April 27, 2011

Keutuhan Perpaduan Senipis Kulit Bawang ?


Sempat bersembang dengan seorang kenalan, pegawai PDRM di Melaka tempoh hari. Selain dari topik2 biasa, tanyakan juga tentang tahap kes2 jenayah. 'Agak membanggakan' katanya. Kadar jenayah menurun untuk ke arah mencapai tahap Bandaraya Selamat. Cuma kes2 juvana aje nampak masih menunjukkan tren meningkat. Budak2 sekarang ni memang payah nak dikawal. 'Kreatif dan berani' katanya.

Tanpa ditanya, dia nampak agak gusar bila bercakap topik perpaduan kaum. 'Cuma kat Malaysia ni, perpaduan kaum umpama kulit bawang. Terlalu nipis' sambungnya. Seperti diketahui sejak merdeka hanya sekali timbul masalah. Selepas 40 tahun lebih berlaku, ia nampak menjadi ancaman semula. Semuanya karenah politik. Polis sudah tentu tahu segala keadaan dan perinciannya.

Komen kawan ni menggusarkan juga. Melihat daripada senario semasa, memang tak dapat dinafikan ancaman tu masih ada. Masing2 dah mula menegak dan mempertahankan hak kaum sendiri. Cabar mencabar, tuduh menuduh mula berlaku. Nampaknya macam dah lupa kesan2 peristiwa hitam yang lalu. Hati rakyat mudah dibakar. 'People has a short memory'.

Semoga Allah s.w.t  melindungi negara Malaysia yang tercinta ini. Dipelihara dari segala malapetaka yang memusnahkan. Aminnn.

April 25, 2011

Sumbangan Warga Emas


Sesetengah kawasan atau daerah mempunyai agak ramai penduduknya terdiri daripada warga emas. Terutamanya kawasan2 kurang membangun atau desa. Disebabkan lokasinya yang agak 'terkeluar' daripada koridor atau wilayah pertumbuhan utama nasional. Ramai golongan mudanya berhijrah keluar atas faktor ekonomi. Cuma orang2 yang berusia aje tinggal. Ada juga yang telah bekerja di bandar2 besar memilih untuk bersara di kampung. Maka bertambah ramailah warga emas.

Dari sudut ekonomi, warga emas dikategorikan sebagai kumpulan tidak aktif. Tidak lagi dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Ia meningkatkan angka nisbah tanggungan sesuatu kawasan. Lagi tinggi nisbah tanggungan maknanya lagi 'membebankanlah' ekonomi kawasan tersebut. 

Walaubagaimana pun, kalau diteliti betul2 masih banyak lagi  jasa warga emas ni walaupun tidak secara langsung. Yang paling jelas ialah melalui aktiviti ziarah oleh anak cucu.  Contohnya, setiap pasang warga emas yang mempunyai 5 anak mampu 'menarik' lebihkurang 30 ke 50 orang (termasuk menantu dan cucu2) balik menziarahnya. Terutama waktu musim perayaan dan cuti panjang. Sekiranya sesebuah kawasan itu mempunyai 5,000 pasang warga emas ? Tidakkah antara 150,000 ke 250,000 orang pulang ke kampung untuk menziarah mereka. Tu yang buatkan berlaku traffic jam kat kampung bila Hari raya atau musim2 perayaan yang lain.

Jumlah yang besar 'penduduk sementara' atau 'floating population' ni memberi sumbangan bermakna kepada ekonomi setempat atau kampung. Permintaan barangan dan perkhidmatan  melonjak tinggi berbanding masa biasa. Kiraan mudah (RM10/seorang/sehari), antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta  jumlah sehari dibelanjakan mereka yang menziarah ibu bapa di kampung. Mungkin lebih dari itu. Waktu seperti nilah peniaga2 di pekan2 kecil buat duit. Walaupun ia berlaku singkat dan bermusim. Tapi pulangan mungkin cukup untuk dinikmati beberapa bulan. Penghargaan sudah tentu kepada warga emas. Tanpa golongan 'crowd puller' ni, para peniaga di kampung tak kan mampu tersenyum bila musim perayaan dan cuti panjang.

April 24, 2011

600,000 Telah Menyusuri Sungai Melaka


Apabila bercakap mengenai 'river cruise' sebagai produk pelancong, tak usahlah kita pergi jauh2. Melaka telah membuktikan kejayaan yang membanggakan. Dari hanya lebihkurang 3,200 pengunjung  dengan 2 boat pada masa ia dimulakan pada tahun 2006, 'Melaka River Cruise' telah berjaya menarik lebih dari 600,000 pengunjung dengan 40 boat pada tahun 2010. Produk pelancongan ini telah menjadi seolah-olah destinasi wajib kepada setiap pengunjung ke Melaka.

April 22, 2011

Nikmatnya Hari Jumaat


Dalam Islam, Jumaat tu dikatakan Penghulu segala hari. Banyak kelebihan dan keistimewaan hari ini. Bagi masyarakat umum sekarang, hari istimewa ni hanya lebih dikaitkan dengan solat Jumaat. Solat berjemaah sekali seminggu yang mewajibkan umat Islam datang ke masjid. Lain-lain hari selain hari raya, mungkin tak ramai sempat solat berjemaah di masjid dengan pelbagai halangan dan alasan masing2.

Bila bekerja sendiri ni, masa lebih fleksible. Kalau tak ada meeting atau out station, relak sajelah kat rumah. Office pun kat rumah. Boleh dikatakan ala2 SOHOlah. Yang seronoknya, bila kelapangan ni berlaku pada hari Jumaat. Sempatlah buat amalan2 sunat sebelum ke masjid. Bertrim janggut, potong kuku, bersugi dan mandi yang semuanya diniatkan sebagai amalan sunat. Ambil wuduk pun kat rumah sebelum ke masjid. Maklumlah nak berkunjung ke rumah Yang Maha Esa. Persiapan perlu  dibuat sebaik mungkin. Tak dinafikan ketenangan yang dirasa tak dapat diungkap dengan kata2 sepanjang perjalanan ke Rumah Allah swt untuk menunaikan solat Jumaat. Apatah lagi dapat sampai awal ke masjid dan menunaikan amalan2 sunat yang dituntut sebelum masuk waktu.

Patutlah masa lalu hari Jumaat merupakan hari cuti. Ia bertujuan untuk umat Islam khususnya orang lelaki dapat menyiapkan diri sebaik mungkin sebelum ke masjid. Taklah  seperti sekarang. Kerap berada di dalam keadaan tergesa-gesa  kerana kesibukan kerja. Sekarang ni hanya beberapa negeri saja yang masih mempraktikan Jumaat sebagai hari cuti. Jadi ramai yang tidak berkesempatan menikmati kebesaran dan kemanisan hari yang istimewa ini. Wallahualam.

April 15, 2011

Cabaran Bermula


Nampaknya penduduk Desa Bestari dah mula tersenyum lebar bila papan tanda surau dah terpacak di atas tapak yang dicadangkan. Papan tanda ni pun hasil sumbangan sebuah syarikat binaan. Secara beransur-ansur, dah lebih dua tahun Fasa 1 dan 2 taman perumahan ni dihuni penduduknya. Lebihkurang 100 unit rumah sudah didiami. Maka keperluan sebuah surau tu mula ditagih. Sampai ada yang memberi cabaran sinis kepada Jawatakuasa Pembinaan Surau, 'Kami nak sembahyang tarawih kat surau tahun ni !!'.

Bina surau sekarang ni bukan mudah. Macam2 peraturan dan syarat perlu dipatuhi. Mula2 kena buat pelan bangunan. Semuanya kena cari orang yang sanggup buat secara sukarela. Alhamdulillah, dah ada juruteknik yang buatkan. Lepas tu nak cari akitek tolong endorsekan. Tu pun dah ada yang bersetuju. JAIS pulak dah  berikan checklist panjang sebelum pembinaan surau diberi sokongan. Kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan, sokongan Nazir, Penghulu, PAID, Wakil Rakyat dan sebagainya. Lepas tu yang paling mencabar, cari danalah.

Lebihkurang empat bulan lagi nak masuk Ramadhan. Nampaknya tak tercapai hajat jemaah kita tu.  Yang  penting usaha murni ni perlu diteruskan dengan sabar dan bersungguh-sungguh. Walaupun dibuat secara sukarela, semuga dipermudahkan Nya semua urusan. Amin.

April 12, 2011

Boleh Dapat RM1,000 Untuk Satu Idea


Beberapa hari lalu, pertama kali berpeluang bertandang ke rumah salah seorang jiran di Desa Bestari.  Walhal, dah agak lama kenal. Asyik lambai tangan dari jauh dan kadangkala jumpa di majlis2 bacaan Yaasin dan tahlil aje.  Tak sempat nak bersembang panjang. Jiran ni bertugas di ICU Pejabat Perdana Menteri Putrajaya. 

Dalam dok bersembang, tiba2 dia macam teringat untuk menyampaikan berita yang agak menarik ni. Katanya, 'Ada peluang dapat hadiah RM1,000 untuk satu idea'. 'Easy Money' sambungnya. Layari laman web Pemudah (www.pemudah.gov.my). Orang ramai hanya perlu kemukakan idea untuk memperbaiki peraturan / perundangan / lesen kerajaan sediada yang dirasakan sudah lapuk dan tak relevan. Kita hanya perlu  mencadangkan idea kreatif  dan inovatif untuk menambahbaik sektor awam secara online.

Kalau satu idea kita diterima dapatlah RM1,000. Bayangkan pulak kalau sepuluh idea diterima. RM10,000 lah jawabnya. Tarikh tutup peluang ini ialah pada 30 April 2011. Keputusan akan diumumkan pada Jun 2011. Tunggu apa lagi ? Lontarkanlah idea2 yang terpendam tu. Asyik dok komplain  perkhidmatan kerajaan buat apa. Idea dan pandangan kita tu boleh jadi sedekah. Terutama yang bermanafaat dan memudahkan orang ramai. Bukan dapat pahala aje, diberi habuan lagi.

April 4, 2011

Janganlah Benci Kami


Nampaknya ancaman pencuri dan penyamun kat Desa Bestari ni belum betul2 reda lagi. Penduduk dah sepakat mendapatkan khidmat Rela untuk berkawal pada setiap malam. Bila malam ok, siang pulak kes2 kecurian terjadi. Takkan nak tambah yuran Rela untuk jaga siang pulak. Jadi Jawatankuasa penduduk pun uruskan untuk berdailog dengan Polis.

Walaupun aku tak dapat hadir sesi dailog tu, isteri pergi untuk mendengarnya. Seperti biasalah. Macam2 rungutan dan keluhan disuarakan oleh penduduk mengenai isu keselamatan ni. Pihak polis pulak ada jawapan dan alasan tersendiri. Kawasan perkhidmatan terlalu luaslah. Tak cukup kakitanganlah dan sebagainya. Macam2 kaedah keselamatan disyorkan Polis. Semuanya, dah biasa didengar.

Bila dah banyak rungutan disuarakan, sampai terkeluar keluhan dari mulut pak Polisi. 'Janganlah benci kami !' Ya lah, polis pun manusia biasa. Ada perasaan dan sensitifnya. Nampak aje gagah dan bergaya. Kadang2 tingkah laku dan kata2 orang awam mengguris hati mereka. Memang tak dapat dinafikan, ada kelemahan di sana sini dalam aspek keselamatan. Yang penting kerjasama antara penduduk dan Polis penting. Khidmat PDRM sentiasa ditagih dan dihargai.

April 2, 2011

Kelebihan Universiti Mansoura di Mesir


Dua minggu lepas berpeluang menghadiri taklimat peluang2 melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir, Indonesia dan Rusia untuk lepasan SPM, STPM dan Asasi. Ia dianjurkan oleh Global Medic Network yang beribu pejabat di Bangi. Dah lima tahun  agensi ini menghantar pelajar2 Malaysia ke tiga2 negara yang disebutkan. Dah anak bongsu ni berminat nak jadi doktor. Bawalah dia mendengarnya.

Yang paling menariknya ialah pengajian perubatan di Universiti Mansoura Mesir. Universiti ini menawarkan program berkembar dengan Universiti Manchester UK. Hanya enam tahun pengajian untuk peringkat Ijazah. Paling best tu, pelajar2 lepasan SPM yang terpilih akan terus masuk ke tahun 1 September ni. Tak payah melalui program matrikulasi atau A level. Pelajar2 lepasan matrikulasi pun kena masuk Tahun 1 balik. Sebab Universiti ni hanya  pakai keputusan SPM.

Boleh jimat satu atau dua tahun pengajian kalau ke Universiti Mansoura. Tak perlu masuk program matrikulasi atau A level. Yuran dan kos sara hidupnya pun murah. Kena betul2 study dan berkorbanlah pada tahun pertama. Kalau result ok boleh mohon biasiswa mula tahun kedua. Ramai kawan2 dan senior2 kat sana yang dihubungi memberikan maklumbalas yang positif. Katanya, suasana kampus dan bandarnya pun tenang dan nyaman. Tak sesibuk Cairo atau Alexandria. Sesuai untuk pengajian perubatan dan seumpamanya. Tambahn pula, Mansoura juga dikenali sebagai Bandar Perubatan. Terdapat banyak hospital di sana.