July 19, 2010

Seronok Jadi Setiausaha Masjid


Masjid As Salam Puchong Perdana telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 8 Disember 2007. Ia merupakan masjid separuh terapung yang pertama di Selangor. Memang cantik, indah dan menyamankan. Berpeluang menjadi setiausaha masjid bagi kumpulan pertama untuk menguruskannya merupakan penghormatan yang amat bermakna. Maklumkan orang yang tak banyak bercakap dan selalu menulis memang selalu diberi jawatan sebegini. Tak kisah lah janji dapat memberi khidmat bakti kepada rumah Allah ini.

Cabaran memang hebat menguruskan masjid. Macam masuk rumah baru. Semua kena mula dari zero. Dengan sumber kewangan yang belum stabil, perkakasan dan peralatan masjid perlu dilengkapkan. Gaji dan elaun pegawai dan kakitangan seperti imam, bilal, siak, pencuci dan pengawal mesti cukup setiap hujung bulan. Kelas2 pengajian mula dituntut jemaah. Ini tak termasuk majllis dan  program2 khas mengikut kalender Islam. Sumber kewangan dari  JAIS selalunya lambat sikit. Sumbangan dari wakil rakyat dan orang ramai diusahakan untuk menampung kos ini.

Sejak dibuka, Masjid As Salam kerap menjadi pilihan pelbagai jabatan dan agensi untuk mengadakan program. Maklumlah, pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, dewan serbaguna dan bilik pengajian disediakan di masjid ini. Yang sibuk pastilah nazir dan setiausaha.  Kena lah penuhi semua permintaan ini. Kadang2 rasa macam bertugas sepenuh masa pulak. Asyik mesyuarat aje. Bab surat menyurat ni tak usah cakaplah.

Tempoh sebagai setiausaha masjid tamat pada Julai 2009. Rumah baru kat Salak Tinggi pun dah siap. Bila dah pindah tak layaklah bertanding dalam pemilihan  Pegawai dan AJK Masjid untuk sesi 2009-2011. Yang penting sedikit pengalaman sepanjang tempoh tiga tahun lalu cukup menyeronokan. Syukur kepada Allah s.w.t.

No comments: