April 4, 2011

Janganlah Benci Kami


Nampaknya ancaman pencuri dan penyamun kat Desa Bestari ni belum betul2 reda lagi. Penduduk dah sepakat mendapatkan khidmat Rela untuk berkawal pada setiap malam. Bila malam ok, siang pulak kes2 kecurian terjadi. Takkan nak tambah yuran Rela untuk jaga siang pulak. Jadi Jawatankuasa penduduk pun uruskan untuk berdailog dengan Polis.

Walaupun aku tak dapat hadir sesi dailog tu, isteri pergi untuk mendengarnya. Seperti biasalah. Macam2 rungutan dan keluhan disuarakan oleh penduduk mengenai isu keselamatan ni. Pihak polis pulak ada jawapan dan alasan tersendiri. Kawasan perkhidmatan terlalu luaslah. Tak cukup kakitanganlah dan sebagainya. Macam2 kaedah keselamatan disyorkan Polis. Semuanya, dah biasa didengar.

Bila dah banyak rungutan disuarakan, sampai terkeluar keluhan dari mulut pak Polisi. 'Janganlah benci kami !' Ya lah, polis pun manusia biasa. Ada perasaan dan sensitifnya. Nampak aje gagah dan bergaya. Kadang2 tingkah laku dan kata2 orang awam mengguris hati mereka. Memang tak dapat dinafikan, ada kelemahan di sana sini dalam aspek keselamatan. Yang penting kerjasama antara penduduk dan Polis penting. Khidmat PDRM sentiasa ditagih dan dihargai.

No comments: