July 29, 2010

Sukan Dapat Menarik Remaja Ke Masjid


Tidak dapat dinafikan remaja sekarang lain. Tidak seperti kita dulu. Maklumlah zaman senang. Buka  aje mata semuanya ada. Walaupun masjid sekarang besar2 dan cantik, langsung tak dapat menambat hati mereka. Skrin komputer, tv dan handphone lah menjadi kawan2 karib. Tak jemu2 menghadapnya.

Langkah Badan Dakwah Daerah Petaling, JAIS  bersama Masjid Negeri boleh dipuji. Bermula 2007, Karnival Sukan Masjid dianjurkan di perkarangan Masjid Negeri Selangor. Sebagai permulaan 12 masjid dipilih di dalam Daerah Petaling untuk menyertai karnival ini. Setiap masjid mempunyai lebihkurang 40 perserta yang terdiri daripada remaja. Acara sukan yang dipertandingkan termasuklah : futsal, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, ping pong dan tarik tali.

Menang atau kalah bukan matlamat utama Karnival Sukan Masjid yang pertama ini. Yang penting lebihkurang 500 remaja dapat dikumpulkan di perkarangan masjid dari pagi hinggalah petang. Bila masuk waktu sahaja, aktiviti dihentikan dan semua remaja akan bersama bersolat jemaah.

Dari pemerhatian ku, anak2 remaja amat berbangga menyarung jersi masjid masing2. Acara sukan dapat berlangsung dengan baik tanpa insiden pergaduhan atau kekasaran. Tiada jeritan atau sokongan2 yang melampau di kalangan penyokong. Nampaknya mereka faham tatasusila bersukan atau bertanding dalam kawasan masjid. 

Karnival sukan ni diharap dapat dianjur di peringkat kariah masjid. Mungkin dengan menganjurkan pertandingan antara surau2 pula. Barulah usaha menarik remaja ke masjid melalui sukan dapat diperluaskan. Bantuan peralatan, teknikal dan kewangan sentiasa ada. Pengurusan masjid dan surau kenalah berusaha dan kreatif untuk menjayakannya. Usaha yang baik itu sudah tentu akan dibantu Allah s.w.t.

July 27, 2010

Tetapkan Matlamat dan Sasaran Pencapaian Ibadah Puasa


InsyaAllah lebihkurang dua minggu lagi berpuasalah kita. Sebagai umat Islam yang beriman bulan yang mulia ni sememangnya dinanti nantikan. Semua amal ibadat dalam bulan Ramadhan akan digandakan pahalanya oleh Allah s.w.t.

Memang tak dinafikan tahap penerimaan puasa kita hanya Allah s.w.t yang mengetahui. Kita hanya diajar garispanduan dan syarat2 yang perlu dipatuhi untuk memperolehi pahala yang maksimum. Yang penting persiapan2 sudah dibuat untuk menyambutnya. Macam nak sambut orang2 besarlah. Tentulah sibuk kita dibuatnya. 

Mungkin beberapa langkah persiapan untuk bulan puasa tahun ni boleh difikirkan. Macamana kalau kita gariskan matlamat dan sasaran2 pencapaian puasa tahun ni ?

1. Matlamat : Puasa Ku Tahun Ini Mesti Lebih Baik Dari Tahun Lepas

2. Sasaran Pencapaian Melalui Indikator :

   i.  Puasa mesti penuh (melainkan orang perempuan le) Ini wajib. No excuse.
   ii. Kadar Kehadiran Solat Sunat Tarawikh
      a) 30 malam  -  Baik
      b) 20 malam  - Sederhana
      c) 10 malam  - Rendah
  iii. Tadarus Al - Quran Sampai Khatam
      a) Tadarus Di Masjid atau Surau - Baik
      b) Tadarus dengan Keluarga - Sederhana
      c) Tadarus sendiri - Rendah
  iv. Solat Sunat Tahajjud dan Lain2 Solat Sunat Waktu Malam
      a) 30 malam - Baik
      b) 20 malam - Sederhana
      c) 10 malam - Rendah
  v. Bangun Bersahur
      a) 30 malam - Baik
      b) 20 malam - Sederhana
      c) 10 malam - Rendah
 vi. Tahap Turun Berat Badan Akhir Puasa
      a) Lebih 10 kg - Baik
      b) 5 ke 10 kg - Sederhana
      c) Kurang 10 kg - Rendah

Nampaknya setakat ni aje beberapa sasaran pencapaian yang dapat difikirkan. InsyaAllah kalau kita dapat melakukan dengan baik amalan puasa, antara tanda2nya ialah di akhir2 Ramadhan nanti kesayuan dalam hati akan amat dirasai apabila Ramadhan mula meninggalkan kita.

July 26, 2010

Saat2 Lucu Bersama Tourist Guide China


Trip sekeluarga ke Beijing dan Tianjin pada Oktober 2009 disambut oleh seorang pemandu pelancung wanita. Ika namanya. Fasih berbahasa Melayu loghat Indonesia. Kami senang dengannya. Mesra dan amat mengambilberat. Destinasi pertama kami ke Tiananmen Square dan Forbidden City. Segalanya berjalan lancar. Semua perkara yang diterangkan Ika senang difahami.

Saat lucunya bermula bila berada dalam van. Suara Ika agak lembut bila menerangkan sesuatu. Dengan deruman engin van dan lalulintas, kadang2 kami tak berapa dengar apa yang disebutkannya. Isteri dan kak ipar ku duduk di kerusi hadapan. Paling hampir dengan Ika yang duduk di sebelah pemandu. Tiba2 kedua dua menganggukkan kepala, tanda faham apa yang disebut Ika. 'Ohhh... tembak haiwan..' kata isteri dan kak iparku. 'Mungkin tempat maharaja China memburu agaknya'  Menyampuk cakap Ika. Aku dan anak ku di belakang tergelak kecil. 'Bukanlah mama, Ika kata Temple of Heaven lah,  bukan tembak haiwan !' bisiknya pada mamanya. Tergelaklah kedua dua mereka. Ika nampak hairan dan blur.

Sekali lagi kedua mereka mengangguk kepala, 'Ohhh, beratus biri2 ye.., ladang ternakan Maharaja le tu' bunyinya. Kedua dua kami kat belakang macam nak pecah perut tahan gelak. Ika kata beratus bilik2 depa dengar lain pulak. Itulah yang melucukan. Orang kat belakang dengar, yang kat depan kureng sikit. Mungkin letih agaknya. Maklumlah melawat Tiananmen Square dan Forbidden City sebelum tu memang memenatkan. Apa taknya kami terus ke distinasi ni dari Tianjin airport.

Tok Aki Meninggal Lepas Baca Khutbah


Aku tak ingatlah tarikh sebenar berlaku peristiwa sedih ini. Masa tu masih kecil. Mungkin darjah 3 ke 4 lah. Pemergiannya sekelip mata. Yang boleh aku ingat dengan jelas, hari tu hari jumaat dalam pukul  3 petang.  Sebelum tu Tok Aki bertugas sebagai khatib. Dia naik mimbar baca khutbah seperti biasa. Lepas solat jumaat sempat singgah minum teh kat kedai dengan kawan2 masjidnya sebelum balik rumah.

Tiba2 suasana jadi kelam kabut kat rumah Tok Aki. Katanya Tok Aki sesak nafas. Anak cucu semua dipanggil. Dulu tak ada telepon. Pakat lari sana sini ke rumah2 adik beradik menyampaikan berita. Nasib baik juga anak2 Tok Aki kebanyakan tinggal berdekatan. Aku yang masih kecil ni tak dapat nak tengok dekat2. Kena suruh baca al-quranlah semua. Bila dengar tangisan mak dan mak2 saudara, taulah aku Tok Aki dah tak ada.

Tok Aki tak pernah sakit. Kematiannya mengejutkan sanak saudara, jiran2 tetangga dan kawan2nya. Nenek sejak peristiwa tu nampak macam hilang semangat. Tak seceria dulu. Badannya yang berisi dulu jadi kurus. Sampailah ke akhir hayatnya. Maklumlah suami pergi secara tiba2. 

Walaubagaimana pun, aku bersyukur Tok Aki meninggal dunia pada hari jumaat. lepas menjadi imam dan khatib pulak tu. Semoga roh Tok Aki di tempatkan di kalangan gologan yang diredhaiNya.

Batu2 'Berdiri' Selepas Ribut Kuala Perlis


Isteri ku baru balik dari Perlis untuk menziarah adiknya di hospital. Adik bongsunya kena operate, ada ketumbuhan dalam perut. Alhamdullilah, operation berjaya walaupun ambil masa lebih tujuh jam. 

Antara buah tangan dari Perlis yang dibawa balik ialah heboh cerita batu2 berdiri selepas ribut di Kuala Perlis. Kejadian ni berlaku pada 15 Julai 2010. Berita ribut ni ada keluar surat khabar. Tapi tak termasuk cerita pelik ni. Katanya orang pergi tengok  macam pesta. 'Rasa takut, takjub dan insaf pun ada,' kata anak buah yang menceritakannya.

Ada yang menafsirkan ni Allah s.w.t nak tunjuk pada orang2 yang suka buat maksiat kat tepi pantai Kuala Perlis. Ini baru sikit. Akan datang tak taulah. Allahualam.

July 25, 2010

Kerjaya Perancang Bandar Tak Dikenali ?


Punyalah seronok Zuheir dapat masuk majalah E Siswa. Katanya itulah salah satu  perkara yang diidamkannya sebelum menamatkan zaman persekolahan. Maklumlah dah Tingkatan 5. Tak banyak masa lagi. Kami sekeluarga pun tumpang gembira dan bangga. Beberapa kali diingatkan papanya supaya dapatkan majalah ni kat kedai. Sebab dia kat asrama susah sikit nak keluar.

Yang tak berapa seronok tu bila baca, 'Zuheir anak seorang akitek.....' Bila tanya dia pasal apa papa kerja akitek pulak ? Zuheir kata wartawan tu tanya 'Perancang bandar itu kerja dia macamana ?' Jawapan mudahnya; 'Alaah macam akitek. ' Patutlah dia tulis macam tu. Tak pasal2 akitek dapat nama.

Satu lagi kes bila cikgu sekolah dia tanya, 'Encik ni Perancang Bandar kerja kat Pejabat Tanah ke ? Saya nak cari tanah lah nak buat rumah.'

Nampaknya kita ni kena promote lagi profesion ni. Masyarakat  jelata nampak tak berapa kenal Perancang Bandar. Walau pun ada jugak yang dah jadi Menteri, ADUN, businesmen dan macam2 lagi.

Israel Tak Takut Islam Selagi.....?


Jumaat lepas aku ke Shah Alam ada urusan kat URA. Bila urusan selesai awal berpeluanglah ke masjid Seksyen 18 sebelum masuk waktu. Ada takzkirah disampaikan. Lepas aje buat solat sunat tahayattul masjid, berdoa dan diikuti bisikan doa beriktikaf.dalam hati. Nampak bersemangat uztaz tu menyampaikan takzkirahnya. Intipati takzkirahnya berkaitan dengan kehebatan umat Islam zaman Nabi s.a.w. dan perpaduan ummah. Apa yang dicakapkannya memang betul dan menginsafkan. Tapi iman kita ni kadang2 macam belon. Bulat dan berkilat  selepas dengar tazkirah atau ceramah. Bila keluar aje pintu masjid terus lupa. Kempes balik lah belon tu.

Ada satu point dari ustaz tu yang membuka mata. Dia kata orang Islam tak akan menang berlawan dengan Israel. Bagi Israel mereka tak takut ancaman dari umat Islam, selagi solat subuh berjemaah umat Islam tidak seramai solat Jumaat. Kalau kita ingat zaman Nabi s.a.w. dulu bila berperang tenteranya tak ramai berbanding musuh, tapi boleh menang. Sebabnya semua kita tahu.

Agak mudah dan sinis pandangan ustaz ni. Setahu aku solat subuh kat tanah suci aje yang penuh masjid. Tapi bila difikirkan ada betulnya. Tak pandaiah aku nak kupas panjang. Pokoknya, perpaduan itu bermula di masjid dan diperlihatkan oleh saf2 jemaah bersolat pada setiap waktu. Hasilnya terpancarlah keluar nur iman berpaksikan masjid dan dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan jitu hatinya pada agama. Barulah menggeletar Sang Israel dan kuncu2 melihatnya.