March 7, 2011

Melayu Singapura Hanya Ingin Diingat Sebagai Orang Yang Baik2


Peluang mengikut rombongan Badan Dakwah Daerah Petaling ke Singapura tidak dilepaskan. Gantikan Nazir yang tak dapat pergi. Walaubagaimana pun, terfikir juga dalam hati, 'Mengapa pilih Singapura? Apa yang boleh dipelajari berkaitan agama Islam di sana ?' Berbanding Singapura, Islam di Malaysia jelas nampak lebih maju dan ke hadapan. Dah trip ini pun percuma, ikut sajalah. Pergi  dengan dua  bas besar bersama nazir2 masjid terpilih Daerah Petaling.

Program lawatan tiga hari 2 malam ini agak padat. Bermula lawatan dan taklimat di Majlis Agama Islam Negeri Johor. Lepas tu check in di Hotel Seri Malaysia dan terus ke Singapura. Destinasi pertama ialah ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Disambut mesra olah pegawai dan kakitangannya. Taklimat pun diberi. Seperti biasalah. Sedikit latarbelakang dan aktiviti2 MUIS.

Antara yang menyentuh hati ialah apa yang diberitahu berkaitan orang Melayu di Singapura. Hanya 14 peratus rakyat Singapura terdiri daripada orang Melayu. Sebagai kumpulan minoriti, kuasa politik rasanya memang mustahil dapat diperolehi. Cuma kata Presiden MUIS, 'Orang Melayu Singapura hanya ingin diingat sebagai orang yang baik2'. Mengambil pengajaran dari kisah zaman Nabi masa Islam mula disebarkan. Masa tu penganut Islam amat sedikit. Oleh kerana sifat dan keperibadian mereka yang lemah lembut dan baik, majoriti orang kafir sayang dan menghormati mereka. Bahkan ada yang melindungi orang Islam dari puak2 Jahiliyah yang ganas.

Setuju dengan pandangan Presiden MUIS tu. Itulah ciri2 orang Islam yang diajar Nabi s.a.w. Sayang menyayangi bukan sahaja di kalangan kawan seagama. Akhlak dan tauladan yang ditunjuk akan diingat selamanya. Hingga ia boleh menjadi pelindung di dalam masa2 yang sukar dan mencabar.

March 3, 2011

Bila Surau Menjadi 'Haram' ?

Panggilan telefon kawan dari taman perumahan lama agak mengejutkan. Dimaklumkan Pengerusi dan AJK surau dipanggil oleh JAIS secara tiba2. Dikatakan surau tu tak berdaftar sejak ia dibina dan dibuka pada pertengahan 1990an. Jadi rumusannya mudah. Surau tu berstatus 'Haram !!!'. Jadi semua senarai AJK yang dipilih oleh ahli kariah baru2 ni dikatakan tak sah.
Sebagai matan SU surau, kawan ni mintalah tengok2kan fail2 lama. Kot2 ada bukti surau dah didaftarkan. Kononnya ada nombor siri macam nombor pendaftaran syarikat. Wah ! canggih sungguh surau2 di Selangor. Macam SSM lagaknya.

Dipendekkan cerita. Tak payahlah susah2 cari bukti pendaftaran. Memang tak ada. Selama ni JAIS tak pernah minta. Setiap tahun salinan Laporan Tahunan dan Minit Mesyuarat Agong dihantar ke JAIS. Surat2 rasmi dari JAIS kepada surau dari masa ke semasa selama ni dah membuktikan kesahihan surau ni. Bahkan, surau ni memang sentiasa secara rasmi berada di dalam senarai bawah kariah masjid.

Ini semua ajenda politik anak2 kariah. Bila tak dapat 'rampas' surau ni secara demokrasi.  Macam2 cara dicari nak susahkan Pengerusi dan AJK Surau. Aspek teknikal pulak dijadikan modal. Beginilah senario politik bangsa kita sekarang. Dah peringkat parah. Sampai rumah Allah s.w.t yang suci ni  sanggup dilabelkan 'haram ?'. MasyaaAllah.

February 21, 2011

50-70 Daripada Hampir Setengah Juta


Semenjak tahun 1993 Yayasan Tun Razak menganjurkan Program Kepimpinan Tun Razak  (PKTR) untuk lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang akademik, ko kurikulum dan telah menunjukkan ciri2 kepimpinan unggul. PKTR yang dianjurkan setiap tahun bertujuan antara lain untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti, progresif dan bermoral tinggi di kalangan pelajar terpilih. Ia juga untuk mempersiapkan pelajar ke pusat pengajian tinggi dan memberi pendedahan kerjaya kepada mereka. Tokoh2 pelbagai latarbelakang akan dijemput memberi taklimat dan berinteraksi dengan pelajar. Lain2 aktiviti program termasuklah homestay, cabaran lasak dsbnya.

Sebelum itu, setiap sekolah disyorkan mencalonkan murid2 Tingkatan 5 yang dirasakan layak untuk dipertimbangkan ke program ini. Selepas menduduki peperiksaan SPM, calon2 akan di senarai pendek oleh Yayasan dan mereka akan dipanggil untuk sesi temuduga. Mereka yang terpilih akan mengikuti program ini selama 2 minggu.

Menghadiri majlis perasmian PKTR tahun ini di Hotel Putra Kuala Lumpur memberi peluang bertemu dan berinteraksi dengan beberapa pelajar yang telah terpilih. Ketokohan mereka jelas terserlah walaupun masih pada usia muda. Tahap keyakinan, kemahiran berkomunikasi dan keterampilan membuktikan mereka layak dipilih.  Bayangkanlah, daripada hampir setengah juta pelajar Tingkatan 5 seluruh negara, hanya 50 ke 70 pelajar dari pelbagai kaum sahaja dipilih untuk program yang berprestij ini. Mereka ini sedang berada di landasan yang betul untuk muncul sebagai tokoh2 masa hadapan walaupun perjalanan mereka masih jauh.

February 16, 2011

Cadangan 'Tunnel Bus' di China ?



Negara China sudah terkenal dengan kehebatan tamadunnya. Pembinaan tembok besar antara yang menakjubkan. Kini satu lagi idea diutarakan. 'Tunnel bus' atau 'straddling bus'. Kali ini kononnya untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di bandaraya2nya. Ini bukan sekadar impian. Projek pilot pertama sepanjang 186 km sedang dirancang untuk dilaksanakan di Beijing pada tahun 2011. Walaupun ramai yang  skeptikal  mengenai idea ini, China tetap meneruskannya. Ia idea kreatif dan tulin dari mereka. Segalanya 'Made in China'.

February 12, 2011

Pahala Atau Dosa Per Klik ?


Dunia internet sekarang semuanya dimula atau diuruskan di hujung jari. Hanya klik saja. Kalau siapa yang biasa dengan perniagaan online, ada promosi 'pay per click'. Ungkapannya nampak mudah dan menarik. Ramai pasti terpengaruh. Terutamanya orang2 yang malas dan nak dapat duit mudah. Tapi hakikatnya ada usaha susulan yang agak mencabar perlu dilakukan untuk mendapat habuannya. Tidak semudah dengan per klik saje.

Yang nak diutarakan bukan pasal bisnes online 'pay per click' ni. Tapi topiknya  lebihkurang sama. Fenomena facebook, twitter, blogging dsbnya juga berurusan dengan klik di hujung jari. Semua cerita, berita, artikel, gosip, foto, video dan macam2 lagi di postkan oleh individu2 berkaitan di laman masing2. Tujuannya, pastilah untuk mengwar-warkan pada kawan2, kenalan atau seluruh pengunjung dunia maya ini. Dapatlah komen2 yang menyeronokkan, yang pedas dan seumpamanya. Makin banyak komen, viewers dan followers makin teruja jadinya.

Walaubagaimana pun sebagai orang Islam, apa yang dibuat pasti ada impaknya. Kalau tak di dunia, di akhirat pasti rasa. Maka berhati-hatilah dengan post yang dibuat. Eloknya banyakkan post yang baik2. Contohnya, post berupa nasihat, bahan2 dakwah, ilmu bermunafaat dsbnya. Kalau ramai yang klik, insyaAllah dapatlah saham akhirat kat kita. Seperti mengalirnya air sungai yang tak henti2.

Begitulah sebaliknya.  Setiap klik yang dilakukan pengunjung terhadap post2 kita yang berunsur negatif, saham dosanya pasti dapat kat kita juga. Takut2 bila dah mati pun post2 yang kita hantar tu ada lagi diklik orang. Tambah azablah nanti. Wallahualam.

February 11, 2011

Dengar Bacaan Al Quran Pun Dapat Pahala



Hari Jumaat yang mulia kita semua pakat2 dengar orang baca Al-Quran lah ye. Kalau tak sempat baca, dengar pun cukup. Dijanjikan pahala juga oleh Allah s.w.t. Apatah lagi mendengar suara qari muda yang amat sedap ni. Sungguh insaf dan mengasyikkan. Surahnya pun, surah lazim je. Surah Ad Duha dan Al Kausar. Kita  semua pasti dah menghafalnya.