January 18, 2011

Bila Yang Berjiwa Sentimental Menjadi Militan


Kebetulan berpeluang menonton siri History di Astro semalam mengisahkan tentang kumpulan Al-Maunnah. Peristiwa yang menggemparkan seluruh negara pada bulan Julai 2000. Hanya bermula dengan kumpulan persilatan, dah perasan kuat. Nak gulingkan kerajaan dengan cara kekerasan. Ketuanya Sheikh Amin yang kononnya mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Didakwa boleh berjalan atas air dan kebal telah mempersona dan menawan hati pengikut2nya. Bawa pengikut bersembunyi di Bukit Jenalik dan menangkap dua anggota polis sebagai tawanan. Sanggup bunuh salah seorang tawanan dan anggota komando.

Dalam suasana penuh cemas ni pun ada terselit peristiwa yang agak melucukan. Salah satu cara  anggota keselamatan untuk memujuk kumpulan militan ni ialah dengan mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Irama dan lirik lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' yang mendayu dayu berjaya mencairkan beberapa orang pengikut al Maunnah. Termasuk tukang masak mereka. Ini ditambah dengan pujuk rayu dari ahli keluarga dan anak2 melalui pembesar suara menghala ke Bukit Jenalik. Taklah sekeras mana hati anggota militan ni.

Kes ni berlaku selama 4 hari. Akhirnya semuanya berjaya dipujuk dan ditawan. Kebanyakannya terkeliru dengan misi kumpulan mereka. Mudah terpesona dengan skil dan kelentong Sheikh Amin. Akibatnya ada yang dihukum gantung dan dipenjara. Yang lain, taubat tak nak buat lagi.

No comments: