jet pejuang ni di tempat yang ada sekarang. Di tambah dengan sedikit idea  kreatif YDP membina struktur ala landasan kapalterbang. Nampaklah hebat sikit. Seolah-olah jet tu tengah nak berlepas ke udara.

Apa yang dapat dipelajari di sini ialah pembangunan Bandar DiRaja tidak semestinya terhad kepada ciri2 atau komponen tradisional berkaitan kesultanan Melayu. Ia boleh berupa benda atau objek baru yang berada di sekeliling Sultan. Umpamanya, hadiah2 atau cenderahati yang telah atau akan diterima baginda.  Terpulang pada bagindalah nak di letakkan di mana benda2 tersebut. Ia akan menjadi satu lagi tarikan  baru kepada Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Pasal isu kesesuaian dengan status Bandar Diraja? Jawapannya sudah pasti sesuai kerana asalnya benda ni milik Sultan.

January 22, 2011

Apa Sebenarnya Niat China ?


Ribuan peminat badminton kecewa untuk menyaksikan pertembungan Chong Wei dan Lin Dan di Kejohanan Badminton Super Siri Proton 2011 di Kuala Lumpur. Mereka berdua diramal bertemu di peringkat separuh akhir. Walaubagaimana pun, penarikan diri Lin Dan di saat2 akhir semasa bertemu teman senegara Chen Long menjadi tanda tanya. Dia dilaporkan sakit perut. Tak mampu nak bermain. 

Ramai yang tak berpuas hati dengan Lin Dan. Termasuklah jagoh Indonesia Taufik Hidayat. Dah tiga kali buat perangai begini bila bertemu rakan senegara. Hinggakan Taufik mencadangkan Lin Dan perlu dihukum oleh BWF.

Jika diteliti tingkah laku pasukan China ni, mungkin ada niat yang tersirat. Chen Long  sudah tentu lebih bersedia dan bertenaga ke separuh akhir selepas menang percuma di peringkat suku akhir. Tambahan pula, beliau masih muda. Tahap staminanya pasti tip top. Lagi pun Lin Dan dah banyak kali menang dengan Chong Wei. Nak bagi peluang pemain lain pulaklah. Mungkin nak malukan Chong Wei andaikata beliau dapat ditumbangkan di hadapan penonton sendiri.

Yang nyatanya, pemain muda China ini tewas mudah kepada Chong Wei di peringkat separuh akhir. Dia jelas bukan lawan Chong Wei. Kalah straight set. Tenggelam dalam sorakan penonton Malaysia. Yang untungnya Chong Wei. Kalau menang dengan Taufik Hidayat dapat USD30,000 sebagai habuan. Pasukan single  lelaki China balik tangan kosong.

January 20, 2011

Ibu Bapa Kena Ada Facebook



Cuba tanyakah pada 10 remaja. Adakah mereka mempunyai akaun facebook ? Jawapannya sudah pasti hampir semua memilikinya. Ia saluran rangkaian sosial maya paling top masakini. Di sinilah mereka bertemu kawan2 dan kenalan baru, berchit-chat dan sebagainya. Aktiviti, perasaan gembira dan duka mereka diluahkan di sini hampir setiap saat dalam sehari.

Walaupun ada isu tentang buruk baik facebook ini, tapi yang nyata ia telah menjadi satu fenomena dan cara hidup masyarakat masakini. Sebagai ibu bapa, rasanya salah satu cara untuk memahami hati anak2 ialah melalui facebook. Dengan siapa mereka berkawan. Apa topik yang mereka selalu bincangkan. Malah masalah dan kesulitan yang mereka hadapi dapat dikesan dengan cepat. Walaupun kadang2 tanpa disedari mereka.

Tujuannya bukan nak menceroboh privacy mereka. Niat ibu bapa sentiasa yang terbaik untuk anak2. Kita cuma mahu 'memantau' dan mengesan kalau2 ada perkara2 yang tidak baik terbibit dari aktiviti facebook mereka. Lagi cepat dikesan lagi baik. Bawa berbincang dengan anak2. Malah anak2 akan jadi lebih close dengan ibu bapa dengan berfacebook. Terutama mereka yang duduk berjauhan.

