July 10, 2010

Jauhnya Puchong Indah ?





Bila dah berkeluarga, mulalah cadang2 nak beli rumah. Tak kan asyik nak menyewa aje. Survey punya survey, akhirnya berkenan rumah teres 2 tingkat kat Puchong Indah. Harganya RM68,000 bagi standard lot. Memang menarik dan sesuai dengan budget. 

Tiba masanya siaplah rumah. Tak delay langsung. Bagus prestasi pemajunya iaitu Aneka Baru Sdn Bhd beralamat di Seksyen 14 PJ. Kami sekeluarga antara yang terawal berpindah iaitu pada tahun 1992. Masa tu taman ni memang sunyi dan serba kekurangan dari segi kemudahan seperti kedai, sekolah dll. Anak2 kena pergi sekolah kat Shah Alam. Kadang2 hampir maghrib baru sampai rumah. Jalan sempit dan traffic jam terutama bila ada pasar malam kat Bt.13 Puchong.

Sebagai tanda kesyukuran buatlah kenduri doa selamat. Jemputlah adik beradik dan kawan2. Ramai yang komplain, punyalah jauh rumah kami. Jalan sempit dan berliku, Kena lalu ladang kelapa sawit, lepas tu lombong, lepas tu pokok getah, lepas tu lombong balik, baru sampai. Maklumlah rata2  mereka duduk kat KL. Ada juga yang komen sinis, Puchong ni kan kampung Kalimutthu ? Buat pekakkan telinga aje le. Janji duduk rumah sendiri.

Sekarang ni tengok saje. IOI Mall, Tesco, Giant semua ada depan mata. Bandar Puchong Jaya  yang serba lengkap 10 minit aje dari rumah. Putrajaya dan KLIA pun tak jauh sangat. Lebuhrayanya bersimpang siur. Berebut orang kalau dengar ada yang nak jual rumah di Puchong Indah. Rumah macam kami sekarang ni pun dijual antara RM160,000 ke RM180,000. Memang bagus untuk investment. Bagi mereka yang tahu le.

No comments: