March 29, 2014

Syaitan Lari Sampai Terkentut




Ada 9 hadis yang dihuraikan panjang lebar oleh Ustaz Dr. Abdul Basit mengenai azan. Menarik dan amat informatif. Tak rugi mendengar lebih 1 jam. InsyaaAllah pahala dapat, ilmu pun dapat. Antara yang nak dishare termaksuklah :

Besar sungguh fadhilat menjadi Bilal atau Muazzin. Seluruh makhluk yang mendengar azan tu akan menjadi saksi di akhirat nanti. Termaksuklah jin, haiwan, pohon2, batu bata dan sebagainya. Ditambah pula sekarang ni dengan bantuan pembesar suara. Liputan laungan azan semakin luas. Lebih ramailah yang boleh mendengar dan seterusnya bakal menjadi saksi di depan Allah swt. Kata Ustaz, 'Bilal2 ni akan berjalan megah di akhirat nanti. Digambarkan tinggi tengkoknya. Bangga dan gembira.'

Puak iblis, syaitan dan sekutunya pula akan lari lintang pukang bila mendengar azan. Sampai terkentut-kentut. Jumhur ulama mentafsirkan mereka terkentut kuat supaya tidak dengar laungan azan. Tidak mau jadi saksi pernah mendengar azan semasa di dunia. Mereka datang balik selepas azan tamat. Untuk mengganggu kekhusyukan jemaah yang bersolat. 'Tu yang ada jemaah boleh teringat tempat hilang kunci semasa bersolat.' kata Ustaz.

Dengan adanya pembesar suara sekarang, adakah puak2 syaitan ni terpaksa lari lagi jauh atau kentut lebih kuat ? Pandangan Ustaz, ' Banyak tempat syaitan2 ni boleh lari sekarang. Termasuk tempat2 bising dan riuh rendah seperti pusat hiburan, pasar2, rumah2 yang buka tv dan radio kuat2 tanpa mengendahkan laungan azan dan sebagainya.'



Fikir2kan lah.

Wallahualam.

March 18, 2014

Trip ke Busan & Jeju : Bertemu Ulama Jeju

Bermusafir kali ini dapat pengalaman berbeza. Ikut abang Ipar yang kerap melancong ke luar negara. Caranya simple. Tak payah ambil 'ground package'. Memandu sendiri atau guna pengangkutan awam. Lebih jimat. Tak perlu bawa beg besar2. Ikut dialah. Orang dah berpengalaman. 

Sampai saja di Gimhae Intertnational Airport Busan, terus ambil flight ke Pulau Jeju. Lebihkurang 40 minit penerbangan. Lepas tu ambil bas ke tempat sewa kereta. Sewa MPV, sebab kami 7 orang. Guna GPS mudah dan efisyen. Key in jer nama, alamat atau no telepon dah dapat panduan ke destinasi. Terus check in di hotel dan dah boleh mula menerokai keindahan Jeju.




Memandangkan hari agak petang, kami round2 saje di pusat bandar Jeju. Kebetulan dapat maklumat kewujudan Jeju Islamic Center tak jauh dari hotel. Terus mencari. Payah juga nak dapat. Sebab tak ada maklumat dalam GPS. Kena berhenti tanya orang yang lalu lalang tepi jalan. Yang bagusnya orang Korea ni, mereka very helpful. Sanggup telepon kawan2 mereka dan tahan teksi yang lalu untuk dapatkan maklumat yang kami cari.

Akhirnya, dengan izin Allah swt dapat juga kami jumpa. Pusat ini terletak di sebuah bilik Tingkat 12 dekat Hotel Jejudo. Rezeki kami, Prof Hj. Mohd Bashir Kim Dae Yong ada di pejabat. Beliau ialah Presiden Taib Mahmud Islamic Center, Jeju dan Naib Presiden Regional Islamic Da'wah Council Of South East Asia and the Pasific (RISEAP). Seorang muaalaf dan mendapat pendidikan selama 11 tahun di negara timur tengah.

Cabaran menjalankan usaha2 dakwah di Korea amat besar. Budaya hidup jadi halangan utama. Contohnya, orang Korea dah biasa hidup tidak bertudung, minum arak, makan babi dan sebagainya. Untuk mengubah cara hidup begitu amat sukar. Bila masuk Islam kena buang tu semua. Kena solat 5 kali sehari. Payah bagi mereka. Pendek kata, hidayah masih tiada. Antara penerangan dan keluhan Prof. Kim pada kami.



Prof. Kim kerap ke Malaysia. Selain untuk urusan rasmi, menziarah anak lelakinya yang menuntut di UIAM Gombak dalam jurusan Landscape Architecture. Makanan masakan Melayu menjadi kegemarannya. Pertemuan selama lebihkurang 1 jam cukup informatif. Facebook Jeju Islamic Center bakal menjadi ruang perhubungan dan mendapatkan  maklumat perkembangan usaha2 dakwahnya.

Semoga agama Islam terus berkembang di Jeju. InsyaaAllah.