January 11, 2011

Sedikit Pengajaran Dari Education Fair


Berpuluh puluh risalah yang dibawa balik anak ku daripada kunjungannya ke Education Fair di KLCC tempoh hari membuka mata betapa luas peluang yang ada untuk melanjutkan pelajaran samada dalam maupun luar negara. Pengunjung dikatakan kebanyakan terdiri daripada lepasan SPM yang  sedang menunggu keputusan peperiksaan.

Banyak peluang 'fast track' disediakan oleh universiti2 yang menawarkan pengajian. Tak payah tunggu keputusan SPM. Memadai dengan keputusan Trial Exams. Bayar saja antara RM10,000 dan RM12,000 dah boleh masuk untuk mengikuti pengajian A level atau foundation. Pendaftaran dibuka untuk bulan Januari dan Julai. Bila result SPM keluar dan okey, dah boleh mohon biasiswa dan terus ke luar negara atau dalam negeri untuk meneruskan peringkat ijazah.

Kata anak ku majoriti pelajar yang dah daftar untuk pengajian bulan Januari ni ialah budak Cina. 'Orang kita rasanya tak perasan pulak' katanya. Mungkin ada tapi tak ramai. Selain mampu dari segi kewangan, mereka juga nampak kelebihan mengikut program fast track ini. Kalau ikut procedure biasa memang agak terkebelakang. Tambahan pula, kerajaan dikatakan akan mempraktikkan sesi kemasukan seragam iaitu pada bulan September mulai tahun ni. Lagilah tertinggal.

Rasanya kos pengajian agak berpatutan untuk mengikuti program fast track ni. Yuran pengajian, asrama, duit buku, wang saku dsbnya untuk peringkat Foundation mungkin sekitar RM15,000 ke RM20,000. Dibandingkan kelebihannya, agak berbaloi kalau melabur untuk pendidikan anak2. Tapi yang jelas kebanyakan kita tak 'bersedia' untuk mengambil kesempatan ini.

No comments: