May 7, 2014

Pak Ngah Yahya Part 7 : Permintaan Terakhirnya


Tak sangka ada yang sudi mengikuti kisah ini. Dah lama tak tulis tentangnya. Last post bulan September 2012. 'Macam mana cerita seterusnya ?' Soalan dituju pada ku tempoh hari. Baru teringat. Dah janji ada sambungan pada post ke 6 lalu.Tu yang depa tanya.

Kembarnya, Jaafar jatuh sakit. Terpaksa masuk wad di Hospital Besar Melaka. Tiba2 Pak Ngah Jaafar bercerita masa kami melawatnya. 'Malam tadi aku bermimpi Yahya datang melawat. Dah berkeluarga dia. Ada 3 orang anak.' Kami dengar penuh minat. Terasa sayu juga dihati. Wajah Pak Ngah Jaafar nampak ceria bila bercerita tentang kembarnya. 

Selang berapa minggu kemudian Jaafar meninggal dunia. Dalam usia sekitar 60an. Kami sekeluarga agak kehairanan. Urusan bawa keluar jenazah dari hospital seolah-olah telah diuruskan seseorang. Semuanya dah beres. Tak ada kesulitan dan kelewatan langsung.

Mak ada bercerita selepas Pak Ngah Jaafar meninggal, 'Kalau Yahya meninggal dunia, dia minta disemadikan seperti manusia.' Agak terperanjat juga mendengarnya. Banyak persoalan timbul dalam fikiran. Bagaimana ia akan berlaku ? Apa tandanya ? Macam mana nak uruskan ? dan sebagainya.

Aku sempat bertanyakan kepada Ustaz yang mampu 'melihat' perkara2 seperti ini. Katanya, 'Yahya ni kehidupannya selama ini di laut dah sememangnya seperti mahluk sepertinya. Beristeri, bekerluarga dan sebagainya. Cuma darah yang mengalir di tubuhnya tetap darah manusia.'

Kami sekeluarga hanya mampu menanti. Tiba masanya, InsyaaAllah isyaratnya akan diperolehi. Semoga permintaan terakhir Pak Ngah Yahya dapat dipenuhi kami sekeluarga.

Wallahualam.