May 2, 2013

Sedikit Tip Bila Pilih Teksi Di Jakarta



Sebelum ni bila ke Jakarta selalu ambil pakej ground sekali. Mudah bergerak. Bila sampai di airport dah ada yang tunggu. Rasa lebih selamat. Maklumlah kat negara orang.Tak kisahlah keluar modal lebih sikit. Janji selesa. 

Trip kali ni cuba nak jimat sikit. Buat keputusan ambil teksi sajalah untuk bergerak ke sana sini. Lagi pun bukan nak melancong. Nak cari dan survey barang2 je. Bila sampai di airport, terus ke kaunter teksi. Tak silap ada lima kaunter berlainan syarikat. Yang hairan tu, cuma satu kuanter ni yang orang beratur panjang. Yang lainnya, sepi. Kosong. Tanyakan isteri ku, mengapa jadi macam ni. 'Pesan kawan2 yang lain tu tak boleh percaya.' jawabnya ringkas. Walhal kaunter yang ramai orang ni menyediakan Mercerdes Benz dan Toyota Camry je. Tentulah mahal. Kami pilih yang murah sikitlah untuk ke hotel.

Esok paginya tak ada pilihan. Terpaksa ambil teksi warna kuning untuk ke destinasi kami. Cuma teksi jenis  Toyota Sedan ni je yang ada di hotel. Teksi pakai meter. Lebihkurang 30 minit sampai. Kat meter tercatit 375,000 rupiah Lebihkurang RM116.00. Mahal tu. Jaraknya bukanlah jauh sangat. Yang lebih teruk tu, driver teksi tu tak nak pulangkan baki tambang. Mohon sedekah kat dia pulak. Macam2 ragam depa ni.

Bila habis urusan, carilah teksi untuk balik ke hotel. Nampak orang ramai beratur sedang menunggu. Kami pun join. Dalam 20 minit tibalah giliran kami. Alamak teksi Mercerdes Benz. Warna hitam. Milik syarikat kat airport hari tu. 'Naik aje lah.' sama2 buat keputusan. 'Sejuta lebih le tambang ni kang.' bisik isteri ku. Berdegup-degup jantung bila tengok meter teksi ni asyik menambah angka. Lebihkurang 30 minit sampai kat hotel. 'Ok Bapak, tambangnya 115,000 Rupiah.' kata supir tu. Seperti tercatit di meter. Tak sampai RM40.00 ?. ' Biar betul.' Cepat2 aku bayar dan turun dari teksi. 'Betul ke dia kira ?' tanya isteri ku. 'Betullah kot.'  jawab ku ringkas.

Ternyata pesan kawan2 di Malaysia mengenai teksi di Jakarta, betul. Sedikit pengalaman ini mengesahkannya. Hanya teksi dari syarikat Golden Bird yang boleh dipercayai. Perkhidmatannya amat baik dan profesional. Jenis teksinya pun kelas. Patutlah kaunter lain2 teksi tu kosong je di airport. Dah ramai yang kena. Termasuk kami berdualah.