January 22, 2011

Apa Sebenarnya Niat China ?


Ribuan peminat badminton kecewa untuk menyaksikan pertembungan Chong Wei dan Lin Dan di Kejohanan Badminton Super Siri Proton 2011 di Kuala Lumpur. Mereka berdua diramal bertemu di peringkat separuh akhir. Walaubagaimana pun, penarikan diri Lin Dan di saat2 akhir semasa bertemu teman senegara Chen Long menjadi tanda tanya. Dia dilaporkan sakit perut. Tak mampu nak bermain. 

Ramai yang tak berpuas hati dengan Lin Dan. Termasuklah jagoh Indonesia Taufik Hidayat. Dah tiga kali buat perangai begini bila bertemu rakan senegara. Hinggakan Taufik mencadangkan Lin Dan perlu dihukum oleh BWF.

Jika diteliti tingkah laku pasukan China ni, mungkin ada niat yang tersirat. Chen Long  sudah tentu lebih bersedia dan bertenaga ke separuh akhir selepas menang percuma di peringkat suku akhir. Tambahan pula, beliau masih muda. Tahap staminanya pasti tip top. Lagi pun Lin Dan dah banyak kali menang dengan Chong Wei. Nak bagi peluang pemain lain pulaklah. Mungkin nak malukan Chong Wei andaikata beliau dapat ditumbangkan di hadapan penonton sendiri.

Yang nyatanya, pemain muda China ini tewas mudah kepada Chong Wei di peringkat separuh akhir. Dia jelas bukan lawan Chong Wei. Kalah straight set. Tenggelam dalam sorakan penonton Malaysia. Yang untungnya Chong Wei. Kalau menang dengan Taufik Hidayat dapat USD30,000 sebagai habuan. Pasukan single  lelaki China balik tangan kosong.

No comments: