July 12, 2010

Tak Lalu Makan Di Tanah Suci


Pengalaman dijamu nasi bungkus semasa umrah pertama tahun 1999 memberi satu pengajaran. Bagi ku juadah  yang disediakan pihak muasasah langsung tak membuka selera semasa perjalanan dari Madinah ke Mekah. Nasi berlauk ayam goreng dengan sambal cili hidup dan timun je ? Tak berkuah ? Tak sedap langsung. Bisik ku pada isteri di sebelah. Makan pula tepi bas dengan keadaan tidak selesa. Pengalaman ni aku ceritakan  pada  saudara mara dan kawan2 apabila balik ke tanahair. 'Ibadah umrah okey, cuma makan aje tak berapa sedap.' Itulah antara jawapan ku setiap kali ditanya.

Setahun lepas tu ada rezeki dapat buat ibadah haji. Kali ni pergi seorang sahaja tanpa diikuti isteri. Hairan sungguh, bila nasi2 bungkus yang disediakan langsung tak membuka selera. Kawan2 sebilik lah yang tolong habiskan. Tak kira lah lauk ayam ke daging unta ke, langsung tak lalu nak makan. Makanlah roti dan kek yang banyak dijual di kedai2 Arab. Keadaan ni berlarutan beberapa hari semasa masih di Madinah.

Akhirnya, Jamaluddin kawan sebilik ku tegur. 'Jangan2 kau ada buat silap tak pasal tak lalu makan nasi bungkus ni ? Cuba ingat betul2', desaknya. Fikir punya fikir, barulah teringat komen2 aku dulu. Punyalah menyesal dan rasa teramat risau. Terus pergi masjid buat solat sunat taubat dan mohon ampun pada Allah s.w.t.

Alhamdulillah, besok paginya lepas solat subuh, selera nak makan nasi tiba2 dah ada. Semua nasi bungkus yang disediakan nampak sedap dan menyelerakan. Kata Jamaluddin berseloroh, 'Nampaknya dah tak ada peluang lah aku nak dapat nasi dan lauk extra dari kau.' Memang betul kata orang. Kat tanah suci tak boleh buat atau cakap sebarangan. Balasannya semua secara tunai dan segera.

No comments: