Showing posts with label Kampus Ku. Show all posts
Showing posts with label Kampus Ku. Show all posts

December 28, 2010

TRP Intake 77/78


Bila direnung kembali foto2 semasa mula menuntut di ITM tahun 1978, banyak kisah2 nostalgia masa zaman bergelar siswa dan siswi Memang banyak. Boleh dijadikan berjilid-jilid buku kalau nak diceritakan. Yang seronok, yang sedih. yang kelakar dan sebagainya. Cuma melalui foto2 lama ni saja segala kenangan dengan mudah dapat diimbau semula.

Ramai kawan2 dalam foto di atas sudah lebih 30 tahun tak bersua. Putus hubungn. Dah tak tau di mana mereka sekarang. Kadang2 nama pun dah tak ingat. Yang lelaki mungkin dah banyak berubah fizikalnya. Rambut dah kurang, banyak putih dari yang hitam dan mungkin perut dah maju ke depan.

Yang perempuan lagi susah nak dicamkan kalau berjumpa sekarang. Rasanya ramai yang dah bertudung. Maklumlah, zaman ITM dulu yang pakai tudung boleh dikira dengan jari. Seingat aku cuma Jamilah yang pakai dan seorang lagi budak Cert. Tak ingat namanya. Yang lain2 masih bergaya dengan pelbagai fesyen rambut zaman 70an lah. Yang kerinting, ikal mayang, lurus, pendek dan macam2 lagi. Cuma zaman tu perwarna rambut belum keluar atau popular kot.

Kini Alhamdullilah, ramai kawan2 perempuan yang terjumpa sudah bertudung. Tak dinafikan mereka lebih nampak anggun dan berseri dalam keadaan begitu.

July 10, 2010

Pemain Import Tu Perlu



Team bolasepak TRP memang digeruni lawan. Mana tak nya, dengan FAM masih terkial-kial nak decide. kami dah lama mengunakan pemain import. Dengan 'modal' yang cukup, pemain dari England menjadi pemain import pertama dalam Liga Bolasepak KSPU ITM 1980. Cuma masalahnya, lupa pulak nama dia. Maklumlah pasukan ni dah 30 tahun yang lalu. Untuk tujuan blog ni, pemain import tu dipanggil Si Paul ajelah. Sempena nama sotong yang hebat tu.

Sumbangan Mat Salleh ni amat besar dalam team. Ketinggiannya dieksploit sepenuhnya. Dengan team yang mantap, pasukan kami sampai ke semi final. Cuma kalah tipis dengan QS di semi. Kira2 macam Germanlah. Kurang bernasib.baik aje.

Team TRP dibarisi pensyarah dan pelajar. En. Ghani Salleh, En. Zamri, 'Mr. Paul' dan En. Kamaruddin merupakan pensyarah yang aktif dalam bolasepak. Ihsan dilantik kapten pasukan. Pemain2 lain antaranya termasuklah : Rahman Hamzah, Haji Ramli, Halim Abu, Moxni, Johari, Zul Hasim, Ariff, Ibrahim Katop, Chiq dan Khairuddin.

Jatuh Sakit Selepas Daki Gua Musang




Masa di tahun 2 aku memilih jalani praktikal di Kesedar, Kota Bharu Kelantan bersama Anuar Muda. Anuar budak Kelantan. Dialah yang tolong uruskan segala keperluan seperti bilik sewa dan transport di Kelantan. 

Kesedar baru nak mula rancang pembangunan Wilayah Kelantan Selatan selepas BN ambilalih kerajaan Kelantan dari PAS. Memang loaded agensi ni. Maklumlah, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkuasa. Kami berdua ditempatkan di Unit Rancangan Khas Kesedar di Bangunan Lembaga Tabung Haji. Ketua unit En. Zaharuddin Alias.

Baru praktikal beberapa hari, kami disuruh ikut En. Zaharuddin pergi site visit ke Gua Musang. Pada awal tahun 1980an, jalanraya belum ada lagi dari Kota Bharu ke Gua Musang. Sampai Kuala Krai je. Yang ada jalan keretapi. Perjalanan memang memenatkan dan mencabar. Lepas naik keretapi, naik land rover ikut jalan balak. Turun naik bukit bukau dan jalan tanah merah yang tak rata. Silapnya aku, sebelum pergi tak ambil breakfast. Perut tengah kosong. Land rover tu kadang2 melambung bila termasuk lubang. Hampir 2 ke 3 jam begitu. Sampai Pekan Gua Musang cuma dapat rihat sekejap terus daki Bukit Gua Musang. Dalam sejam sampailah ke puncaknya.

Lepas balik dari site visit tu, badan mula rasa lain macam. Selera makan kurang. nak buang air besar payah. Sampai naik pitam dalam toilet. Atas nasihat doktor aku pun ambil cuti dan balik Melaka. Berubatlah kat kampung. Pergi berurut satu badan. Kira macam overhaul lah. Dua minggu cuti. Mak cik yang mengurut aku tu kata tak ada apa2. Cuma badan tu macam bentan dan terlalu letih. Alhamdulillah, selepas berurut 3 kali dan minum ubat akar kayu yang diberinya, badan rasa segar semula. Boleh sambung praktikal balik di Kesedar selama 5 bulan.

July 8, 2010

Berkampung Di Studio Projek















Pengalaman rushing untuk submission projek assignment yang pertama memang menyeronokkan. Masa tu menuntut di ITM dalam semester pertama intake 1977/1978. Sungguh meriah. Tak tidur langsung. Dua tiga hari tak balik asrama. Dengan roomates pun tak sempat nak sembang. Studio terang sampai pagi. Abang2 dan kakak2 senior pun turut menyibuk. Ada yang ambil kesempatan mengurat. Kadang2 naik bengang tengok abang2 sampai lebih2 menolong. Macam projek dia pulak. Tapi, tak kurang juga yang ikhlas beri semangat dan tunjuk ajar pada pelajar2 junior terutama yang nampak panik dan blur.

Semua penuntut fokus dan kerja keras untuk memastikan kualiti kerja yang tinggi dicapai. Maklumlah, credit hours untuk projek studio memang tinggi. Tak lulus makna kemas beg balik kampunglah jawabnya. Bila pagi tiba, nak mandi kena cepat2 balik asrama kat rumah teres Seksyen 2. Punyalah jauh. Terpaksa jalan kaki turun naik bukit ITM memang memenatkan dan mencabar fizikal dan minda. Masa tu mana mampu nak beli motor. Sampai kat studio dah berpeluh. Kesan harum perfume pun kuranglah sikit.

Tiba masa yang ditetapkan pensyarah pun sampai. Sesi presentation pun bermula. Kadang2 beberapa pelajar senior yang terpilih dijemput oleh pensyarah untuk menghadiri sesi presentation. Berasaplah kepala dan telinga nak menjawab pelbagai soalan dari mereka.

Bila semuanya beres dan ok, balik asrama pakat lawan tido lah semua. Kadang2 berhari-hari tak masuk studio. Tulah sebabnya majority pelajar lelaki TRP susah nak bergirlfriend. Bukan tak handsome cuma tak ada masa. Dok kat studio aje. Mana makwe tak boring. Akhirnya cabutlah dia. Melepaslah lagi......