February 21, 2011

50-70 Daripada Hampir Setengah Juta


Semenjak tahun 1993 Yayasan Tun Razak menganjurkan Program Kepimpinan Tun Razak  (PKTR) untuk lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang akademik, ko kurikulum dan telah menunjukkan ciri2 kepimpinan unggul. PKTR yang dianjurkan setiap tahun bertujuan antara lain untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti, progresif dan bermoral tinggi di kalangan pelajar terpilih. Ia juga untuk mempersiapkan pelajar ke pusat pengajian tinggi dan memberi pendedahan kerjaya kepada mereka. Tokoh2 pelbagai latarbelakang akan dijemput memberi taklimat dan berinteraksi dengan pelajar. Lain2 aktiviti program termasuklah homestay, cabaran lasak dsbnya.

Sebelum itu, setiap sekolah disyorkan mencalonkan murid2 Tingkatan 5 yang dirasakan layak untuk dipertimbangkan ke program ini. Selepas menduduki peperiksaan SPM, calon2 akan di senarai pendek oleh Yayasan dan mereka akan dipanggil untuk sesi temuduga. Mereka yang terpilih akan mengikuti program ini selama 2 minggu.

Menghadiri majlis perasmian PKTR tahun ini di Hotel Putra Kuala Lumpur memberi peluang bertemu dan berinteraksi dengan beberapa pelajar yang telah terpilih. Ketokohan mereka jelas terserlah walaupun masih pada usia muda. Tahap keyakinan, kemahiran berkomunikasi dan keterampilan membuktikan mereka layak dipilih.  Bayangkanlah, daripada hampir setengah juta pelajar Tingkatan 5 seluruh negara, hanya 50 ke 70 pelajar dari pelbagai kaum sahaja dipilih untuk program yang berprestij ini. Mereka ini sedang berada di landasan yang betul untuk muncul sebagai tokoh2 masa hadapan walaupun perjalanan mereka masih jauh.

No comments: