July 9, 2010

Rasa Macam Golongan 'Second Class'

 

Lepas tamat darjah 6, Abah suruh aku masuk sekolah Inggeris. Sekolah Menengah Inggeris Gajah Berang kat Bandar Melaka. Perlu masuk Remove Class setahun, baru boleh naik Form 1. Tak apalah, dah sistemnya macam tu. Walaupun rasa agak rugi setahun kalau dibandingkan masuk terus ke sekolah menengah Melayu. Kena belajar asas2 bahasa Inggeris secara intensif dulu. Ada lebihkurang 80 orang  murid Remove Class yang dibahagi kepada dua kelas. 

Selepas setahun, kami pun dikira layaklah masuk Form 1. Yang tak berapa seronok tu, murid2 dari sekolah rendah Inggeris terus dimasukkan ke kelas Form 1A hinggalah Form 1D. Yang balancenya puak kamilah. Masuklah aku dalam kelas Form 1E. Tak sedap bebenau nak cerita kat orang duduk dalam kelas mana. Tak apalah dia orang tu budak2 dari sekolah Inggeris. Buat bersabau aje le. 

Dok pulun punya pasal, ramai daripada murid2 Form 1E dapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan penggal terakhir. Kebanyakan mereka berada di dalam kedudukan atau ranking 30 terbaik (termasuk aku le) daripada keseluruhan murid Form 1. Punya la seronok kami. Yalah, dapat mengalahkan murid2 dari sekolah Inggeris terutama dalam Form 1A. Puak ni nampak ek sikit sebelum ni.

Bila masuk Form 2, sistem yang sama dipakai. Puak kami masih berada di kelompok yang sama. Naik Form 2E dan 2F. Sampailah Form 3 begitulah jugak. Tak ada chance nak sekelas dengan 'budak2 pandai' dari sekolah Inggeris tu. Mungkin kami ni tua sikit daripada mereka kot. Tak sesuai digabungkan. Walaubagaimana pun ramai murid2 Form 3E cemerlang dalam peperiksaan LCE. Turut bangga juga dapat mengharumkan nama sekolah.

No comments: