January 15, 2011

Bila DO Pun Turun Menoreh


Nak tergelak pun ada bila menonton Berita TV3 tengahari tadi. Memang semua orang tau harga getah tengah melambong sekarang. Banyak faktor yang menyumbang. Antaranya termasuklah kepesatan pertumbuhan sektor industri automotif di China. Maka banyaklah permintaan untuk getah. Bahan mentah ni diperlukan terutamanya untuk buat tayar kenderaan.

Dikatakan harga getah skrap telah mencapai antara RM14 dan RM16 sekilo. Penoreh sekarang mampu memperolehi pendapatan hingga RM500 sehari. Wah, memang lumayan. Kalau menoreh sebulan boleh dapat sekitar RM15,000 tu. Tak hairanlah dilaporkan seorang bekas District Officer (DO) di Pahang pun turut sama turun menoreh untuk mengambil kesempatan hasil dari harga getah sekarang. Beliau dikatakan sama2 turun menoreh waktu awal pagi dan petang.

Siapa yang ada kebun getah sekarang boleh tersenyum lebar. Dapat durian runtuhlah katakan. Walaupun, penganalisis pasaran mengatakan harga getah yang tinggi ni hanya sementara. Tapi yang penting peluang sebegini tak datang selalu. Mereka yang rajin dan bertuah sahaja berkesempatan menikmatinya. Mungkin kerja menoreh hanya beberapa bulan tapi boleh makan setahun. Barulah kelas jadi pekebun getah.

No comments: