January 12, 2011

34 Tahun Yang Lalu


Memang ramai insan2 dalam foto di atas yang aku tak ingat namanya lagi. Daripada 42 orang kawan sekelas hanya beberapa nama boleh diingat. Yahya, Jamil, Omar, Md Noor, Sani, Khalil, Sufian, Adnan, Razak, Zainal, Razali, Lan, Isa dan Peter. Yang lain2 memang lupa dah. Ia menjadi kesilapan ku selama ni kerana tak pernah cuba berhubung atau mencari mereka selepas habis Form 5 pada tahun 1977. Walhal kami semua memang rapat sepanjang belajar di Gajah Berang Secondary English School (GBS) Melaka selama 5 tahun.

Walaubagaimana pun, sejak menyenjak berfacebook ni, dengan izin Allah s.w.t usaha mencari kawan2 sekolah akhirnya berjaya. Sebelum ni beberapa nama ada aku cuba search tapi tak berhasil. Cuba nama Yahya rupanya ada dalam facebook. Yahya dan kawan2 memang mencari aku dan yang lain2 selama ni. Tapi tak ada rezeki. Kebetulan mereka nak adakan GBS Old Boys Dinner bulan ni. Kata Yahya dah 30 orang berjaya ditemui. Aku kira yang terbaru. Mereka selama ni sentiasa berhubung dan kadangkala berkumpul untuk merapatkan semula hubungan.

InsyaAllah pada 21 Januari ni kami akan berjumpa. Ada juga yang dah maklumkan tak dapat hadir. Tapi tak apa yang penting contact no dan e mail  rakan2 sekolah GBS 1977 dah ada pada Yahya. Semoga perjumpaan ini nanti dapat mengimbau nostalgia GBS 1977 selain merapatkan semula siratulrahim antara kami.

No comments: