August 28, 2015

Guna Pak Belang Halau Monyet

Masa beli rumah dulu tak pulak pemaju tu bagitau isu ini. Semuanya bagus2 berlaka. Ya lah orang nak jual rumah, mestilah promote perkara yang baik2. Dekat KLIA dan Putrajaya lah, Bandar Baru Nilai berjiran jer, harga murah atas Malay Reserve dan sebagainya. Pergi site, check dan harga pun okey dan terus booking. Tu cerita lebihkurang 8 tahun lalu.

Dikatakan semua unit habis dijual. Macam goreng pisang panas. Cukup 2 tahun rumah pun siap. Gembira kami sekeluarga masuk rumah baru. Lebih besar dan selesa sikit. Halaman depan dan belakang panjang dan luas. Mula lah merancang nak tanam macam2 pokok buah2an. Anak pokok mangga, manggis, rambutan dan durian pun ditanam. Dah berangan dan berharap dapatlah rasa buah2an yang ditanam nanti. 

Bunga dan putik buah mangga yang paling cepat keluar. Seronoknya kami. Tiap2 hari perhatikannya. Rupanya 'panas tak sampai ke petang'. Datang segerombolan monyet, habis dipanjat dan dimakannya bunga dan putik2 mangga. Tak dan nak diselamatkan. Inilah yang dikatakan 'Bukan dapat makan buah, makan hati adalah.'



Semenjak hari tu, kumpulan monyet ni sering singgah di kawasan rumah. Makin lama makin banyak jumlahnya. Beranak pinak. Pintu dan tingkap rumah terpaksa sentiasa dikunci. Anak perempuan pun takut nak sidai baju. Monyet2 ni tak takut orang perempuan. Miang bukan main.

Pelbagai usaha dah dibuat untuk menakut dan menghalau mereka. Ada yang suruh bubuh kain merah, guni bawang dan sebagainya. Selamba jer monyet2 tu pijak benda2 ni. Tak takut pun. Akhirnya try yang ni. Beli patung harimau. Kebetulan Mrs. jumpa ada jual kat Bangi. Terus beli. Punyalah riuh rendah pagi tu. Terperanjat agaknya mereka. Tak berani masuk kawasan rumah. Menjerit-jerit dari atas pokok. Kenal pulak monyet2 ni sang Si Belang. Pernah jumpa kot. Terpaksa alih2kan posisi Pak Belang. Supaya nampak macam hidup dan real.


Semenjak hari tu aman lah sikit. Monyet2 tu datang pun setakat kawasan luar sahaja. Atau berkumpul dan menganggu sebelah rumah jiran. Dah lebih sebulan Pak Belang 'kawal' rumah. Putik2 mangga pun dah mula membesar. Seronok tengok. Harap2 dapatlah rasa hasilnya. Tak tau sampai bila monyet2 ni 'tertipu' dek kelibat Pak Belang ni. Yang pasti kaedah ni nampak paling berkesan untuk menghalau dan menakutkan monyet2 tu.