March 7, 2011

Melayu Singapura Hanya Ingin Diingat Sebagai Orang Yang Baik2


Peluang mengikut rombongan Badan Dakwah Daerah Petaling ke Singapura tidak dilepaskan. Gantikan Nazir yang tak dapat pergi. Walaubagaimana pun, terfikir juga dalam hati, 'Mengapa pilih Singapura? Apa yang boleh dipelajari berkaitan agama Islam di sana ?' Berbanding Singapura, Islam di Malaysia jelas nampak lebih maju dan ke hadapan. Dah trip ini pun percuma, ikut sajalah. Pergi  dengan dua  bas besar bersama nazir2 masjid terpilih Daerah Petaling.

Program lawatan tiga hari 2 malam ini agak padat. Bermula lawatan dan taklimat di Majlis Agama Islam Negeri Johor. Lepas tu check in di Hotel Seri Malaysia dan terus ke Singapura. Destinasi pertama ialah ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Disambut mesra olah pegawai dan kakitangannya. Taklimat pun diberi. Seperti biasalah. Sedikit latarbelakang dan aktiviti2 MUIS.

Antara yang menyentuh hati ialah apa yang diberitahu berkaitan orang Melayu di Singapura. Hanya 14 peratus rakyat Singapura terdiri daripada orang Melayu. Sebagai kumpulan minoriti, kuasa politik rasanya memang mustahil dapat diperolehi. Cuma kata Presiden MUIS, 'Orang Melayu Singapura hanya ingin diingat sebagai orang yang baik2'. Mengambil pengajaran dari kisah zaman Nabi masa Islam mula disebarkan. Masa tu penganut Islam amat sedikit. Oleh kerana sifat dan keperibadian mereka yang lemah lembut dan baik, majoriti orang kafir sayang dan menghormati mereka. Bahkan ada yang melindungi orang Islam dari puak2 Jahiliyah yang ganas.

Setuju dengan pandangan Presiden MUIS tu. Itulah ciri2 orang Islam yang diajar Nabi s.a.w. Sayang menyayangi bukan sahaja di kalangan kawan seagama. Akhlak dan tauladan yang ditunjuk akan diingat selamanya. Hingga ia boleh menjadi pelindung di dalam masa2 yang sukar dan mencabar.

No comments: