March 28, 2011

Pencapaian Kokorikulum Terpinggir ?


Syabas kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Lebih 9,000 pelajar mendapat straight A's. Satu peningkatan yang membanggakan berbanding tahun sebelumnya. Segala usaha dan penat lelah mereka, guru dan ibu bapa terbalas sudah.

Dalam kegembiraan ini, ada juga yang kurang 'bernasib baik'. Terutama kepada mereka yang telah  berkhidmat dan berjasa dengan mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara di dalam aktiviti kokorikulum tahap tinggi. Sumbangan mereka termasuklah di dalam bidang kepimpinan, sukan, persatuan dan sebagainya. Tapi mereka tidak mendapat keputusan terbaik (Straight A's). Mungkin kurang satu atau dua mata pelajaran sahaja.

Bila ada pegawai yang berkata, 'Hanya pelajar straight A's sahaja diberi keutamaan untuk dipertimbangkan bantuan biasiswa !' Hati mereka yang 'terpinggir' ini rasa sedikit kecewa. Ini ditambah lagi dengan syarat2 minimum yang ditetapkan untuk mendapat biasiswa mengikut krusus di kalangan agensi yang menawarkan biasiswa. Tak disentuh langsung pertimbangan mengenai pencapaian kokorikulum. Ruang dan peluang kumpulan yang 'kurang bernasib baik' ini makin mengecil nampaknya.

Walaubagaimana pun, perjuangan perlu diteruskan. Mungkin rezeki tidak memihak mereka kali ini. Peluang melanjutkan pelajaran yang disediakan teramat luas. Perjalanan mereka masih jauh. Yang penting teruskan usaha dan sentiasa berdoa. Kejayaan yang dicita-citakan akan dikecapi juga. InsyaAllah.

March 16, 2011

Membanggakan !!


Memang dah lama tak ke panggung wayang. Dah berumur separuh abad ni memang tak terfikir pun nak ke sana. Kalau ada filem yang bagus2, tengok kat tv aje. Selesa dan jimat. Apatah lagi filem Melayu. Memang tak dinafikan dah ada filem2 Melayu yang boxoffice dengan kutipan tiket berjuta ringgit. Tapi masih tak tergoda. Biarkanlah anak2 aje yang pergi menonton. Diajak pun malas nak ikut. Rasa dah tak selesa berada di dalam suasana di panggung wayang. Kena beratur, menunggu dan popcorn. Hanya sesuai untuk orang2 muda agaknya.

Tapi kali ni godaannya lain macam sikit. Dengar cerita dari mulut ke mulut. Komen yang dibaca dalam surat khabar dan sebagainya. Semua nampak menarik. Apatah lagi ia kisah sejarah. Kisah benar. Bukan rekaan atau fantasi. Budgetnya pun hebat. Ada sokongan kementerian lagi. Hasil kerja tangan anak Melayu. Itu yang membuatkan hati terbuka untuk menyaksikannya.

Hikayat Merong Mahawangsa. Berada di dalam panggung selama satu jam lebih, rasa sekejap. Memang kelas dan hebat. Membanggakan. Rasanya setaraf filem2 Hollywood. Tak seganlah nak tayang kat luar negara. Tabik kat Yusry dan KRU Studio. Anak2 dan syarikat Melayu yang berani dan mampu menghasilkan filem sebegini. Hinggakan ramai penonton masih melekat punggungnya di kerusi walau pun filem dah tamat. Tak puas lagi agaknya.

March 7, 2011

Melayu Singapura Hanya Ingin Diingat Sebagai Orang Yang Baik2


Peluang mengikut rombongan Badan Dakwah Daerah Petaling ke Singapura tidak dilepaskan. Gantikan Nazir yang tak dapat pergi. Walaubagaimana pun, terfikir juga dalam hati, 'Mengapa pilih Singapura? Apa yang boleh dipelajari berkaitan agama Islam di sana ?' Berbanding Singapura, Islam di Malaysia jelas nampak lebih maju dan ke hadapan. Dah trip ini pun percuma, ikut sajalah. Pergi  dengan dua  bas besar bersama nazir2 masjid terpilih Daerah Petaling.

Program lawatan tiga hari 2 malam ini agak padat. Bermula lawatan dan taklimat di Majlis Agama Islam Negeri Johor. Lepas tu check in di Hotel Seri Malaysia dan terus ke Singapura. Destinasi pertama ialah ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Disambut mesra olah pegawai dan kakitangannya. Taklimat pun diberi. Seperti biasalah. Sedikit latarbelakang dan aktiviti2 MUIS.

Antara yang menyentuh hati ialah apa yang diberitahu berkaitan orang Melayu di Singapura. Hanya 14 peratus rakyat Singapura terdiri daripada orang Melayu. Sebagai kumpulan minoriti, kuasa politik rasanya memang mustahil dapat diperolehi. Cuma kata Presiden MUIS, 'Orang Melayu Singapura hanya ingin diingat sebagai orang yang baik2'. Mengambil pengajaran dari kisah zaman Nabi masa Islam mula disebarkan. Masa tu penganut Islam amat sedikit. Oleh kerana sifat dan keperibadian mereka yang lemah lembut dan baik, majoriti orang kafir sayang dan menghormati mereka. Bahkan ada yang melindungi orang Islam dari puak2 Jahiliyah yang ganas.

Setuju dengan pandangan Presiden MUIS tu. Itulah ciri2 orang Islam yang diajar Nabi s.a.w. Sayang menyayangi bukan sahaja di kalangan kawan seagama. Akhlak dan tauladan yang ditunjuk akan diingat selamanya. Hingga ia boleh menjadi pelindung di dalam masa2 yang sukar dan mencabar.

March 3, 2011

Bila Surau Menjadi 'Haram' ?

Panggilan telefon kawan dari taman perumahan lama agak mengejutkan. Dimaklumkan Pengerusi dan AJK surau dipanggil oleh JAIS secara tiba2. Dikatakan surau tu tak berdaftar sejak ia dibina dan dibuka pada pertengahan 1990an. Jadi rumusannya mudah. Surau tu berstatus 'Haram !!!'. Jadi semua senarai AJK yang dipilih oleh ahli kariah baru2 ni dikatakan tak sah.
Sebagai matan SU surau, kawan ni mintalah tengok2kan fail2 lama. Kot2 ada bukti surau dah didaftarkan. Kononnya ada nombor siri macam nombor pendaftaran syarikat. Wah ! canggih sungguh surau2 di Selangor. Macam SSM lagaknya.

Dipendekkan cerita. Tak payahlah susah2 cari bukti pendaftaran. Memang tak ada. Selama ni JAIS tak pernah minta. Setiap tahun salinan Laporan Tahunan dan Minit Mesyuarat Agong dihantar ke JAIS. Surat2 rasmi dari JAIS kepada surau dari masa ke semasa selama ni dah membuktikan kesahihan surau ni. Bahkan, surau ni memang sentiasa secara rasmi berada di dalam senarai bawah kariah masjid.

Ini semua ajenda politik anak2 kariah. Bila tak dapat 'rampas' surau ni secara demokrasi.  Macam2 cara dicari nak susahkan Pengerusi dan AJK Surau. Aspek teknikal pulak dijadikan modal. Beginilah senario politik bangsa kita sekarang. Dah peringkat parah. Sampai rumah Allah s.w.t yang suci ni  sanggup dilabelkan 'haram ?'. MasyaaAllah.