December 17, 2010

Bila Bank Keberatan Nak Lulus Akaun Surau


Bila dah dilantik jadi Bendahari Surau, kenalah mulakan kerja secepat mungkin. Tapak surau dah ada. Cuma suraunya belum dibina. Tugas pertama sudah tentulah nak cari duit untuk tabung surau. Alhamdulillah, dah adapun insan2 yang nak bersedekah. Walaupun, aktiviti mencari dana belum diwar-warkan atau dimulakan.

Mesyuarat pertama AJK Surau antara lain mencadangkan akaun surau perlu dibuka. Untuk memudahkan urusan kewangan dan mengutip dana. Sebagai Bendahari, mulalah ke bank2 untuk bertanya cara2 nak buka akaun surau. Agak terkilan juga bila pegawai2 bank memberi reaksi yang agak mengecewakan bila ditanya. 'Nak buka akaun surau kat bank ni tak ada masalah, tapi agak menyusahkan pihak kami. Masalahnya, AJK surau ni kerap bertukar-tukar, jadi payahlah pihak bank asyik nak tukar butir2 akaun surau nanti.' 

Alasan dan rungutan pegawai bank tu tidak dinafikan ada kebenarannya. Sudah tentu ia berdasarkan pengalaman lalu mereka. Maklumlah barisan  AJK surau selalu berubah. Tempoh khidmat AJK selalunya 2 ke 3 tahun. Lepas tu perlu perlantikan semula.

Walaubagaimana pun, pihak bank diharap janganlah terlalu mengambilkira aspek kesulitan teknikal aje. Yang penting, usaha untuk membina rumah Allah ni perlu disokong. Apatah lagi mereka semua orang Islam. Penglibatan secara langsung atau tidak langsung dalam usaha ni sudah tentu akan dapat balasan dari Allah s.w.t. Wallahualam.

No comments: