July 14, 2010

'Guarded Community' vs Rukun Tetangga


Penduduk mula merasa tidak selamat apabila kerap terjadi kecurian di Taman Desa Bestari. Apatah lagi rumah2 di taman ni banyak yang baru siap. Tak semua unit didiami lagi. Keadaan yang agak sunyi  membuka peluang kepada aktiviti kecurian. Tak kira lah waktu siang atau pun malam. Rumah pegawai polis yang ada  tanda POLIS pun menjadi mangsa.

Untuk mengatasi masalah ini, rukun tetangga pun ditubuhkan walaupun secara tidak rasmi. Senarai petugas berjaga malam dikeluar dan diedarkan kepada penduduk. Setiap kumpulan terdiri 4 orang ditugaskan mengawal dari pukul 11 malam hingga 5 pagi. Alhamdulillah, semenjak operasi ni tiada kes kecurian berlaku. Ia berjalan sudah hampir 2 bulan.

Masalah mula timbul apabila masuk bulan ketiga. Kadar kehadiran bertugas mula menurun. Bermacam alasan. Esok pagi ada meeting, tak larat berjaga malam, masalah kesihatan dan ada yang lansung tak maklum sebab2 tak boleh bertugas. Bibit2 rasa tak puas hati di kalangan yang bertugas mula timbul. Sedar akan masalah ini, Pengerusi pun cadangkan penduduk taman ambil pengawal sajalah. Berkongsilah  seorang lebihkurang RM50 sebulan untuk bayar pengawal. Majoriti yang ditanya bersetuju..

Nampaknya sikap masyarakat kita menjadi faktor pendorong kepada keperluan 'guarded community' atau 'gated community'. Cara Rukun Tetangga dilihat 'membebankan' walau pun semua mengakui ia dapat mengeratkan hubungan siratulrahim dan kekitaan di kalangan penduduk. Bantuan kewangan yang disediakan kepada setiap skim Rukun Tetangga tidak dapat menarik minat nampaknya. Pengawal2 yang majoritinya terdiri daripada rakyat asing yang dapat manafaat. Yang penting penduduk dapat lena tidur. Dengan berkongsi membayar upah pengawal dah boleh dikira bermuafakatlah tu. Bertawakal dan berdoalah selalu agar kes kecurian di taman ini dapat di atasi.

No comments: