July 20, 2010

Letak Jawatan Bila Kena Transfer


Aku dan Arwah Jalil Kadiman dapat kerja sebagai Pembantu Teknik kat UDA lepas aje tamat Diploma pada tahun 1981. Masa tu dapat kerja cukup senang. Banyak pilihan. JPBD Ibupejabat pun offer. Pilih UDA lah sebab kerja di  KL, glamourlah sikit. Kat JPBD nanti asyik kena transfer je, fikir ku. 

Pejabat UDA masa tu terletak di  Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Staff2 UDA amat mesra dan aku senang menyesuaikan diri. Meor dan Jaafar merupakan kawan baik aku semasa di UDA. Kakak2 dan abang2 technician semuanya mudah memberi kerjasama dan tunjuk ajar. Bila time lunch makan sama2 sebab mereka semua bawa bekal dari rumah. Macam2 lauk dapat rasa. Ini membuatkan aku semakin akrab dengan mereka.

Masuk bulan ketiga berkerja, aku dipanggil En. Kamaruddin Ketua Unit. Dimaklumkan aku di minta melaporkan diri di pejabat UDA cawangan Johor Bharu bulan depan. Lemah rasa badan. Mengapa tak suruh Jalil ? Mengapa pilih aku ? Bisik dalam hati penuh kecewa. Meor dan Jaafar kata mungkin En. Kamaruddin lebih suka kat aku, sebab dia pun kena transfer kat Johor Bharu. Dia bawalah 'orang2nya' sekali.

Maklumlah masa tu darah muda dan mudah buat keputusan ikut perasaan. Senyap2 aku pun mohon kerja kat PKNS. Dapat pulak tu. Terus hantar surat letak jawatan. En. Kamaruddin nampak agak kecewa dengan keputusan ku. Dengar khabar dia ambil fresh graduate lain gantikan tempat ku di Johor Bharu. Kerja kat PKNS pun tak lama. Lepas tiga bulan aku berhenti sambung buat Diploma Lanjutan.

No comments: