April 26, 2012

Dah Kena Marah Baru Nak Berbunga ?


Terjumpa Pokok Kesidang ni masa pergi melawat Floria Putrajaya 2011. Tak silap dalam bulan Julai tahun lepas. Dah lama juga mencarinya. Berkenan kat bau bunganya. Memang harum. Ala2 bau daun pandan. Ada pula kata macam bau nasi lemak. Lebih popular macam aroma nasi tengah masak. Pokok ni juga dipanggil Kerak Nasi. Kerajaan Melaka amat suka kat bunga pokok ni. Tu sebab dijadikan bunga rasmi negeri.

Dah hampir 9 bulan membelanya. Tak nampak tanda2 nak berbunga. Baja berganti baja dijamu kat dia. Asyik penuh dengan daun je. Mulahlah naik hot. Satu petang tu, sajalah bercakap dengan pokok ni. 'Hang ni bila nak berbunga ?. Puas dah aku bubuh baja !!!' Tinggi juga nada suara tu. Nasib baik jiran sebelah tak ada. Nanti apa pulak dia kata kat aku.

Tak disangka, selang dua tiga hari dah mula nampak tanda2 pokok ni nak berbunga. Di celah daunnya kelompok2 bunga jelas berputik. Punyalah seronok. Kewangian bunganya dah mula dapat dihidu. Sejak tu, bila lalu tepi pokok ni amat menyeronokkan. Harum sungguh. Tiap2 petang petik beberapa kuntum. Saje letakkan dalam rumah dan bilik tidur. Dah tak payah pakai fragrance lagi. Cukup dengan bunga kesidang ni. Sekarang ni bila siram air kat pokok ni, mulalah cakap lembut2 dengannya. 'Bunga banyak2 lagi okey...' Dia pun makhluk Allah swt juga. Perasaan tu mungkin ada. Wallahualam.