January 18, 2011

Bila Yang Berjiwa Sentimental Menjadi Militan


Kebetulan berpeluang menonton siri History di Astro semalam mengisahkan tentang kumpulan Al-Maunnah. Peristiwa yang menggemparkan seluruh negara pada bulan Julai 2000. Hanya bermula dengan kumpulan persilatan, dah perasan kuat. Nak gulingkan kerajaan dengan cara kekerasan. Ketuanya Sheikh Amin yang kononnya mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Didakwa boleh berjalan atas air dan kebal telah mempersona dan menawan hati pengikut2nya. Bawa pengikut bersembunyi di Bukit Jenalik dan menangkap dua anggota polis sebagai tawanan. Sanggup bunuh salah seorang tawanan dan anggota komando.

Dalam suasana penuh cemas ni pun ada terselit peristiwa yang agak melucukan. Salah satu cara  anggota keselamatan untuk memujuk kumpulan militan ni ialah dengan mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Irama dan lirik lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' yang mendayu dayu berjaya mencairkan beberapa orang pengikut al Maunnah. Termasuk tukang masak mereka. Ini ditambah dengan pujuk rayu dari ahli keluarga dan anak2 melalui pembesar suara menghala ke Bukit Jenalik. Taklah sekeras mana hati anggota militan ni.

Kes ni berlaku selama 4 hari. Akhirnya semuanya berjaya dipujuk dan ditawan. Kebanyakannya terkeliru dengan misi kumpulan mereka. Mudah terpesona dengan skil dan kelentong Sheikh Amin. Akibatnya ada yang dihukum gantung dan dipenjara. Yang lain, taubat tak nak buat lagi.

January 15, 2011

Bila DO Pun Turun Menoreh


Nak tergelak pun ada bila menonton Berita TV3 tengahari tadi. Memang semua orang tau harga getah tengah melambong sekarang. Banyak faktor yang menyumbang. Antaranya termasuklah kepesatan pertumbuhan sektor industri automotif di China. Maka banyaklah permintaan untuk getah. Bahan mentah ni diperlukan terutamanya untuk buat tayar kenderaan.

Dikatakan harga getah skrap telah mencapai antara RM14 dan RM16 sekilo. Penoreh sekarang mampu memperolehi pendapatan hingga RM500 sehari. Wah, memang lumayan. Kalau menoreh sebulan boleh dapat sekitar RM15,000 tu. Tak hairanlah dilaporkan seorang bekas District Officer (DO) di Pahang pun turut sama turun menoreh untuk mengambil kesempatan hasil dari harga getah sekarang. Beliau dikatakan sama2 turun menoreh waktu awal pagi dan petang.

Siapa yang ada kebun getah sekarang boleh tersenyum lebar. Dapat durian runtuhlah katakan. Walaupun, penganalisis pasaran mengatakan harga getah yang tinggi ni hanya sementara. Tapi yang penting peluang sebegini tak datang selalu. Mereka yang rajin dan bertuah sahaja berkesempatan menikmatinya. Mungkin kerja menoreh hanya beberapa bulan tapi boleh makan setahun. Barulah kelas jadi pekebun getah.

January 14, 2011

Orang Lelaki Kena Ada Ijazah


Bila tamat aje pengajian diploma terus apply kerja. Tak nak membebankan mak bapak lagi dan untuk bantu keluarga. Cari duit sendiri. Tahun 1981 ekonomi negara tengah baik. Macam2 offer dapat. JPBD, UDA dan PKNS semua nak pakai Pembantu Teknik. Akhirnya pilih kerja kat UDA. Tapi lepas enam bulan kerja, tukar pergi PKNS. Maklumlah, dapat kerja senang masa tu. Lagi pun darah muda. Bila problem sikit. Merajuk. Cari kerja tempat lain.

Di PKNS bosnya Mr. Michael Chong. Susah nak tengok dia senyum. Semua staff gerun kat dia. Plannernya Puan Norzila. Senior aku masa kat ITM. Bila dah kerja beberapa bulan, mula rasa boring. Asyik kerja  dan rutin yang sama tiap2 hari. Planner bagi kerja kat kita. Kita pulak pass kat technicians. Macam posmen atau orang tengah. Kadang2 kena belasah kiri kanan. Juruteknik2 ni semua orang lama. Adalah ego masing2.

