April 15, 2011

Cabaran Bermula


Nampaknya penduduk Desa Bestari dah mula tersenyum lebar bila papan tanda surau dah terpacak di atas tapak yang dicadangkan. Papan tanda ni pun hasil sumbangan sebuah syarikat binaan. Secara beransur-ansur, dah lebih dua tahun Fasa 1 dan 2 taman perumahan ni dihuni penduduknya. Lebihkurang 100 unit rumah sudah didiami. Maka keperluan sebuah surau tu mula ditagih. Sampai ada yang memberi cabaran sinis kepada Jawatakuasa Pembinaan Surau, 'Kami nak sembahyang tarawih kat surau tahun ni !!'.

Bina surau sekarang ni bukan mudah. Macam2 peraturan dan syarat perlu dipatuhi. Mula2 kena buat pelan bangunan. Semuanya kena cari orang yang sanggup buat secara sukarela. Alhamdulillah, dah ada juruteknik yang buatkan. Lepas tu nak cari akitek tolong endorsekan. Tu pun dah ada yang bersetuju. JAIS pulak dah  berikan checklist panjang sebelum pembinaan surau diberi sokongan. Kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan, sokongan Nazir, Penghulu, PAID, Wakil Rakyat dan sebagainya. Lepas tu yang paling mencabar, cari danalah.

Lebihkurang empat bulan lagi nak masuk Ramadhan. Nampaknya tak tercapai hajat jemaah kita tu.  Yang  penting usaha murni ni perlu diteruskan dengan sabar dan bersungguh-sungguh. Walaupun dibuat secara sukarela, semuga dipermudahkan Nya semua urusan. Amin.

No comments: