June 20, 2011

'Reunion' Menyambung Semula Tali Yang Putus


Walaupun tak semua yang dapat dihubungi hadir, namun majlis reunion tetap meriah. Majlis kedua ni dihadiri 24 bekas pelajar Gajah Berang Secondary English School (GBS) batch 1977/78 di Hotel Equtorial Melaka pada 18 Jun 2011. Berbanding hanya 10 orang pada majlis pertama Januari lalu. Memang telah dirancang untuk bertemu semula selepas enam bulan. Yang istimewanya kehadiran empat orang bekas guru kali ini.

Terpaksa buatkan name tag untuk mengenali nama kawan2 lama ni. Maklumlah lebih 34 tahun tak jumpa. Ada yang dah gemuk. Ramai yang dah beruban. Dan tak kurang juga yang dah tak banyak rambut lagi di kepala. Masing2 amat ceria bila dapat bertemu. Riuh rendah dengan gelak ketawa. Mengimbau kisah2 lama. Kiranya Coffe House hari tu kami conquer lah.

Ramai dah berjaya. Ada yang jadi CEO syarikat, Rektor IPTA, Doktor Pakar, Timbalan KSU Kementerian, pakar perunding, ahli2 perniagaan, pegawai polis, pegawai tentera dan sebagainya. Kadang2 tak sangka. Masa sekolah ada di antara kawan2 ni  bukan main nakal. Bak kata Mr. Edwin Ho 'Macam Malauun !' Akhirnya jadi 'orang' juga mereka.

4 jam bertemu dan bersembang rasanya teramat singkat. Pertukaran nombor telefon dan busines cards menjanjikan tali persahabatan yang dah lama putus akan bersambung semula. Dengan izin Allah s.w.t ikatan persahabatan ini kekal sehingga akhir hayat. InsyaAllah.

1 comment:

Unknown said...

Zul,

Terima kasih banyak banyak atas hasil blog kamu ya memang bagus dengan infor infor terhadap kawan kawan kami.Harapan saya ada semoga semua kawan kawan murid saya dapat hidup bahagia dan dengan kesihatan yang sihat sihat.Harun Sihat itu lain pulak dia selalu sihat.....hahaha.
Sekian sehingga kami jumpa lagi...