Satu hari Puan Norzila panggil aku ke biliknya. Sembang2 biasa. Tiba2 ditanya kat aku tentang perancangan masa depan. 'Tak nak sambung belajar ke ?' 'Memang teringin' kata ku. 'Cuma tak nak membebankan keluarga lagi.' Nasihat Puan Norzila simple aje, 'Orang lelaki ni sekurang kurangnya kena ada ijazah. Baru terjamin masa hadapan.' 'Berkorban dua tahun aje lagi.' sambungnya.

Walaupun perbualan kami ringkas, tapi ia cukup terkesan di hati. Lepas aje enam bulan bekerja kat PKNS, aku sambung belajar. Walaupun arwah Abah nampak tak berapa ceria bila ku maklumkan perkara ini. Tapi akhirnya dia merestui setelah berbincang panjang.

January 12, 2011

34 Tahun Yang Lalu


Memang ramai insan2 dalam foto di atas yang aku tak ingat namanya lagi. Daripada 42 orang kawan sekelas hanya beberapa nama boleh diingat. Yahya, Jamil, Omar, Md Noor, Sani, Khalil, Sufian, Adnan, Razak, Zainal, Razali, Lan, Isa dan Peter. Yang lain2 memang lupa dah. Ia menjadi kesilapan ku selama ni kerana tak pernah cuba berhubung atau mencari mereka selepas habis Form 5 pada tahun 1977. Walhal kami semua memang rapat sepanjang belajar di Gajah Berang Secondary English School (GBS) Melaka selama 5 tahun.

Walaubagaimana pun, sejak menyenjak berfacebook ni, dengan izin Allah s.w.t usaha mencari kawan2 sekolah akhirnya berjaya. Sebelum ni beberapa nama ada aku cuba search tapi tak berhasil. Cuba nama Yahya rupanya ada dalam facebook. Yahya dan kawan2 memang mencari aku dan yang lain2 selama ni. Tapi tak ada rezeki. Kebetulan mereka nak adakan GBS Old Boys Dinner bulan ni. Kata Yahya dah 30 orang berjaya ditemui. Aku kira yang terbaru. Mereka selama ni sentiasa berhubung dan kadangkala berkumpul untuk merapatkan semula hubungan.

InsyaAllah pada 21 Januari ni kami akan berjumpa. Ada juga yang dah maklumkan tak dapat hadir. Tapi tak apa yang penting contact no dan e mail  rakan2 sekolah GBS 1977 dah ada pada Yahya. Semoga perjumpaan ini nanti dapat mengimbau nostalgia GBS 1977 selain merapatkan semula siratulrahim antara kami.

January 11, 2011

Sedikit Pengajaran Dari Education Fair


Berpuluh puluh risalah yang dibawa balik anak ku daripada kunjungannya ke Education Fair di KLCC tempoh hari membuka mata betapa luas peluang yang ada untuk melanjutkan pelajaran samada dalam maupun luar negara. Pengunjung dikatakan kebanyakan terdiri daripada lepasan SPM yang  sedang menunggu keputusan peperiksaan.

Banyak peluang 'fast track' disediakan oleh universiti2 yang menawarkan pengajian. Tak payah tunggu keputusan SPM. Memadai dengan keputusan Trial Exams. Bayar saja antara RM10,000 dan RM12,000 dah boleh masuk untuk mengikuti pengajian A level atau foundation. Pendaftaran dibuka untuk bulan Januari dan Julai. Bila result SPM keluar dan okey, dah boleh mohon biasiswa dan terus ke luar negara atau dalam negeri untuk meneruskan peringkat ijazah.

Kata anak ku majoriti pelajar yang dah daftar untuk pengajian bulan Januari ni ialah budak Cina. 'Orang kita rasanya tak perasan pulak' katanya. Mungkin ada tapi tak ramai. Selain mampu dari segi kewangan, mereka juga nampak kelebihan mengikut program fast track ini. Kalau ikut procedure biasa memang agak terkebelakang. Tambahan pula, kerajaan dikatakan akan mempraktikkan sesi kemasukan seragam iaitu pada bulan September mulai tahun ni. Lagilah tertinggal.

Rasanya kos pengajian agak berpatutan untuk mengikuti program fast track ni. Yuran pengajian, asrama, duit buku, wang saku dsbnya untuk peringkat Foundation mungkin sekitar RM15,000 ke RM20,000. Dibandingkan kelebihannya, agak berbaloi kalau melabur untuk pendidikan anak2. Tapi yang jelas kebanyakan kita tak 'bersedia' untuk mengambil kesempatan ini.

January 4, 2011

Tak Pernah Tolak Kalau Nasi Arab


Memang menjadi tabiat anak2 sekarang sukakan fast foods. Kalau keluar sekeluarga pada hujung minggu, pasti restoran seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut dan seumpamanya menjadi pilihan mereka bila ditanya. Tak mainlah restoran mamak atau restoran Melayu. Kadang2 nak juga try restoran biasa. Tapi kalau undi, tak pernah berjaya.

Bila jiran sebelah recommend nasi arab kat Cyberjaya, cubalah bawa anak2 ke sana. Payah juga nak cari Restoran Saba' ni pada mulanya. Berpusing pusing beberapa kali baru jumpa. Memang ramai orang di restoran masa sampai. Meja penuh. Orang Arab dan rakyat Malaysia sama ramai. Lama juga menunggu baru dapat meja.

Menu pertama yang di order ialah nasi Arab berlauk ayam dan kambing. Perrrggh, memang sedap. Nasinya pun sudah cukup. Lembut dan wangi. Tak payah lauk2 lain. Anak2 pun tak kata apa2. Fokus menikmati  kelazatan nasi arab. Sejak hari tu, pantang  pelawa nasi Arab tak pernah ada bantahan dari mereka. Begitulah powernya nasi arab Restoran Saba'@Cyberjaya. Taukehnya, Sulaiman Hamid bekas graduan UIA rakyat Yaman. Semua bahan mentah dan rempah ratus dan chef di bawa dari sana. Hampir 50 menu Timur Tengah disediakan di restoran ini.

January 2, 2011

Hanya 4 Unit Milik Melayu


Tahun baru 2011 ni dimulakan dengan majlis meminang orang Penang untuk anak saudara. Dengan empat kereta berkonvoi dari Serdang bertolak selepas solat subuh. Cuaca 1 Januari 2011 ke Pulau Pinang amat nyaman dan redup sepanjang perjalanan. Kenderaan pun tak banyak. Lebihkurang pukul 12 tengahari sampai ke destinasi iaitu Vistaria Condominium di Sungai Ara.

Dipendekkan cerita, majlis pertunangan berjalan lancar. Dengan persetujuan kedua pihak, terikatlah perjanjian dan hubungan dua keluarga bila cincin disarungkan ke jari manis anak gadis yang telah disunting. InsyaAllah 11.11.2011 nanti kedua insan ini akan diijabkabulkan.

Sambil berbual dengan tuan rumah, sempat bertanyakan sedikit sebanyak mengenai Vistaria Kondominium. Dua blok kondominium 11 tingkat ni mempunyai 250 unit kediaman. Siap pada tahun 2004 dan dijual sekitar RM130,000 seunit. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Dilengkapi pelbagai kemudahan seperti  kawalan keselamatan, dewan, kolam renang, ginasium dan padang permainan.

Kata tuan rumah sekarang nilai rumah di sini naik mendadak antara RM250,000 ke RM350,000. Satu peningkatan nilai yang amat baik terutama bagi  pelabur hartanah atau spekulator. Tapi yang tak sedap didengar, cuma empat unit Vistaria Kondominium ni dimiliki orang Melayu. Dengan nilai sekarang sudah tentu ia bertambah jauh dari jangkauan mereka untuk memilikinya. Silap haribulan, pemilik sediada pun bakal tergoda dengan nilai yang meningkat untuk menjualnya. Begitulah sedikit sebanyak gambaran dan senario  kurang menyenangkan mengenai pemilikan hartanah di Pulau Pinang di kalangan orang Melayu khususnya kediaman kondominium.