October 19, 2013

Terpesona Dengan Kehebatan Raja Jumaat

Muzium Lukut yang menerapkan rekabentuk senibina Istana Lukut

Saje temankan anak buat kajian thesis berkenaan Kota Lukut. Maklumlah anak perempuan. Nak biarkan pergi seorang diri, kesian pulak. Ada masa free ni bantu2lah dia. Jadi drebar dia pun tak pe. Lagi pun ambil peluang nak tahu juga sedikit sebanyak sejarah Kota Lukut. Selama ni kalau ke Port Dickson hanya ke pantainya sajelah.

Sampai kat muzium terus ke pejabat. En. Bhasya, pegawai muzium dah menunggu. Anak dah buat appointment. Senanglah sikit. Kita dok sebelah dengar sajelah. Biarkan anak yang bertanya soalan, Dah thesis dia. Ada peluang mencelah juga. Dah biasa kerja macam ni. Kadang2 tak dapat kawal diri.

Dalam banyak2 kisah yang Encik Bahsya ceritakan tentang sejarah Kota Lukut, kehebatan Raja Jumaat amat menarik hati ini. Terbayang zaman kemahsyurannya bila dibawa melawat ke tapak Kota Lukut di puncak Bukit Gajah Mati. Panorama Pekan Lukut dan sekitarnya jelas dilihat dari puncak bukit ini.

Raja Jumaat seorang yang strategis dan berkarisma. Baginda mengambil iktibar dari peristiwa hitam menimpa Raja Busu yang dibunuh oleh pelombong2 Cina. Tindakan pertama apabila tiba di Lukut ialah 'Safety First" iaitu membina sebuah kota daripada batu lada (batu merah) di puncak bukit. Lengkap dengan meriam di setiap penjuru dan parit besar di bina di sekeliling kota. Teknologi Belanda diterimapakai dalam membina Kota Lukut. Siap dengan laluan rahsia bawah tanah untuk saat2 kecemasan dari kota hingga ke jeti Kuala Lukut. Dipercayai melalui Perigi Racun. Saje digunakan nama ini untuk 'cover up'. Kononnya untuk menghumban pesalah2 yang dihukum pada zaman tu.

Lepas tu baginda handle pelombong2 Cina pula. Raja Jumaat memahami 'soft spots' dan kegemaran golongan ini.. Mereka ini mempunyai kepakaran di dalam kerja2 melombong berbanding bangsa2 lain masa tu. Kebajikan orang2 Cina ini dijaga dengan baik. Kemudahan2 riadah mereka disediakan. Semua ketua2 kongsi gelap Cina dikenali dan hormat dengan Raja Jumaat.

Status Raja Jumaat yang berasal dari Riau semakin kukuh bila dijodohkan dengan kerabat Raja Selangor. Lukut hingga ke Linggi pada masa tu di bawah kerajaan Selangor. Kecemerlangan yang ditunjukkan Raja Jumaat membuatkanya terus diberi kepercayaan memerintah Lukut oleh Sultan Selangor hingga akhir hayatnya.

Bila semuanya makmur, tiada pemberontakan berlaku. Segalanya berjalan lancar. Di bawah Raja Jumaat, Lukut membangun dengan pesat hasil dari sektor perlombongan. Diiktiraf sebagai pusat ekonomi yang setaraf dengan Melaka pada zaman itu oleh penjajah British. Pusat Kastam dibina di Kuala Lukut untuk urusan keluar masuk barangan. Tapak kastam tu digunakan sehingga kini.



No comments: