July 26, 2010

Tok Aki Meninggal Lepas Baca Khutbah


Aku tak ingatlah tarikh sebenar berlaku peristiwa sedih ini. Masa tu masih kecil. Mungkin darjah 3 ke 4 lah. Pemergiannya sekelip mata. Yang boleh aku ingat dengan jelas, hari tu hari jumaat dalam pukul  3 petang.  Sebelum tu Tok Aki bertugas sebagai khatib. Dia naik mimbar baca khutbah seperti biasa. Lepas solat jumaat sempat singgah minum teh kat kedai dengan kawan2 masjidnya sebelum balik rumah.

Tiba2 suasana jadi kelam kabut kat rumah Tok Aki. Katanya Tok Aki sesak nafas. Anak cucu semua dipanggil. Dulu tak ada telepon. Pakat lari sana sini ke rumah2 adik beradik menyampaikan berita. Nasib baik juga anak2 Tok Aki kebanyakan tinggal berdekatan. Aku yang masih kecil ni tak dapat nak tengok dekat2. Kena suruh baca al-quranlah semua. Bila dengar tangisan mak dan mak2 saudara, taulah aku Tok Aki dah tak ada.

Tok Aki tak pernah sakit. Kematiannya mengejutkan sanak saudara, jiran2 tetangga dan kawan2nya. Nenek sejak peristiwa tu nampak macam hilang semangat. Tak seceria dulu. Badannya yang berisi dulu jadi kurus. Sampailah ke akhir hayatnya. Maklumlah suami pergi secara tiba2. 

Walaubagaimana pun, aku bersyukur Tok Aki meninggal dunia pada hari jumaat. lepas menjadi imam dan khatib pulak tu. Semoga roh Tok Aki di tempatkan di kalangan gologan yang diredhaiNya.

No comments: