April 25, 2011

Sumbangan Warga Emas


Sesetengah kawasan atau daerah mempunyai agak ramai penduduknya terdiri daripada warga emas. Terutamanya kawasan2 kurang membangun atau desa. Disebabkan lokasinya yang agak 'terkeluar' daripada koridor atau wilayah pertumbuhan utama nasional. Ramai golongan mudanya berhijrah keluar atas faktor ekonomi. Cuma orang2 yang berusia aje tinggal. Ada juga yang telah bekerja di bandar2 besar memilih untuk bersara di kampung. Maka bertambah ramailah warga emas.

Dari sudut ekonomi, warga emas dikategorikan sebagai kumpulan tidak aktif. Tidak lagi dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Ia meningkatkan angka nisbah tanggungan sesuatu kawasan. Lagi tinggi nisbah tanggungan maknanya lagi 'membebankanlah' ekonomi kawasan tersebut. 

Walaubagaimana pun, kalau diteliti betul2 masih banyak lagi  jasa warga emas ni walaupun tidak secara langsung. Yang paling jelas ialah melalui aktiviti ziarah oleh anak cucu.  Contohnya, setiap pasang warga emas yang mempunyai 5 anak mampu 'menarik' lebihkurang 30 ke 50 orang (termasuk menantu dan cucu2) balik menziarahnya. Terutama waktu musim perayaan dan cuti panjang. Sekiranya sesebuah kawasan itu mempunyai 5,000 pasang warga emas ? Tidakkah antara 150,000 ke 250,000 orang pulang ke kampung untuk menziarah mereka. Tu yang buatkan berlaku traffic jam kat kampung bila Hari raya atau musim2 perayaan yang lain.

Jumlah yang besar 'penduduk sementara' atau 'floating population' ni memberi sumbangan bermakna kepada ekonomi setempat atau kampung. Permintaan barangan dan perkhidmatan  melonjak tinggi berbanding masa biasa. Kiraan mudah (RM10/seorang/sehari), antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta  jumlah sehari dibelanjakan mereka yang menziarah ibu bapa di kampung. Mungkin lebih dari itu. Waktu seperti nilah peniaga2 di pekan2 kecil buat duit. Walaupun ia berlaku singkat dan bermusim. Tapi pulangan mungkin cukup untuk dinikmati beberapa bulan. Penghargaan sudah tentu kepada warga emas. Tanpa golongan 'crowd puller' ni, para peniaga di kampung tak kan mampu tersenyum bila musim perayaan dan cuti panjang.

No comments: