July 14, 2010

Serik Naik Kapal Terbang


'Now Everyone Can Fly' slogan yang  terbukti dapat direalisasi dan diterima oleh semua. Pelbagai lapisan masyarakat sekarang mampu naik kapal terbang tak kira ke mana destinasi atau tujuannya. Semenjak memulakan perkhidmatan, Air Asia telah banyak menerima anugerah dan pujian pelbagai pihak. Sudah tentu ia menjadi kebanggaan negara dan rakyat.

Tak apalah tak dihidangkan minuman atau makanan 'percuma'. Janji mampu naik kapal terbang. Cepat sampai dan jimat masa. Itu yang penting. Kedua-dua faktor ni lah yang membuatkan semakin ramai memilih Air Asia. Kekerapan berlaku masalah kelewatan penerbangan pun tidak mengapa. Merungutlah sekejap, lepas tu cepat dilupakan.

Walaubagaimana pun, penerbangan ku dari LCCT ke Alor Setar semalam membuka mata juga Tiba2 sepasang warga emas yang duduk di kerusi belakang ku merungut dengan suara yang agak kuat. Boleh didengar ramai penumpang, terutama yang duduk berdekatannya. Kata makcik tu dalam loghat Kedah, 'Ehhh.... merapu sungguh lah, Penatnya berjalan, Jaaauuhhh.. Naik bas lagi senang eh, tak payah jalan jauh2 macam ni. Tambang bas baru berapa sangat je. Ni bayak sampai seratui lebih.' Lebihkurang begitulah rungutannya. Ia berlarutan hampir separuh perjalanan. Lepas tu senyap, tertidur. Letih agaknya.

Memang tak dinafikan berjalan ke kapal terbang pagi tu agak jauh. Masuk melalui pintu 9, lepas tu terus ke pintu 104. Lebihkurang 100 meter lebih jaraknya. Bagi kebanyakan warga emas jarak sebegini memang memenatkan. Apatah lagi ada beg yang perlu dijinjing. Lepas tu kena naik tangga kapal terbang pulak. Walaupun kerusi roda ada, nampaknya tak digunakan. Mungkin ada masalah 'communication breakdown' di mana2.

Itulah hakikatnya perkhidmatan tambang murah. Kemudahan dan keselesaan bukan keutamaan.Yang penting dapat naik kapal terbang. Mungkin dengan siapnya terminal baru nanti dapat mengatasi banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh penumpang2 Air Asia selama ni.

No comments: