July 7, 2010

Seronok Dapat Kerja














Karier ku sebagai perancang bandar bermula pada Oktober 1984. Dapat kerja di firma Perunding Bersatu Sdn Bhd (PBS). Mungkin rezeki, tiada calon lain yang dipanggil. Lepas je interview, bos PBS iaitu Dr. Ridzuan Akil tanya aku bila boleh start kerja. Alangnya gembira di hati. Gaji mula RM1,500 walaupun dalam borang minta RM1,800. Ahh.., tak kisahlah tu. Janji dapat kerja. Mungkin hadiah hari jadi, sebab tarikh lahir pun 13hb. pada bulan Oktober. Bukan main seronok abah dan emak di kampung bila dimaklumkan berita baik ni.

Masa tu tak banyak firma perunding perancang bandar yang established. Hanya tiga aje yang top. Selain firma ni, Reka Rancang dan Minco menjadi pesaing. Pihak JPBD pun tak ada banyak pilihan untuk melantik firma-firma perunding yang berpengalaman bagi menyediakan rancangan pembangunan seperti Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.

Pada masa tu, PBS baru nak mula kajian Pelan Struktur Klang. Sebab tu aku dapat kerja ni. Mereka nak cari 'desk officer' atau perunding sokongan kepada pasukan kajian. Zaman tu, perunding luar negara dibenarkan. Mungkin tak ramai anak tempatan yang layak atau cukup berpengalaman nak jadi consultant. Mr. Malcolm Moore nama perunding perancang bandar yang bertanggungjawab ke atas kajian ni. Dia rakyat UK. Nampak ceria bila aku diperkenalkan padanya. Maklumlah, dia amat memerlukan 'pembantu' orang tempatan untuk mengenali Klang. Team perunding ditempatkan di tingkat 5 Bangunan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Kakitangan bawah aku ada seorang Pembantu Teknik, Hafiza namanya dan dua juruteknik perancang bandar lulusan ITM (Nora dan Ana). Selain daripada itu, ada 2 juruteknik JPBD Selangor turut ditempatkan dalam team ni sebagai sokongan tambahan.

No comments: