April 3, 2014

Trip ke Busan & Jeju : 'The Women Diver'




Kalau ke Pulau Jeju cari peluang untuk melihat sendiri golongan ini. Haenyeo atau Wanita Laut atau 'Women Diver'. Kami bernasib baik dapat bertemu mereka sedang beraksi. Mencari sumber makanan laut seperti siput, kerang dan sebagainya.

Sungguh mengkagumkan. Rata2 mereka ini berumur antara 50 dan 60an. Ada yang dah mencecah 80 tahun. Badan pun dah membongkok. Masih mampu menyelam ke dasar laut dalam suhu yang sejuk. Pada masa kami sampai suhu tepi pantai lebihkurang 7 darjah Celcius. Dalam air pasti lebih sejuk. 

Mereka menyelam tanpa memakai alat pernafasan. Perlu mengikat badan dengan ketulan timah seberat 7.5 kg. untuk memudahkan menyelam. Dimaklumkan mereka menyelam sampai 4 jam di dasar laut. Ada yang boleh menyelam sampai 20 meter ke dasar laut dan menahan nafas hingga 2 minit.

Dengan umurnya yang lanjut ada yang dah tak mampu mengangkat raga yang penuh dengan hasil.  Mengheret sahaja perlahan-lahan ke daratan. Kami pun sempat membantu mengangkatnya. Kesian pulak tengokkan mereka ni.

Hasil laut Jeju pernah menjadi salah-satu sumber ekonomi Korea. Peranan 'Women Diver' tidak dinafikan amat besar. Mereka menjadi ketua keluarga untuk mencari nafkah. Golongan suami tinggal di rumah menjaga anak2. Sebahagian besar telah berusaha sejak berumur belasan tahun lagi.

Nasib masa hadapan profesion ini tidak jelas. Jumlah 'Women Diver' merosot secara mendadak. Hanya tinggal kurang daripada 5,000 orang pada masa kini. Berbanding lebih 30,000 pada tahun 1950an. Golongan remaja tidak berminat. Kerja di pejabat yang berhawa dingin lebih selesa. Biasalah tu. Sama di mana2.