July 24, 2010

Masjid Kosong Bila Banyak Surau ?


Salah satu ucapan DYMM Sultan Selangor semasa baginda merasmikan Masjid As Salam Puchong Perdana ialah berkaitan isu pembinaan terlalu banyak surau menyebabkan masjid kosong. Jemaah lebih memilih bersolat di surau sebab dekat dengan rumah, menjadi faktor utama. Tiap2 taman perumahan baru mesti ada tapak surau. Kadang2 lokasi surau terlalu hampir dengan masjid. Ada sesetengah surau pulak tak mahu ditutup walau pun masjid baru yang terletak amat berdekatan telah siap dibina. Puas ustaz2 mengingatkan jemaah bahawa solat di masjid lebih afdhal berbanding di surau. Ada juga yang berhujah agak keras, 'Tak diterima solat berjemaah di surau yang amat berhampiran dengan masjid ?'

Baginda seterusnya mengingatkan pihak kerajaan dan JAIS supaya melihat isu ini dengan serius. Mungkin secara tidak kita sedari akibat terlalu tertumpu di surau2, solat berjemaah kita 'terpisah-pisah' dalam kelompok kecil. Perpaduan ummah pun mungkin agak sukar direalisasikan. Masyarakat ada yang 'berbangga' dengan surau masing2. Kadang2 program dianjurkan bertindih antara masjid dan surau. Jangan pulak masjid akhirnya jadi macam projek 'gajah putih', tak dimaksimumkan fungsi dan kegunaannya. Sampai bangsa asing pun pandai komen. Buat apa azan kuat2, yang datang bersolat kat masjid berapa kerat aje.

Sebagai para perancang bandar, kita pun sedikit sebanyak terlibat juga. Jangan terlalu mengikut keperluan piawaian perancangan hingga terlepas pandang akan aspek praktikalitinya. Ingatan tuanku tu ada asasnya. Yang jelas kita juga turut mengalami keadaan ini.

No comments: