July 11, 2010

Jasamu Tetap Dikenang



Arwah Abah bukanlah orang besar2. Berpangkat pun tidak. Kerja sebagai kakitangan telekom aje. Tiap kali cukup bulan tengok Abah dapat gaji secara tunai dalam bekas plastik. Tak sebanyak mane. Anak lapan orang. Mak pulak sebagai surirumah sepenuh masa. Untuk tambah pendapatan, Abah pandai jugak baiki radio dan tv orang2 kampung. Kadang2 Abah pergi menjala ikan di laut atau menyunkur udang geragau bila tiba musimnya. Sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos keperluan keluarga. Basikal yang diberi pihak telekomlah dijadikan kenderaan. Selain untuk berkerja, basikal tu juga digunakan hantar anak2 ke sekolah. Kadang2 dua tiga trip. Maklumlah anak ramai.

Beban tanggungan Abah kurang sikit bila Tok Aki suruh usahakan sawahnya. Ada tujuh petak tanah sawah yang sebelum ni dipajakkan kat Si Kim Lai. Pesawah Cina ni mengusahakan hampir separuh dari sawah di kampung. Hebat sungguh dia. Aku adik beradik pun dah besar sikit, bolehlah tolong Abah usahakan sawah tu. Kerja2 kat sawah dibuat secara sambilan, sebelah petang dan hujung minggu.

Lepas tu kami sekeluarga 'mewah' lah sikit dengan hasil sawah. Dapat makan beras dan pulut baru setiap kali lepas musim menuai. Memang lain dari beras beli kat kedai. Beras baru lebih wangi dan sedap. Rasa confident pun ada bila tengok kat belakang rumah ada satu tong besar padi disimpan untuk keperluan setahun.

Abah meninggal dunia disebabkan sakit barah usus lepas beberapa bulan aje pencen. Semasa dia masih bekerja, Abah tak pernah jatuh sakit seteruk ni. Dua bulan dia terlantar kat hospital. Sepanjang dirawat, lebih lima kali operations. Semuanya major belaka. Rasa hancur luluh harapan kami sekeluarga bila doktor kata  peluang Abah untuk sembuh tipis. 'The old man is dying.' tambahnya. Pada usia begitu, ususnya tidak dapat pulih walaupun lepas operate, kata doktor. Kesian dia. Akhirnya, Abah 'tewas' dalam perjuangan melawan penyakitnya.

Arwah Abah tetap diingat sampai bila2. Sekurang2nya setiap kali lepas solat, doa sentiasa dipohon untuk kesejahteraan rohnya. Itu saja cara membalas jasa arwah Abah.

No comments: