March 28, 2011

Pencapaian Kokorikulum Terpinggir ?


Syabas kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Lebih 9,000 pelajar mendapat straight A's. Satu peningkatan yang membanggakan berbanding tahun sebelumnya. Segala usaha dan penat lelah mereka, guru dan ibu bapa terbalas sudah.

Dalam kegembiraan ini, ada juga yang kurang 'bernasib baik'. Terutama kepada mereka yang telah  berkhidmat dan berjasa dengan mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara di dalam aktiviti kokorikulum tahap tinggi. Sumbangan mereka termasuklah di dalam bidang kepimpinan, sukan, persatuan dan sebagainya. Tapi mereka tidak mendapat keputusan terbaik (Straight A's). Mungkin kurang satu atau dua mata pelajaran sahaja.

Bila ada pegawai yang berkata, 'Hanya pelajar straight A's sahaja diberi keutamaan untuk dipertimbangkan bantuan biasiswa !' Hati mereka yang 'terpinggir' ini rasa sedikit kecewa. Ini ditambah lagi dengan syarat2 minimum yang ditetapkan untuk mendapat biasiswa mengikut krusus di kalangan agensi yang menawarkan biasiswa. Tak disentuh langsung pertimbangan mengenai pencapaian kokorikulum. Ruang dan peluang kumpulan yang 'kurang bernasib baik' ini makin mengecil nampaknya.

Walaubagaimana pun, perjuangan perlu diteruskan. Mungkin rezeki tidak memihak mereka kali ini. Peluang melanjutkan pelajaran yang disediakan teramat luas. Perjalanan mereka masih jauh. Yang penting teruskan usaha dan sentiasa berdoa. Kejayaan yang dicita-citakan akan dikecapi juga. InsyaAllah.

No comments: