July 12, 2010

Infrastruktur Hijau Dah Lama Diamalkan


Pembangunan abad ini dan yang mendatang banyak menekankan keperluan mempraktikkan konsep  infrastruktur hijau. Kesan dari pemanasan global menyedarkan dunia akan perlu kepada kaedah dan teknologi yang lebih mampan dilaksanakan. Pihak MOSTI pula bertanggungjawab menerajui perlaksanaan Teknologi Hijau di dalam negara ini. Pengkitaran semula sumber air merupakan salah satu komponen. penting. Usaha2 untuk menakung air hujan dan digunakan semula untuk kegunaan di dalam sektor domestik dan komersial diperakui salah-satu strategi yang amat bermanafaat. Apa tah lagi, hujan memang banyak turun di negara ini hampir sepanjang tahun.

Itulah antara intipati ringkas dan penjelasan mudah mengenai salah satu komponen Infrastruktur Hijau. Di negara2 maju teknologi menyimpan dan mengitar semula air hujan sudah mula dilaksanakan. Bahkan sudah dikomersialkan oleh syarikat2 yang nampak potensi besarnya.

Merenung semula isu ini, menyedarkan kita betapa generasi dulu dah lama mempraktikannya. Kalau kita ingat, hampir semua rumah di kampung ada telaga atau perigi. Sumbernya sudah tentulah air hujan atau mata air. Di depan tangga disediakan tempayan untuk menakung air hujan. Tempayan yang ni, khas diguna untuk basuh kaki sebelum masuk ke rumah. Di dalam rumah ada lagi tempayan2 lain disediakan untuk menakung air hujan. Walaupun air paip dah ada, telaga dan tempayan masih digunakan. Sekurang2nya untuk siram pokok dan untuk kegunaan masa kecemasan bila bekalan air paip terganggu. Contohnya, masa krisis air di Melaka pada tahun 1980an, kelam kabut jadinya. Semua orang gali telaga semula. Lembah Klang pula kalau tak dapat bekalan air dari Pahang menjelang tahun 2014. Malapetaka lah jawabnya.

Telaga  bagi setiap unit kediaman atau taman perumahan mungkin akan jadi komponen wajib untuk perancangan masa hadapan. Cuma kaedah menangkung dan menyimpan air hujan perlu lebih teratur, selamat dan bersih. Orang dulu2 dah tunjukkan kita caranya. Teknologi yang digunakan bersesuaian ikut  zaman mereka. Hujan yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dah lama dimanafaatkan semaksimum mungkin. Generasi kita mungkin agak ketinggalan dalam hal ini.

No comments: