August 17, 2013

Biasiswa PNB


Rasa amat lega dan bersyukur kepada Allah swt bila anak ku ditawar biasiswa PNB untuk belajar di UK dua tahun lalu. Selain dah dapat sponsor belajar, InsyaAllah lepas tamat nanti dah ada kerja menunggu. Mentaliti lama ni masih tak dapat dibuang dari kepala ku. Hanya 11 pelajar sahaja yang menerima biasiswa ini pada tahun itu daripada 23 tempat yang disediakan. 

Memang dah jadi cita2nya selama ini. Nak belajar di luar negara. Sebelum tu kena ambil A Level di Kolej KYUEM di Lembah Beringin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dah tamat dengan keputusan yang melayakkannya memohon universiti di UK.

Apa yang aku nak highlightkan ialah bilangan universiti yang pihak PNB benarkan pemegang biasiswanya memohon. Cuma 6. Cambridge, Oxford, LSE, UCL, Imperial dan Warwrick. Hebat2 belaka. Dah menjadi polisi PNB untuk memastikan pegawai2nya keluar dari universiti2 ternama. Sudah tentu kualiti kerja nanti tinggi. Memang tak dapat dinafikan. Ini membuatkan pelajar2nya perlu tekun dan berkerja keras semasa membuat A level lagi.

Aku bukan nak tegur PNB. Cuma beri pandangan je. Alangkah elok kalau senarai universiti diperbanyakkan ?. 6 universiti di atas amat competative. Tumpuan pelajar2 seluruh dunia. Menunggu peluang untuk permohonan kedua tak kan ada. Sponsor2 yang lain (tak payah sebutlah) selalunya memberi sekurang2nya 10 universiti terbaik di UK untuk dipilih. Peluang kepada pelajar lebih luas. Kursus2 yang sesuai pada bidang kerja PNB pun banyak. Taklah nanti pelajar2 terpaksa mengambil kursus yang 'kurang sesuai' dengan core bisnes PNB hanya untuk memastikan mereka boleh fly dan dapat masuk ke salah satu 6 universiti yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun ada bagusnya mendapat biasiswa PNB. Kalau tak dapat tempat di UK, pelajar2 diberi peluang ke universiti ternama di Australia atau di Malaysia. Biasiswa mereka tidak akan ditarik balik sekali pun gagal ke UK.Taklah seperti sesetengah sponsor yang menarik balik tawaran biasiswa kalau gagal mencapai keputusan A Level yang cemerlang. Walaupun pelajar2 tersebut dah dapat tempat universiti2 yang sponsor tersebut tetapkan di UK. Kes aniayalah jawabnya.

No comments: