October 26, 2013

Bermusafir ke Ho Chi Minh City

Pada mulanya tak berapa nak pergi trip ke Ho Chi Minh ni. Membelek foto2 yang diambil isteri masa dia pergi  bulan Mei lalu dengan kawan2nya, tak ada yang menarik hati. Biasa2 jer tempat yang dilawati mereka. Yang ada kain, telekong, tudung yang dibawa balik. Buat bisnes bolehlah. Dapat juga buah tangan 2 pasang baju  Melayu untuk raya siap dijahit. Cantik dan murah. Itu sebenarnya tarikan utama ke sana.

Raja Jalanraya

Airport ke Ho Chi Minh City tak jauh. Dalam 20 minit dah sampai. Yang menariknya bila menghampiri bandaraya, ratusan penunggang motosikal boleh dilihat. Mereka menguasai jalanraya Ho Chi Minh. Puas juga 'tekan brek' bersama drebar teksi. Nak mengelak mereka2 ni. Yang hairan tu, aliran trafik lancar. Cuma bunyi hon sana sini. Antara motosikal dan kereta. Mereka seolah-olah faham untuk memberi laluan dan ruang antara satu sama lain. Tak ada perasaan marah2, maki hamun, tunjuk isyarat2 (tak payah sebutlah) atau jeling menjeling.


Memilih Lokasi Hotel

Pelancong2 Malaysia banyak tertumpu di sekitar Pasar Binh Than. Kalau nak booking hotel2 budget elok pilih yang terletak di Nguyen An Ninh Street. Saigon Pink 2 Hotel, Hoang Hai Long 2 Hotel dan banyak lagi. Yang penting hotel2 ni dekat dengan restoran2 halal dan pasar membeli belah. Lebihkurang 5 ke 6 restoran halal terletak di sekitar kawasan ni.




Surga Beli Belah Wanita

Ni niat yang sebenar. Pasar Binh Than dan Binh Thay. Tumpuan pelancong Malaysia. Terutama wanita. Waktu malam ada pasar malam pulak sekeliling Pasar Binh Than. Mana tak puas. 'Bang, Kak tengok lulu !!' antara suara2 yang sering kedengaran dari gadis2 Vietnam memanggil kita. Kain ela, tudung, telekong, langsir memang cantik2 dan murah. Tapi kena pandai tawar menawar. Hati mesti kering dan buat degil2 sikit. Pasti menang punya. Sampai gadis2 Vietnam ni gelar kita 'Mafia Customer'. Maksudnya terer menawar harga. Nak jahit terus pun boleh. 1 hari siap. Cekap dan efisyen sungguh mereka ni.


My Tho dan City Tour

Dah sampai sini kenalah round2. Kami berdua saje trip kali ni. Joinlah dengan group untuk ke My Tho. Lawat pulau2 di Delta Mekong. USD10 seorang untuk 1 hari trip. Tengok kebun buah2an, aktiviti buat candy madu lebah, candy kelapa dan menyusur sungai dengan sampan. Biasa2 jer. Tak ada yang betul2 menarik. Patutlah tak ramai pelancong Malaysia datang ke sini bila ditanya. Nak solat dan makan pun susah. Nasib baik ada bawa bekal nasi lemak dan roti.


Tak semua tempat sempat pergi untuk City Tour kali ni. Ambil kereta sewa dari hotel untuk kami berdua saja. Ziarah masjid, muzium, galeri dan Pasar Binh Tay. Banyak masa habis di pasar ni. Biasalah.


Kopi dan Meenya Memang Kaw !!!

Kalau ke sini, singgah makan dan minumlah di Restoran Hjh. Basiroh. Betul2 depan Saigon Pink 2 Hotel. Kopi dia memang kaw dan terbaik. Mee Pho Vietnamnya pun memang menjadi kegemaran ramai. Kopinya juga boleh dibeli di restoran ni sebagai buah tangan.








October 19, 2013

Terpesona Dengan Kehebatan Raja Jumaat

Muzium Lukut yang menerapkan rekabentuk senibina Istana Lukut

Saje temankan anak buat kajian thesis berkenaan Kota Lukut. Maklumlah anak perempuan. Nak biarkan pergi seorang diri, kesian pulak. Ada masa free ni bantu2lah dia. Jadi drebar dia pun tak pe. Lagi pun ambil peluang nak tahu juga sedikit sebanyak sejarah Kota Lukut. Selama ni kalau ke Port Dickson hanya ke pantainya sajelah.

Sampai kat muzium terus ke pejabat. En. Bhasya, pegawai muzium dah menunggu. Anak dah buat appointment. Senanglah sikit. Kita dok sebelah dengar sajelah. Biarkan anak yang bertanya soalan, Dah thesis dia. Ada peluang mencelah juga. Dah biasa kerja macam ni. Kadang2 tak dapat kawal diri.

Dalam banyak2 kisah yang Encik Bahsya ceritakan tentang sejarah Kota Lukut, kehebatan Raja Jumaat amat menarik hati ini. Terbayang zaman kemahsyurannya bila dibawa melawat ke tapak Kota Lukut di puncak Bukit Gajah Mati. Panorama Pekan Lukut dan sekitarnya jelas dilihat dari puncak bukit ini.

Raja Jumaat seorang yang strategis dan berkarisma. Baginda mengambil iktibar dari peristiwa hitam menimpa Raja Busu yang dibunuh oleh pelombong2 Cina. Tindakan pertama apabila tiba di Lukut ialah 'Safety First" iaitu membina sebuah kota daripada batu lada (batu merah) di puncak bukit. Lengkap dengan meriam di setiap penjuru dan parit besar di bina di sekeliling kota. Teknologi Belanda diterimapakai dalam membina Kota Lukut. Siap dengan laluan rahsia bawah tanah untuk saat2 kecemasan dari kota hingga ke jeti Kuala Lukut. Dipercayai melalui Perigi Racun. Saje digunakan nama ini untuk 'cover up'. Kononnya untuk menghumban pesalah2 yang dihukum pada zaman tu.

Lepas tu baginda handle pelombong2 Cina pula. Raja Jumaat memahami 'soft spots' dan kegemaran golongan ini.. Mereka ini mempunyai kepakaran di dalam kerja2 melombong berbanding bangsa2 lain masa tu. Kebajikan orang2 Cina ini dijaga dengan baik. Kemudahan2 riadah mereka disediakan. Semua ketua2 kongsi gelap Cina dikenali dan hormat dengan Raja Jumaat.

Status Raja Jumaat yang berasal dari Riau semakin kukuh bila dijodohkan dengan kerabat Raja Selangor. Lukut hingga ke Linggi pada masa tu di bawah kerajaan Selangor. Kecemerlangan yang ditunjukkan Raja Jumaat membuatkanya terus diberi kepercayaan memerintah Lukut oleh Sultan Selangor hingga akhir hayatnya.

Bila semuanya makmur, tiada pemberontakan berlaku. Segalanya berjalan lancar. Di bawah Raja Jumaat, Lukut membangun dengan pesat hasil dari sektor perlombongan. Diiktiraf sebagai pusat ekonomi yang setaraf dengan Melaka pada zaman itu oleh penjajah British. Pusat Kastam dibina di Kuala Lukut untuk urusan keluar masuk barangan. Tapak kastam tu digunakan sehingga kini.