July 17, 2010

Lokasi Projek Loji Petrolium dan Gas Boleh Di mana2 ?


Kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) memang sentiasa digalakkan oleh kerajaan untuk memangkin ekonomi negara. Selain menambah pendapatan, ia juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan. PKS tempatan juga dapat manafaat kesan dari proses aktiviti hiliran. Salah satu sektor ekonomi yang disarankan akan menjadi antara 12 bidang ekonomi utama negara di bawah RMKe 10 ialah sektor petrolium dan gas. Dengan 12 bidang ini, matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dijangka mampu dicapai.

Dasar dan strategi ini nampaknya disambut baik oleh pelabur2 asing dan domestik dalam sektor petrolium dan gas. Sudah kedengaran beberapa rombongan pelabur luar yang melawat negeri2 tertentu untuk membentangkan cadangan pelaburan mereka. Kebanyakannya dari negara Timur Tengah, China dan Korea. Semua projek pembangunan yang dicadangkan dalam skala yang besar. Ada yang memerlukan langkah penambakan laut. Dengan sekala begitu, dijangkakan impak kepada ekonomi dan pendapatan negeri akan melonjak. Kerajaan2 negeri yang terlibat sudah tentu rasa teramat teruja.

Cuma isunya melibatkan lokasi projek yang dicadangkan. Ada yang akan terletak di tengah2 persisiran pantai peranginan dan perkelahan utama negara. Tidak kurang juga di lokasi2 yang tersediada aktiviti perikanan yang dinamik dan penting. Adakah terlalu besar impak ekonomi daripada sektor petrolium dan gas hinggakan kawasan dan aktiviti ekonomi tempatan ni perlu dikorbankan ? Itu belum lagi melihat kepada impak sosial dan alam sekitarnya. Kita akan dilabelkan kurang cerdik kerana mengorbankan dan mengabaikan kekuatan ekonomi yang sediada untuk memberi laluan kepada ekonomi baru yang lain.

Kerajaan perlu mengubal dasar dan strategi yang jelas berkaitan perletakan aktiviti petrolium dan gas.  Negara ini mempunyai koridor persisiran pantai yang amat panjang. Kenalpastilah mana2 lokasi yang sesuai dan tidak menjejaskan ekonomi tempatan. Yang penting kita patut berpegang pada prinsip 'apa yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak keciciran.'

No comments: