April 22, 2011

Nikmatnya Hari Jumaat


Dalam Islam, Jumaat tu dikatakan Penghulu segala hari. Banyak kelebihan dan keistimewaan hari ini. Bagi masyarakat umum sekarang, hari istimewa ni hanya lebih dikaitkan dengan solat Jumaat. Solat berjemaah sekali seminggu yang mewajibkan umat Islam datang ke masjid. Lain-lain hari selain hari raya, mungkin tak ramai sempat solat berjemaah di masjid dengan pelbagai halangan dan alasan masing2.

Bila bekerja sendiri ni, masa lebih fleksible. Kalau tak ada meeting atau out station, relak sajelah kat rumah. Office pun kat rumah. Boleh dikatakan ala2 SOHOlah. Yang seronoknya, bila kelapangan ni berlaku pada hari Jumaat. Sempatlah buat amalan2 sunat sebelum ke masjid. Bertrim janggut, potong kuku, bersugi dan mandi yang semuanya diniatkan sebagai amalan sunat. Ambil wuduk pun kat rumah sebelum ke masjid. Maklumlah nak berkunjung ke rumah Yang Maha Esa. Persiapan perlu  dibuat sebaik mungkin. Tak dinafikan ketenangan yang dirasa tak dapat diungkap dengan kata2 sepanjang perjalanan ke Rumah Allah swt untuk menunaikan solat Jumaat. Apatah lagi dapat sampai awal ke masjid dan menunaikan amalan2 sunat yang dituntut sebelum masuk waktu.

Patutlah masa lalu hari Jumaat merupakan hari cuti. Ia bertujuan untuk umat Islam khususnya orang lelaki dapat menyiapkan diri sebaik mungkin sebelum ke masjid. Taklah  seperti sekarang. Kerap berada di dalam keadaan tergesa-gesa  kerana kesibukan kerja. Sekarang ni hanya beberapa negeri saja yang masih mempraktikan Jumaat sebagai hari cuti. Jadi ramai yang tidak berkesempatan menikmati kebesaran dan kemanisan hari yang istimewa ini. Wallahualam.

No comments: