March 16, 2011

Membanggakan !!


Memang dah lama tak ke panggung wayang. Dah berumur separuh abad ni memang tak terfikir pun nak ke sana. Kalau ada filem yang bagus2, tengok kat tv aje. Selesa dan jimat. Apatah lagi filem Melayu. Memang tak dinafikan dah ada filem2 Melayu yang boxoffice dengan kutipan tiket berjuta ringgit. Tapi masih tak tergoda. Biarkanlah anak2 aje yang pergi menonton. Diajak pun malas nak ikut. Rasa dah tak selesa berada di dalam suasana di panggung wayang. Kena beratur, menunggu dan popcorn. Hanya sesuai untuk orang2 muda agaknya.

Tapi kali ni godaannya lain macam sikit. Dengar cerita dari mulut ke mulut. Komen yang dibaca dalam surat khabar dan sebagainya. Semua nampak menarik. Apatah lagi ia kisah sejarah. Kisah benar. Bukan rekaan atau fantasi. Budgetnya pun hebat. Ada sokongan kementerian lagi. Hasil kerja tangan anak Melayu. Itu yang membuatkan hati terbuka untuk menyaksikannya.

Hikayat Merong Mahawangsa. Berada di dalam panggung selama satu jam lebih, rasa sekejap. Memang kelas dan hebat. Membanggakan. Rasanya setaraf filem2 Hollywood. Tak seganlah nak tayang kat luar negara. Tabik kat Yusry dan KRU Studio. Anak2 dan syarikat Melayu yang berani dan mampu menghasilkan filem sebegini. Hinggakan ramai penonton masih melekat punggungnya di kerusi walau pun filem dah tamat. Tak puas lagi agaknya.

No comments: