July 9, 2010

Bila Tok Aki Hadiah Brylcream




















Semasa kecil, kami semua adik beradik dan sepupu mengaji al-Quran dengan Tok Aki iaitu ayah pada mak. Kami ni pangkat cuculah. Routinenya, selepas aje mengaji, cucu lelaki akan ditugas cedok air di perigi dan diisi di tempayan untuk kegunaan Tok Aki. dan nenek. Tak ada air paip masa tu. Adalah dua tiga tempayan besar. Beberapa trip penuh lah tempayan2 tu. Cucu perempuan pulak, kerjanya menyapu dan pungut sampah keliling rumah. Sampai bersih dan kemas. Tak perlu bayar duit mengaji kat Tok Aki. Kerja2 tu lah balasan yang diminta.

Peristiwa paling aku tak boleh lupa ialah bila Tok Aki panggil semua cucu lelaki selepas kami habis bertugas. Rasa suspen pun ada. Tok nak bagi upah ke ? Kami pun tunggulah di anjung tempat biasa mengaji. Tok Aki pun keluar dengan bekas plastik. Di dalamnya terdapat beberapa kotak kecil minyak rambut Brylcream. Kami pun bergilir2 disuruh ambil seorang satu. Lepas tu Tok Aki bagi seorang RM1. Dengan nada tegas dia kata ambil duit ni dan pergi gunting rambut. Lepas tu pakai minyak rambut ni. Katanya, 'Aki tak suka tengok kau orang berambut panjang dan berlawi, macam budak nakal !' Barulah kami sedar dah lama tak gunting rambut. Esoknya, Tok Aki nampak ceria bila tengok cucu2nya dah gunting rambut dan berkilat kepala dek minyak Bryclream.

No comments: